Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Selesai dulu isu dalaman

Posted:

Selesai dulu isu dalaman

Selesai dulu isu dalaman

"TOLONG selesaikan dulu kemelut dalaman yang melanda KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia)."

Itu respons Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong (gambar) berhubung kesediaan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2011, Datuk Naim Mohamad untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelagahan yang berlaku antara MSN dengan KOAM.

Menurut Zolkples, MSN sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah dengan KOAM termasuk dengan presiden badan induk tersebut, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sebaliknya beliau menjelaskan bahawa segala masalah yang timbul antara MSN dengan KOAM adalah disebabkan tindakan timbalan presiden badan induk itu, Karim Ibrahim yang sering kali mengubah segala keputusan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

"MSN sebenarnya tidak ada masalah, baik dengan KOAM mahupun Datuk Seri Shahidan. Malah, setiap kali mesyuarat JKK (Jawatankuasa Kerja) saya dan Datuk Seri Shahidan boleh mencapai kata sepakat dalam membuat sebarang keputusan mengenai pembangunan atlet olahraga.

"Namun, ia menjadi masalah apabila Karim menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengubah keputusan-keputusan yang telah dipersetujui bersama itu.

"Sebagai contoh, berhubung program latihan atlet olahraga di Bulgaria Mei lalu, MSN dan Datuk Seri Shahidan telah bersetuju untuk menghantar mereka mengikut tarikh yang telah ditetapkan tetapi selepas timbul isu antidoping, ada atlet yang pergi dahulu tanpa pengetahuan MSN dengan lebih awal.

"Selain itu, ketika mesyuarat JKK, kita telah bersetuju untuk meletakkan kuartet 4x100 meter wanita di bawah jurulatih Tan Kok Lim dan bukannya dengan Harun Rasheed. Namun, atas arahan Karim, mereka perlu juga berlatih dengan Harun.

"Bukan itu sahaja keputusan yang diubah oleh Karim tetapi banyak lagi dan saya fikir semua orang pun tahu," kata Zolkples ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Justeru, Zolkples berkata, Naim yang memiliki reputasi tinggi sebagai Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mungkin boleh menggunakan pengalaman yang dimilikinya untuk menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada Karim tentang bagaimana cara untuk menjadi timbalan presiden yang berkredibiliti.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Naim kerana keprihatinannya mengenai perkara ini.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk duduk berbincang mengenai perkara ini tetapi seperti yang saya katakan KOAM perlu terlebih dahulu kemelut dalaman mereka," jelas Zolkples.

Kelmarin, Naim ketika ditemuramah dalam program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24 menyatakan kesediaan untuk menjadi 'orang tengah' bagi menyelesaikan pertelagahan yang berlaku antara MSN dan KOAM.

Naim berkata, satu penyelesaian segera perlu dicari bagi memastikan situasi tersebut tidak akan merencatkan pembangunan sukan olahraga tanah air.

Pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, kontinjen olahraga berjaya meraih enam pingat emas.

Full content generated by Get Full RSS.

Harrif bakal ketuai TCT

Posted:

Harrif bakal ketuai TCT

Harrif bakal ketuai TCT


HARRIF pilihan menggantikan Anuar Manan untuk menjadi kapten TCT musim depan.


PEMENANG dua pingat emas Sukan SEA 2011 Indonesia, Mohd. Harrif Salleh bakal menggantikan Anuar Manan bagi mengetuai pasukan lumba basikal profesional Terengganu, Terengganu Cycling Team (TCT) pada musim depan.

Pengurus pasukan, Ahmad Kamarul Idrus berkata ini kerana Annuar, anak kelahiran Kuala Ibai, Terengganu, akan mewakili pasukan yang berpangkalan di Hong Kong, Champion System tahun depan.

"Harrif memang layak mengambil tempat Anuar memandangkan pengalaman beliau yang begitu luas dalam kejohanan lumba basikal di peringkat antarabangsa," katanya di Kuala Terengganu semalam.

Ahmad Kamarul berkata walaupun TCT bakal kehilangan pelumba sensasi itu, pelumba-pelumba lain masih dikekalkan bagi menghadapi kejohanan lumba basikal di benua Asia musim 2012 yang akan bermula Januari ini.

Mereka terdiri daripada Harrif, Shahrul Mat Amin, Mohd. Saufi Mat Senan, Nor Amirul Fakharuddin Marzuki, Yusliza Usoff, Nor Umardi Rosdi, Mohd. Shobery Abdullah dan Mohd. Fais Saifuddin.

Beliau berkata muka baharu yang akan diambil bagi memantapkan lagi pasukan TCT tahun depan ialah Mohd. Zamri Salleh dan juga beberapa pelumba remaja sebagai pelapis.

Ahmad Kamarul berkata sasaran TCT tahun depan ialah untuk menyertai seberapa banyak kejohanan peringkat Asia sekali gus menjadi sebuah pasukan disegani di rantau ini.

"Program latihan pelumba-pelumba TCT akan termasuk di Eropah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Irfan Bakti sasar satu piala

Posted:

Irfan Bakti sasar satu piala

Irfan Bakti sasar satu piala

Oleh AHMAD FAZLI
MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my


IRFAN tuntut komitmen seratus peratus daripada pemain bagi merelisasikan hajat mereka.


SATU piala menjadi sasaran pengendali baharu Selangor, Irfan Bakti Abu Salim dalam saingan Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M), musim depan.

Bagi merealisasikan hajat besar itu, beliau menuntut komitmen seratus peratus daripada anak-anak didiknya serta tampil dengan aksi yang lebih bertenaga sepanjang musim.

Menurut bekas jurulatih Terengganu itu, hanya komitmen serta kesungguhan sahaja yang mampu menghadiahkan kejayaan yang diidamkan oleh pasukan.

"Saya akui ia memang satu tugas berat tetapi kami perlu berusaha ke arah itu.

"Namun, saya tetap yakin dengan kemampuan barisan pemain saya kerana mereka juga dahagakan kejayaan," katanya.

"Yang pasti, sekurang-kurangnya satu piala mesti berada dalam dakapan Selangor musim depan. Tak kiralah... sama ada Piala Malaysia, Piala FA atau Liga Super."

Menurutnya, semua pemain Selangor harus berusaha dengan lebih keras dan gigih selaras dengan rekod cemerlang Gergasi Merah Kuning.

Jelasnya lagi, beliau masih tidak menetapkan sebarang formasi buat skuad Selangor kerana masih memerlukan masa untuk berbuat demikian.

Menurutnya, apa juga keputsan yang akan dibuat, ia hendaklah serasi dengan gaya permainan pemain Selangor, lagipun sebelum ini mereka sudah biasa dengan formasi 4-4-2 ketika di bawah kendalian P. Maniam yang kini menjadi pembantu Irfan.

"Saya masih belum mengenalpasti formasi yang harus saya gunakan kerana saya perlu menilai kebolehan setiap pemain.

"Sepanjang sesi latihan bermula semalam (kelmarin), saya puas hati melihat prestasi semua pemain. Asraruddin Putra Omar pula dilihat berkebolehan beraksi di posisi pertahanan kiri dan tengah.

"Pemain import baharu Selangor, Ramez Dayoub yang berasal dari Lebanon juga menunjukkan prestasi cemerlang dan saya berharap dia dapat mengetuai benteng pertahanan dengan baik," katanya.

Pada masa yang sama, Irfan turut lega apabila Selangor berjaya mendapatkan khidmat pemain Harimau Muda A, K. Gurusamy di dalam skuadnya.

Tambahnya, pemain berusia 23 tahun itu sememangnya seorang pemain yang berbakat dan kehadirannya amat dialu-alukan.

"Jadi, dengan kehadiran pemain baharu dan lama, saya berharap semua pemain dapat menyesuaikan diri dengan selesa sekali gus dapat menyumbangkan sesuatu buat Selangor dalam singan liga kelak," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan