Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Tonik terbaik

Posted: 25 Nov 2011 03:40 PM PST

Sukan

Harimau Muda perlu benam Bahrain untuk ambil peluang playoff di Bukit Jalil

BERITA keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memilih Malaysia sebagai venue perlawanan playoff Kelayakan Olimpik 2012, 25, 27 dan 29 Mac depan, menjadi tonik terbaik skuad B-22 negara menjelang pertemuan berdepan Bahrain, malam esok.

Lantas jurulatih Ong Kim Swee menetapkan sasaran tiga mata penuh pada aksi ketiga Kumpulan C itu bagi memastikan Malaysia terus berpeluang menamatkan saingan di tangga kedua, seterusnya layak untuk aksi playoff itu.

"Memang kami mengetahui mengenai pemilihan venue terbabit dan sudah tentu ia memberi motivasi tambahan kepada pemain kerana jika berjaya ke playoff, beraksi di depan puluhan ribu penyokong sendiri akan memberi kelebihan kepada kita. "Jika Syria tewas kepada Jepun (esok) dan kita pula menang ke atas Bahrain, peluang merebut tempat kedua kumpulan masih terbuka. Jadi pertemuan dengan Bahrain adalah perlawanan hidup mati," kata Kim Swee sejurus latihan di Padang MSN, Bukit Jalil, petang semalam.

Selepas aksi Ahad ini, tiga baki perlawanan Kumpulan C menyaksikan Malaysia bertemu Bahrain di tempat lawan pada 5 Februari depan, Jepun di Bukit Jalil (22 Februari) dan Syria di tempat lawan (14 Mac).

Aksi playoff secara liga sepusingan bakal membabitkan naib juara Kumpulan A, B dan C itu adalah untuk memilih satu pasukan bagi menghadapi pasukan keempat terbaik Zon Afrika dan pemenangnya akan layak ke Sukan Olimpik London 2012.

Namun untuk aksi malam esok, Kim Swee tidak dapat menurunkan tonggak pertahanan, Muslim Ahmad yang cedera hamstring ketika skuad negara tewas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu manakala peluang Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim yang hanya menjalani latihan ringan semalam, masih 50-50.
"Tanpa Muslim, Fadhli Shas yang sudah pulih daripada demam panas akan bergandingan dengan Amer Saidin. Bukan memandang rendah Bahrain, tapi pemain sudah kembali segar dan bersedia untuk perlawanan itu," jelas Kim Swee.

Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

wan

TERUSKAN PERJUANGAN HARIMAU

gomphongnyuk

harimau pasti menang jika ada penyerang yang mampu menghasilkan gol

ANTI_AMERIKA

HARIMAU MALAYA MMG BEST


Full content generated by Get Full RSS.

Banjir tak jejas pertandingan memancing

Posted: 25 Nov 2011 03:40 PM PST

Sukan

PESERTA menyerbu kaunter pendaftaran Pertandingan Memancing Piala Monsun Pantai 2011,  semalam. - Foto NAZDY HARUN

PESERTA menyerbu kaunter pendaftaran Pertandingan Memancing Piala Monsun Pantai 2011, semalam. - Foto NAZDY HARUN

BIARPUN Kelantan dan Terengganu sedang dilanda banjir, tarikan Pertandingan Memancing Piala Monsun Pantai 2011 di Pulau Warisan semalam, menggamit ramai kaki pancing untuk mencuba nasib merebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM58,800 disediakan penganjur.

Sehingga jam 6 petang semalam, kaunter pendaftaran pertandingan itu yang dibuka sejak jam 3 petang, merekodkan lebih 600 penyertaan termasuk dari Kelantan.

Pengurus Projek Khas Berita Harian, Muhamad Mizal Hasbullah berkata, masalah cuaca tidak langsung menghalang kaki pancing untuk menyertai pertandingan kerana kebanyakan mereka yakin dengan kredibiliti Berita Harian dalam menguruskan pertandingan memancing, berbanding anjuran pihak lain. "Sebelum kaunter pendaftaran dibuka, sudah ramai yang menunggu untuk mendaftar dan menariknya, walaupun Kelantan dan Terengganu dilanda banjir, kaki pancing sanggup turun untuk menyertai pertandingan," katanya.

Pihaknya menjangka kira-kira 1,500 kaki pancing akan menyertai pertandingan di Pulau Warisan itu, bermula jam 8 pagi esok kerana tarikan kuat Terengganu sebagai lubuk pancing dan yakin sasaran itu mampu dicapai kerana menjadi kelaziman ramai peserta mendaftar pada saat-saat akhir.

"Kaunter pendaftaran terus menerus dibuka sehingga jam 11 pagi ini dan dengan bantuan seramai 30 kakitangan yang dibawa dari Kuala Lumpur, urusan pendaftaran pasti berjalan lancar," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan