Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Pertarungan hidup mati

Posted:

Pertarungan hidup mati

Pertarungan hidup mati

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


PEMAIN negara gigih berlatih di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam dalam persiapan menentang Bahrain, hari ini. - MINGGUAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH


PETALING JAYA - Pertemuan menentang Bahrain malam ini ibarat misi 'hidup mati' buat skuad Harimau Muda, tegas jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee. Kita perlu menang jika masih memasang impian untuk beraksi di Sukan Olimpik London tahun depan atau peluang semakin tipis jika tewas buat kali ketiga berurut-turut.

Bagi memastikan tiga mata diraih di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Harimau Muda akan turun dengan menyerang habis-habisan, janji Kim Swee yang turut lega melihat kebanyakan pemain semakin cergas selepas tampak keletihan ketika tumpas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu.

Ketika ini, Malaysia menghuni tangga tercorot Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 selepas tewas dalam dua perlawanan pertama kepada Jepun dan Syria, ironiknya Bahrain juga gagal mengutip sebarang mata dalam dua aksi pertama mereka kerana kalah kepada lawan yang sama.

Hanya tiga mata penuh mampu mencerahkan peluang Malaysia untuk sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan, justeru Kim Swee mahu anak-anak buahnya menghadapi perlawanan ini seperti pertarungan akhir.

"Selepas latihan semalam (kelmarin) saya nampak pemain lebih cergas, namun ada beberapa tonggak yang masih belum pulih sepenuhnya seperti Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim.

"Di bahagian serangan, (A) Thamil Arasu menjadi pilihan utama saya ketika ini, manakala Muhamad Nazmi Faiz Mansor akan membantu jentera serangan dengan bertindak sebagai pengemudi bahagian tengah,'' kata Kim Swee selepas mesyuarat pengurus pasukan di Wisma FAM, di sini semalam.

Kim Swee juga menegaskan, biarpun akan menyerang habis-habisan, namun Malaysia tetap berwaspada dengan asakan Bahrain, yang disifatkan memiliki corak permainan sama seperti Syria.

"Kita tahu mereka mempunyai hantaran bola jauh yang baik serta laju ketika di atas padang, namun saya percaya kita mampu mengawal permainan kerana kita juga mempunyai kelebihan daripada aspek teknik.

"Saya amat serius pada perlawanan esok (hari ini) dan jika Irfan dapat bermain, saya yakin bahagian tengah akan lebih berfungsi terutama apabila digandingkan dengan Nazmi," jelasnya lagi.

Jika Malaysia tumpas 2-0 kepada Jepun dan Syria dalam aksi terdahulu, Bahrain pula kalah 2-0 dan 3-1 kepada kedua-dua pasukan itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Kami juga mahu 3 mata - Bahrain

Posted:

Kami juga mahu 3 mata - Bahrain

Kami juga mahu 3 mata - Bahrain

PETALING JAYA - Biarpun menghormati keupayaan Malaysia, namun Bahrain turun dengan misi memburu tiga mata di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Seperti Harimau Muda, pasukan dari Arab itu juga terdesak untuk mencari kemenangan bagi mencapai impian beraksi di London tahun depan.

Bahrain gagal mengutip sebarang mata dalam dua perlawanan terdahulu selepas tewas 1-3 kepada Syria dan 0-2 kepada Jepun, justeru jurulatih mereka, Salman Ahmed Rashed Shareeda menegaskan, negara itu juga berdepan situasi 'hidup mati'.

Menyedari hanya kemenangan dapat membantu pasukannya kembali bernafas, Salman mahu anak-anak buahnya turun dengan misi menyerang.

"Kunjungan kami ke sini adalah untuk mendapatkan kemenangan walaupun kami tahu Malaysia mempunyai pemain yang hebat ketika ini.

"Saya percaya, kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang untuk menang esok tetapi kami akan cuba yang terbaik bagi memastikan kemenangan menjadi milik kami,'' kata Salman.

Salman juga mendedahkan, beliau cukup lega menjelang pertemuan hari ini kerana tiada tonggak utama yang mengalami kecederaan.

Beliau yakin, kesebelasan utama dapat diturunkan untuk menjinakkan Harimau Muda, yang pasti mahu bangkit mencari kemenangan selepas ditundukkan Syria 0-2 dalam aksi di Bukit Jalil, Rabu lalu.

"Apa yang melegakan saya, kami tidak menghadapi masalah kecederaan pemain, malah mereka berada pada tahap yang terbaik untuk perlawanan ini."

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan