Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Amaran FAM

Posted:

Amaran FAM

Amaran FAM

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak membuat rundingan dengan pemain Harimau Muda selagi mereka tidak 'dibebaskan' oleh badan induk itu.

Bagi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, beliau mahu setiap persatuan negeri atau kelab bertindak lebih profesional kerana kebanyakan pemain Harimau Muda masih terikat dengan kontrak.

"Selagi mereka (pemain-pemain Harimau Muda) tidak dibebaskan, mereka masih lagi di bawah pengurusan pihak kami (FAM).

"Hormati FAM dan kontrak pemain. Jika ada pemain yang sudah melebihi umur 23 tahun, kita akan mengadakan perbincangan," kata Azzuddin semalam.

Azzuddin turut mengesahkan bahawa FAM melepaskan lima pemain Harimau Muda untuk berhijrah musim depan disebabkan faktor usia mereka telah melebihi 23 tahun.

Lima pemain terbabit ialah Mohd. Muslim Ahmad, Abdul Shukor Jusoh yang menyertai Terengganu, K. Gurusamy (Selangor), K. Sasikumar (Johor) dan Mohd. Zamir Selamat (Johor FC).

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan memanjang tempoh pendaftaran pemain bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Sebelum ini, FAM telah menetapkan kepada semua pasukan yang berminat menggunakan khidmat pemain supaya mendaftar pemain berkenaan sebelum atau pada 8 Disember ini.

"Kalau dilanjutkan, ia akan memberi masalah kepada pihak sekretariat untuk menentukan jadual perlawanan, penyediaan pengadil perlawanan, kad akreditasi dan sebagainya.

"FAM telah banyak memberi peluang kepada pasukan untuk menyiapkan pasukan masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan.

"Kita lebih perlu untuk meningkatkan serta memartabatkan profesionalisme kita dari segi pengurusan persatuan dan kelab supaya segala keperluan yang ditetapkan oleh FAM seperti pendaftaran pemain dapat dipenuhi dalam masa yang diberikan," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad semalam.

Beliau ditemui pemberita pada majlis menandatangani perjanjian antara FAM dengan pembekal vaksin, Sanofi Pasteur di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Terdahulu, Azzudin diminta mengulas mengenai permohonan beberapa pasukan agar tarikh tutup pendaftaran pemain dipanjangkan.

Azzuddin menegaskan, sekiranya pihak pengurusan pasukan masih gagal memberikan senarai penuh pemain mereka menjelang Khamis ini (esok), Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM dijangka mengambil tindakan susulan.

"Pihak JKPT akan menasihatkan pengurusan pasukan terbabit untuk mendaftar pemain terutama pemain import mereka pada musim kedua pendaftaran dari 6 hingga 20 April tahun depan," tambahnya.

Beliau berkata, FAM mahu meningkatkan mutu liga tempatan terutama Liga Super supaya setanding dengan liga bola sepak negara lain.

"Sehubungan itu JKPT akan sentiasa mencari mekanisme terbaik dalam memperbaiki mutu bola sepak tempatan supaya mendapat pengiktirafan antarabangsa," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Komen Kim Swee disalah tafsir

Posted:

Komen Kim Swee disalah tafsir

Komen Kim Swee disalah tafsir

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my


MUSLIM (kanan) menimba banyak pengalaman di pentas antarabangsa.


"INI bukan satu sistem yang pelik." Demikian jelas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad ketika diminta mengulas mengenai keputusan lima pemain Harimau Muda berhijrah menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Lima pemain terbabit ialah Mohd. Muslim Ahmad, Shukor Jusoh yang menyertai Terengganu, K. Gurusamy (Selangor), K. Sasikumar (Johor) dan Mohd. Zamir Selamat (Johor FC).

Azzuddin berkata, FAM telah bersetuju untuk melepaskan kelima-lima pemain terbabit atas faktor usia mereka yang sudah melebihi 23 tahun.

Jelasnya, ada beberapa pihak mungkin tersilap 'tafsir' mengenai kenyataan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee baru-baru ini mengenai isu barisan pemain muda negara yang menjadi buruan beberapa pasukan dan kelab.

"Bagi saya, ini bukan satu sistem yang pelik. Mungkin ada pihak yang masih kurang jelas mengenai kenyataan Ong Kim Swee.

"Apa yang dimaksudkan Kim Swee adalah sebenarnya persatuan negeri atau kelab sepatutnya menjadi platform untuk melahirkan pemain-pemain muda yang berbakat.

"Malah, persatuan negeri atau kelab bakal mendapat manfaat di mana pemain muda terbabit bakal menyarungkan jersi negeri kelahiran sendiri atau kelab selepas didedahkan dengan pengalaman antarabangsa.

"Selain itu, beliau juga akan mempunyai banyak pilihan untuk memilih pemain-pemain muda untuk terus digilap bagi meneruskan kecemerlangan bola sepak negara. Inilah sistem yang dimaksudkan oleh Kim Swee," jelas Azzuddin semalam.

Dalam masa yang sama, Azzuddin memberikan amaran kepada mana-mana pihak agar tidak mengadakan rundingan dengan pemain Harimau Muda selagi mereka tidak 'dibebaskan' oleh FAM.

"Seperti kes lima pemain terbabit, pihak FAM bersetuju untuk melepaskan mereka memandangkan faktor usia mereka sudah melebihi 23 tahun.

"Jadi, FAM telah bersetuju membenarkan mereka kembali beraksi bersama negeri kelahiran sebagai tanda membalas jasa persatuan negeri kerana membenarkan mereka beraksi bersama Harimau Muda A sebelum ini," katanya.

Menurut Azzuddin lagi, beliau mahu setiap persatuan negeri atau kelab bertindak lebih profesional kerana kebanyakan Harimau Muda masih terikat dengan kontrak.

"Seperti yang saya jelaskan, selagi mereka tidak dibebaskan, mereka masih lagi di bawah pengurusan pihak kami.

"Pemain yang selalu menjadi sasaran utama, Nazmi Faiz Mansor antara rebutan antara persatuan negeri dan kelab, namun ingin saya tegaskan, lupakan sahaja hasrat itu.

"Ini kerana pemain berusia 17 tahun itu (Nazmi Faiz) masih mempunyai kontrak dengan FAM dan dia masih mampu beraksi empat kali Sukan SEA.

"Hormati FAM dan kontrak pemain. Jika Nazmi sudah lebih berumur 23 tahun, kita akan mengadakan perbincangan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

32 pasukan buru mahkota juara

Posted:

32 pasukan buru mahkota juara

32 pasukan buru mahkota juara

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI... Pasukan lelaki RSA Figos dan skuad wanita Selangor meraikan kejayaan muncul juara Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2009 di Shah Alam, Selangor.


LIGA Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2011/2012 akan kembali menggegar Kompleks Sukan Triways, Shah Alam bermula 17 Disember ini.

Hadiah wang tunai melebihi RM180,000 menjadi rebutan 32 pasukan (16 lelaki dan 16 wanita) pada saingan liga yang memasuki edisi kelima tahun ini.

Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd. Wahab berkata, saingan liga kali ini lebih panjang berbanding hanya tiga pusingan peringkat kumpulan yang diadakan tahun lalu.

"Pada edisi kali ini, sebanyak lapan pusingan akan diadakan berbanding tahun lalu iaitu tujuh pusingan supaya ia dilihat lebih mencabar kepada pasukan yang terlibat.

"Sebanyak 32 pasukan yang akan terlibat membabitkan 16 pasukan lelaki dan wanita. 12 pasukan lelaki dan wanita telah layak secara automatik berdasarkan keputusan liga musim lalu.

"Baki empat lagi slot pula, pasukan terbabit telah layak menerusi pusingan kelayakan yang diadakan pada 12 dan 13 November lalu.

"Apa yang pasti, kita bakal dapat menyaksikan persaingan sengit pasukan-pasukan terlibat bagi merebut gelaran juara bagi edisi kali ini," kata Dzulkifli ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Undian Kejohanan Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2011/2012 di Shah Alam semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Guan Ping Shou dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalid.

Dzulkifli turut berharap bakat-bakat baharu khususnya daripada kalangan generasi Felda yang dapat mewarnai sukan futsal tempatan.

Menurutnya, menerusi kejohanan sebegini, ia menggerakkan generasi baharu Felda supaya bergiat aktif dalam bidang bersukan, sekali gus mengelakkan mereka terlibat dalam aktiviti kurang berfaedah.

"Saya berharap semua pemain yang terlibat dalam menampilkan aksi terbaik mereka kerana inilah pentas untuk mereka dipanggil menyertai skuad futsal kebangsaan.

"Diharapkan juga liga dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini, dapat melahirkan ramai pemain negara yang berkaliber," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan