Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kim Swee resah

Posted:

Kim Swee resah

Kim Swee resah

SIKAP 'membisu' Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berhubung jadual perlawanan dan juga gelanggang rasmi skuad Harimau Muda menjelang saingan Liga Singapura (Liga-S) musim depan menimbulkan tanda tanya jurulatih, Ong Kim Swee.

Menurut Kim Swee, setakat ini beliau masih belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada FAS berhubung perkara itu walaupun difahamkan, saingan Liga-S bakal bermula pada 9 Februari depan.

Meskipun mengakui persiapan anak-anak buahnya tidak terjejas dengan situasi berkenaan, Kim Swee benar-benar berharap supaya FAS dapat menyalurkan maklumat itu kepadanya ataupun menerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kadar segera.

"FAS masih tidak beritahu saya mengenai perkara itu, dengan FAM pun belum lagi.

"Saya harap semua urusan ini boleh diketahui dalam tempoh terdekat bagi memudahkan kami menyusun jadual memandangkan pemain Harimau Muda A akan beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 22 tahun pada Jun tahun depan, selain menempuh baki kelayakan Olimpik Februari nanti.

"Bukan apa, saya tidak mahu ada sebarang pertindihan jadual nanti.

"Mungkin FAS sudah dimaklumkan mengenai jadual kita dalam pusingan kelayakan Olimpik, cuma saya bimbang mereka terlepas pandang mengenai kejohanan Piala AFC," katanya kepada Kosmo! semalam.

Skuad Harimau Muda A bakal bersaing dalam Liga-S selama empat musim hasil perjanjian persefahaman selama empat tahun di antara FAS dan FAM sebelum ini. Skuad itu akan dibarisi 28 pemain yang berusia bawah 22 tahun.

'Sistem barter' itu juga menyaksikan penyertaan pasukan Singapura yang dikenali sebagai Lions XII FC pada Liga Malaysia (Liga-M) musim depan yang begitupun menimbulkan rasa 'kurang senang' pemerhati bola sepak kerana menyenaraikan 10 pemain berusia lebih 23 tahun.

Bagi baki aksi kelayakan Kumpulan C temasya Olimpik Zon Asia nanti, skuad muda negara bakal berkunjung ke Bahrain pada 5 Februari tahun depan sebelum melayan kunjungan Jepun pada 22 Februari. Perlawanan terakhir berdepan Syria pada 14 Mac pula bakal diadakan di gelanggang berkecuali.

Ketika ditanya sama ada Stadium Yishun, Singapura yang berkapasiti 3,400 penonton mungkin menjadi gelanggang rasmi buat skuad Harimau Muda A nanti, Kim Swee juga enggan mengulas lanjut kerana masih belum dimaklumkan FAS.

"Tidak kisahlah beraksi di mana-mana stadium sekalipun, asalkan penyokong negara kita yang bekerja di sana hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada kami," kata Kim Swee yang akan memanggil semula barisan pemainnya untuk berkumpul semula di Majlis Sukan Negara (MSN) pada 3 Januari depan.

Dalam pada itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, sambil memberitahu, sebarang keputusan berhubung perkara itu akan diketahui hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Zandra puas gapai lima gelaran

Posted:

Zandra puas gapai lima gelaran

Zandra puas gapai lima gelaran

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI... Zandra (kiri) bersama Jacqueline meraikan kejayaan mereka meraih pingat emas pada Sukan SEA di Jakarta, Indonesia bulan lalu.


ADA sebab ratu boling negara, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi menarik nafas lega ketika menutup 'buku' musim 2011.

Apa tidaknya, lima gelaran berada dalam genggaman Zandra sepanjang tahun ini termasuk kejayaannya meraih pingat emas pada Sukan SEA di Jakarta, Indonesia bulan lalu.

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan meraih emas pada temasya dwitahunan itu dianggap sebagai penutup tirai 2011 penuh gemilang bagi pemain berusia 25 tahun itu.

"Syukur alhamdulillah... saya berpuas hati dengan pencapaian saya sepanjang tahun ini. Lima kejayaan yang saya raih tahun ini amat bermakna sekali.

"Paling manis sudah pasti kejayaan saya meraih emas pada Sukan SEA di Indonesia lalu," jelas Zandra ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Zandra memulakan saingan tahun ini dengan langkah kanan apabila menjuarai Terbuka Malaysia 2011 dan Kejohanan Kebangsaan ke-35.

Zandra menjelaskan, kedua-dua kejohanan tersebut adalah sebagai latihan dan persiapan baginya untuk menghadapi temasya Sukan SEA di Indonesia.

"Momentum saya tahun ini amat baik sekali. Boleh dikatakan, ia menjadi tahun paling bernilai dan cemerlang buat saya terutama dalam aksi secara individu," katanya.

Menurut Zandra, beberapa kejohanan yang disertai tahun ini tidak ubah seperti misi menebus kekecewaan selepas prestasinya agak hambar pada tahun sebelumnya.

Ternyata Zandra membuktikan betapa dia antara pemain terbaik wanita negara ketika ini apabila mengungguli Kejohanan Boling Astro Kebangsaan ke-35 di Sunway Megalanes pada Mac lalu.

Ia merupakan kali pertama Zandra dinobatkan selaku juara kejohanan tersebut.

Meskipun adakalanya prestasi Zandra 'turun naik', namun pemain kelahiran Selangor ini masih mampu meneruskan momentum dengan menjuarai Terbuka Kuala Lumpur pada Oktober lalu.

Zandra menutup tirai 2011 dengan penuh bergaya apabila meraih emas kategori beregu wanita ketika bergandingan bersama Jacqueline Sijore pada Sukan SEA di Jakarta.

Ditanya mengenai perancangannya tahun depan, Zandra memberitahu: "Disebabkan boling tidak dipertandingkan pada Sukan Olimpik dan tiada kejohanan yang besar, kemungkinan besar saya akan lebih banyak menjalani latihan dan menyertai kejohanan tempatan.

"Apa pun, terpulang kepada ketua jurulatih (Holloway Cheah) untuk menentukan sebarang perancangan kepada saya dan juga para pemain negara yang lain," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Impian Siti Fatimah hampir jadi nyata

Posted:

Impian Siti Fatimah hampir jadi nyata

Impian Siti Fatimah hampir jadi nyata


SITI FATIMAH mahu meninggalkan dunia olahraga dan berhasrat menyertai skuad lumba basikal trek negara.


HASRAT atlet pecut wanita, Siti Fatimah Mohamad untuk menyertai skuad basikal trek negara semakin hampir menjadi kenyataan.

Ini kerana, ketua jurulatih basikal trek negara, John Beasley memberikan berita positif berdasarkan ujian yang telah dilakukan ke atas atlet tersebut sebelum ini.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong.

Menurut Zolkples, berdasarkan maklum balas yang diberikan Beasley, jurulatih itu menjelaskan bahawa Siti Fatimah memiliki potensi untuk melangkah lebih jauh dalam acara basikal trek.

"Beasly ada bercakap kepada saya yang Siti Fatimah memiliki semua kriteria yang diperlukan bagi menyertai sebagai seorang pelumba basikal trek. Malah, dia juga mempunyai potensi besar.

"Beasly menganggap jika Siti Fatimah menyertai skuad trek negara, dia akan menjadi pelumba kedua di belakang Fatehah Mustapa, sekali gus memberikannya rakan sepelatih yang baik," kata Zolkples ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.

Sebelum ini, Siti Fatimah yang pernah mewakili negara dalam acara 100 meter, membuat kejutan apabila menyatakan hasrat untuk beralih angin ke acara berbasikal berhubung kemelut yang melanda Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

Malah Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) turut menyambut baik hasrat tersebut namun dengan syarat Fatimah mendapat pelepasan daripada KOAM.

Tambah Zolkples, MSN akan memberikan sokongan sepenuhnya terhadap hasrat Siti Fatimah itu.

Malah, bukan sahaja Siti Fatimah, tetapi beliau menjelaskan, pihaknya akan turut memberi sokongan terhadap mana-mana atlet yang ingin menceburkan diri dalam bidang sukan yang lain.

"Dalam kes Siti Fatimah ini, jika Beasley kata boleh, MSN akan memberi sokongan penuh.

"Namun, Siti Fatimah perlu memberi penjelasan kepada KOAM terlebih dahulu memandangkan dia pernah bernaung di bawah badan induk tersebut.

"Saya tidak mahu nanti, bila semuanya berjalan akan ada timbul isu-isu berbangkit dan akan mengeruhkan lagi keadaan," tambah Zolkples.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan