Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM bersikap ‘gentleman’

Posted:

FAM bersikap 'gentleman'

FAM bersikap 'gentleman'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

Azzuddin (kiri) dan Hamidi berharap para peminat Harimau Muda tidak bimbang mengenai jadual perlawanan skuad negara dalam saigan Liga-S tahun depan.


MESKIPUN Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) masih belum mengemukakan sebarang maklumat rasmi berhubung saingan Liga Singapura (Liga-S) termasuk jadual dan gelanggang rasmi skuad Harimau Muda, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap bersikap 'gentleman'.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) berkata, masih terlalu awal untuk mendesak FAS supaya segera mengeluarkan jadual dan gelanggang rasmi buat skuad kendalian Ong Kim Swee itu kerana saingan hanya bermula 9 Februari tahun depan.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa menghormati etika kerja FAS berhubung perkara itu dan yakin ia dapat dikendalikan dengan cukup profesional.

"Kurang manis jika kita terus mendesak FAS. Kami hormati kerja mereka dan yakin ia akan dapat dikendalikan dengan baik.

"Begitupun, sekiranya FAS masih bersikap 'membisu' ketika saingan Liga-S bakal bermula, barulah kita akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Kosmo! semalam melaporkan kerisauan Kim Swee mengenai sikap 'membisu' FAS berhubung jadual perlawanan dan stadium rasmi Harimau Muda sepanjang mengharungi saingan Liga- S musim depan.

Antara kebimbangan Kim Swee termasuk sekiranya berlaku sebarang pertindihan jadual perlawanan yang membabitkan Harimau Muda. Ini kerana, skuad negara bakal beraksi pada pusingan kelayakan Piala AFC dan baki kelayakan temasya Sukan Olimpik 2012.

Mereka bakal bersaing di sana selama empat musim sehingga 2015 dan sebagai 'pertukaran' skuad Singapura yang dikenali sebagai Lion XII akan beraksi dalam Liga Super bagi tempoh yang sama.

Dalam pada itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, Kim Swee tidak perlu risau mengenai sebarang isu berbangkit termasuk sekiranya berlaku pertindihan jadual kerana segala maklumat berkaitan itu telah disalurkan FAM kepada FAS sebelum ini.

Menurut beliau, satu taklimat khas oleh FAS yang melibatkan Kim Swee dan Datuk Affandi Hamzah (pengurus pasukan) akan diadakan di Singapura antara 5 dan 9 Januari depan bagi membincangkan pelbagai perkara berbangkit, termasuk pemeriksaan keselamatan stadium.

"Saya juga menasihatkan segelintir pihak supaya tidak mensensasikan isu tiket membabitkan aksi pasukan Lion XII kerana sudah termaktub dalam perjanjian sebelum ini.

Setiap tiket yang dijual perlu bernilai minimum RM10 dan mana-mana pasukan, termasuk Lion XII berhak menaikkan harga tiket masing-masing.

Full content generated by Get Full RSS.

Bisa wajah baharu Johor FC

Posted:

Bisa wajah baharu Johor FC

Bisa wajah baharu Johor FC

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


HARIS SAFWAN menjadi sandaran utama Johor FC bagi mengharungi kempen Liga M musim depan.


GELOMBANG oren di Stadium JCorp, Pasir Gudang pastinya kembali 'bergelora' musim depan.

Apa tidaknya, jurulatih baharu Johor FC, K. Devan nekad mahu menjulang Sang Lebah supaya kembali digeruni menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan membuka tirainya 10 Januari depan.

Menurut beliau, 'wajah baharu' Johor FC kali ini pastinya menjanjikan sesuatu yang istimewa buat penyokong fanatik Sang Oren supaya kembali menggamatkan stadium.

Begitu giat menjalani latihan ketika ini, Devan mengakui kredi- biliti pemain-pemain baharu yang dibawa masuk menyarung jersi Oren musim depan juga tidak boleh 'dipandang sebelah mata' oleh pasukan-pasukan lawan.

"Musim depan, saya memiliki pemain yang hebat seperti bekas pemain Kedah, Fauzi Saari dan Shafizan Hashim selain bekas penyerang T-Team, Haris Saf- wan.

"Bekas pemain Johor, Ismail Suboh dan bekas pemain Felda United, Syazwan Zainol juga menyertai kami, jadi saya yakin 'generasi baharu' Johor FC mampu menghadirkan sesuatu yang istimewa buat peminat," katanya kepada Kosmo! semalam.

Untuk rekod, Johor FC yang dibimbing oleh Azuan Zain sebe- lum ini sekadar menamatkan saingan di tempat ketujuh Liga Super 2011.

Mereka juga terkandas di peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia selain ditunjukkan jalan keluar oleh finalis Piala FA, Kelantan dengan keputusan 1-0 seawal pusingan kedua.

Mengulas mengenai ketiadaan dua tonggak import muda dari Brazil iaitu Tito Fernando Da Sil- va Pinto dan Tiago Lima Real yang tidak menepati syarat ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini, bekas jurulatih Selangor itu tidak mudah melatah.

"Walaupun tidak dapat menggunakan khidmat kedua-dua pemain tersebut sehingga April depan, saya tidak merasakan perlu mencari calon pengganti kerana kedua-duanya hebat dan masih muda.

"Ini sebenarnya strategi pema- saran bola sepak, tidak mustahil kita boleh menjual mereka dengan harga yang lebih tinggi selepas ini kerana usia mereka yang masih muda," katanya.

Johor FC bakal membuka tirai Liga Super menentang Selangor PKNS di gelanggang lawan pada 10 Januari depan selain berdepan cabaran getir Negeri Sembilan di pusingan pertama Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Februari nanti.

Jika berjaya menjinakkan Sang Rusa, bekas pasukan Devan, Selangor yang dijangka tidak berdepan masalah membenam Shahzan Muda bakal menanti mereka di pusingan kedua Piala FA.

"Saya belum mahu fikirkan mengenai pertemuan menentang Selangor, menang dahulu dengan Negeri Sembilan baru boleh cerita panjang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kaji semula program latihan

Posted:

Kaji semula program latihan

Kaji semula program latihan

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


PKBM, MSN dan KBS perlu menilai semula program latihan pasukan lebuh raya negara supaya dapat menyaingi pencapaian yang dilakar skuad trek.


TAHUN 2011 sekali lagi memaparkan episod suka dan duka dalam sukan lumba basikal di Malaysia.

Jurang pencapaian antara skuad trek dan skuad lebuh raya negara sekali lagi menjadi isu yang perlu ditangani Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Ketika program yang direncana dalam skuad trek di bawah kendalian John Beasley terus membuahkan hasil, program yang dilabur ke atas skuad lebuh raya pula dilihat belum lagi memuaskan biarpun Malaysia kini mempunyai satu lagi pasukan bertaraf benua iaitu Terengganu Cycling Team (TSG).

Meskipun ada sedikit peningkatan yang ditunjukkan di beberapa kejohanan - Le Tour de Langkawi (LTdL), Tour de Brunei dan Tour de Taiwan - hakikatnya peningka- tan tersebut masih belum konsisten dan jauh menepati jangkaan.

Pentas temasya Sukan SEA 2011 di Indo- nesia bulan lalu sudah pasti menjadi pengu- kur sebenar jurang semasa antara skuad lebuh raya dan skuad trek negara ketika ini.

Pada temasya tersebut, skuad lebuh raya negara di bawah bimbingan Graham Seers gagal menyerlah dalam merealisasikan misi menyumbang pingat kepada kontinjen negara.

Malaysia yang pernah diangkat sebagai gergasi lumba basi- kal di rantau Asia Tenggara suatu ketika dahulu, mencatat keputusan yang mengecewakan, khususnya dalam acara ujian masa berpasukan lelaki yang mana barisan pelumba elit negara menduduki tempat keenam di belakang Singapura dan Vietnam.

Walaupun kegagalan itu ditebus oleh skuad trek negara, ia masih belum cukup untuk menghalang spekulasi bahawa program yang dirancang oleh PKBM bagi pembangunan skuad lebuh raya tidak berjalan seperti diharapkan.

Sebaliknya, program skuad trek negara pula dilihat terus menjadi dengan menghadiahkan beberapa pingat emas menerusi pelumba elit, Fatehah Mustapa dan Mohd. Edrus Yunos selain barisan pelumba daripada program pelapis seperti Ju Pha Somnet dan Fattah Amri Zaid yang turut menepati potensi masing-masing.

Fatehah yang telah pun layak beraksi di Sukan Olimpik 2012 di London telah menyumbang tiga pingat emas - pecut 200m wanita, ujian masa 500m dan pecut berpasukan bersama Ju Pha.

Bagi skuad lebuh raya pula, selain pencapaian Ng Yong Li dan Mariana Mohamad yang masing-masing menduduki tempat keempat dalam ujian masa individu lelaki dan wanita, prestasi pelumba lain pula masih lagi menghampakan.

Presiden PKBM, Abu Samah Wahab mengakui, kegagalan skuad lebuh raya dalam beberapa acara di Jakarta amat mengece- wakan dan berjanji untuk mengkaji semula program latihan skuad tersebut selepas ini.

"Saya telah mendengar pandangan dari- pada jurulatih (Seers) dan kami akan menjalankan post-mortem bagi memperbaiki kelemahan yang ada dalam program tersebut ketika ini," kata Abu Samah.

"Kami tahu kami perlu membawa pelumba-pelumba elit ini dan amat mengharapkan Adiq (Husainie Othman), Shahrul (Mat Amin) dan (Ng) Yong Li mampu memberi cabaran dan menyumbang pingat.

"Malangnya pada hari pertandingan itu, Yong Li hanya mampu menduduki tempat keempat. Adiq tidak dapat beraksi dengan baik kerana mengalami keracunan makanan, manakala Shahrul pula ketinggalan awal dalam perlumbaan.

"PKBM sedar perubahan perlu dilaku- kan segera dan kami akan menilai semula sama ada kami perlu menukar barisan kejurulatihan atau tidak," katanya.

Skuad lebuh raya yang dibarisi Amir Mustafa Rusli dan Adiq (Drapac Cy- cling), Yong Li (LeTua) dan Shahrul (TSG) menjalani latihan di sekitar Subang selama tiga bulan sebelum temasya tersebut dan kemudian menjalani kem pusat di Chiangmai, Thailand sebelum kembali ke Ipoh apabila utara Thailand dilanda banjir.

Dikatakan bahawa ini adalah persiapan paling rapi daripada skuad lebuh raya negara tanpa melibatkan bajet yang tinggi.

Jurulatih skuad lebuh raya negara, Seers pula tidak menyalahkan anak-anak buahnya di atas kegagalan mereka menyumbang pingat di Jakarta.

"Situasi ini bukan suatu malapetaka bagi skuad lebuh raya kita," kata Seers.

"Pelumba kita telah menunjukkan kesungguhan dan semangat juang yang tinggi sepanjang temasya tersebut.

"Kita sebenarnya boleh mengambil banyak aspek positif daripada usaha mereka itu.

"Harus diingat bahawa kita telah pun layak secara merit (acara lebuh raya) ke Sukan Olimpik 2012.

"Jadi, sekurang-kurangnya kita harus menghargai apa yang mereka lakukan selama ini," tambahnya lagi.

Abu Samah pula menegaskan bahawa pasukan lebuh raya masih perlu dihor- mati kerana layak ke Sukan Olimpik 2012 secara merit dan ia menjadi bukti yang jelas betapa skuad lebuh raya masih mempunyai masa depan yang cerah.

"Kita layak secara merit untuk menghantar dua pelumba menyertai acara lebuh raya di London. Malaysia adalah antara empat negara Asia iaitu Jepun, Kazakhstan dan Uzbekistan yang layak secara merit ke Sukan Olimpik 2012.

"Ia bukti pasukan lebuh raya kita masih mempunyai masa depan cerah. Bukan mudah untuk layak ke Sukan Olimpik 2012. Perlu juga diingatkan bahawa negara kuasa besar Asia seperti Korea Selatan juga tidak layak ke London.

"Justeru, kita perlu lupakan kegaga- lan pelumba negara di Sukan SEA. Saya percaya ada hikmah di sebalik kegaga- lan tersebut.

"Dahulu kita selalu menang pingat emas. Sekarang kita sudah tiga kali gagal meraih pingat emas Sukan SEA. Ini suatu cabaran besar untuk PKBM. Kami akan terus berusaha untuk memperbaiki kelemahan ini," katanya.

Bagi sukan basikal bukit pula, keja- yaan Masziyaton Mohd. Radzi meme- nangi pingat perak di Sukan SEA turut menggambarkan sukan tersebut wajar diberi perhatian oleh PKBM.

Kejayaannya mengatasi pencapaian di Laos pada 2009 mungkin se- dikit sebanyak menjanjikan potensi yang ada kepada perkembangan sukan ini di Malaysia.

Acara BMX pula masih lagi baharu di Malaysia dan ia menjadi sebab utama mengapa pelumba kita gagal menyaingi kehebatan Indonesia dalam acara lelaki dan wanita.

Namun, PKBM perlu juga memberi sokongan kepada pelumba BMX negara agar usaha mereka untuk layak ke Sukan Olimpik 2016 nanti tercapai.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan