Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Peluang Zamri gapai slot Olimpik

Posted:

Peluang Zamri gapai slot Olimpik

Peluang Zamri gapai slot Olimpik

ZAMRI (tengah) dinobatkan selaku juara keseluruhan kategori lelaki elit GP Kebangsaan 2011.


PELUMBA sedang meningkat naik, Mohd. Zamri Salleh berpeluang cerah beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London, Ogos depan.

Semalam, Zamri dinobatkan selaku juara keseluruhan kategori lelaki elit pada Kejohanan Lumba Basikal Sirkit Grand Prix (GP) Kebangsaan 2011 yang berakhir di Muar, Johor.

Meskipun hanya menduduki tempat kelapan pada perlumbaan sejauh 174.10 kilo- meter itu, ia sudah memadai buat Zamri untuk mengesahkan kejuaraan.

Pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2009 di Laos itu meraih kejayaan tersebut setelah pesaing terdekat yang juga rakan sepasukannya, Mohd. Nor Umardi Rosdi sekadar menduduki tempat ke-11.

Zamri yang bakal menyarung jersi Terengganu Cycling Team (TSG) musim ini, meraih 49 mata selepas mengharungi tujuh GP Kebangsaan termasuk dua kali menaiki podium - GP Kelantan dan GP Melaka.

Mohd. Nor Umardi terpaksa berpuas hati di tangga kedua, manakala seorang lagi pelumba TSG, Mohammad Saufi Mat Senan meraih tangga ketiga apabila mereka berkongsi 44 mata.

"Saya mahu menyarung jersi Malaysia pada Sukan Olimpik nanti. Saya rasa prestasi saya sangat konsisten dan cemerlang pada masa ini.

"Saya pernah mengalami 'zaman gelap' apabila ramai orang mengatakan prestasi saya tak menentu khususnya pada 2010," kata Zamri selepas majlis penyampaian ha- diah di Dataran Tanjung Emas, Muar semalam.

Selain Zamri dan Harrif, empat lagi pe- lumba yang disenarai pendek bagi mere- but dua slot Sukan Olimpik 2012 ialah Mohd. Adiq Hussainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Anuar Manan dan Ng Yong Li.

Pada perlumbaan kategori lelaki elit semalam, pelumba TSG, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki muncul juara dengan catatan masa 4 jam 25 minit 42.112 saat, sambil diekori pelatih kebangsaan, Mohd. Zulhilmi Afif yang keciciran 1.371s di bela- kang.

Kategori elit wanita pula di ungguli oleh pelumba Selangor, Mariana Mohamad yang akhirnya berjaya mengetepikan pelumba Kedah, Masziyaton Mohd. Radzi, manakala Muslihah Salim dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menduduki tempat ketiga.

Bagaimanapun, Masziyaton masih boleh berbangga apabila muncul juara keseluru- han bagi kategori tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Siapa pilihan BAM?

Posted:

Siapa pilihan BAM?

Siapa pilihan BAM?

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

TEKA-TEKI mengenai siapa yang bakal dilantik sebagai Pengarah Prestasi Tinggi, Persatuan Badminton Malay- sia (BAM) masih lagi belum terjawab biarpun kontrak penyandang sebelum ini, Datuk James Selvaraj telah berakhir pada penghujung tahun lepas.

Ketika ini, masih belum dipastikan sama ada James akan terus ditawarkan kontrak tersebut atau tidak, namun spekulasi telah mengaitkan nama bekas jaguh beregu kebangsaan, Razif Sidek sebagai calon yang sesuai mengisi kekosongan itu.

Ketika diminta mengulas perkara tersebut, Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata, keputusan muktamad mengenai siapa yang akan dilantik mengisi jawatan Pengarah Prestasi Tinggi BAM akan diketahui dalam masa terdekat selepas mesyuarat Maj- lis Jawatankuasa BAM diadakan.

Namun Chin Chai menambah, beliau sendiri belum pasti bilakah mesyuarat tersebut akan diadakan bagi membin- cangkan pengganti Selvaraj.

"Belum ada keputusan lagi daripada BAM mengenai calon bagi jawatan Pe- ngarah Prestasi Tinggi," kata Chin Chai ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

"Semua keputusan itu hanya akan di- umumkan selepas Majlis Jawatankuasa BAM bermesyuarat tidak lama lagi.

"Cuma apa yang saya boleh beritahu ialah kesemua calon yang menghantar permohonan akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan," tambahnya lagi.

Menurut Chin Chai, BAM menerima 20 permohonan daripada calon yang berminat menggantikan tempat Selva- raj, namun beliau enggan mendedahkan sama ada Razif adalah seorang da- ripada calon tersebut.

"Kami tidak boleh dedahkan nama- nama calon tersebut.

"Ia bukan cara kami tetapi saya boleh mengesahkan yang kami ada 20 calon yang telah pun menghantar permohonan.

"Saya juga tidak boleh mendedahkan sama ada Razif juga merupakan calon tersebut atau tidak. Kita tunggu saja keputusannya pada Mesyuarat Jawatankuasa BAM nanti," tambahnya lagi.

Terdahulu, dalam kenyataan kepada sebuah akhbar berbahasa Inggeris, James menganggap Razif sebagai calon paling sesuai bagi menggantikan tempatnya kerana mempunyai pengalaman luas sebagai pemain dan juga ju- rulatih.

Jawatan Pengarah Prestasi Tinggi merupakan satu jawatan penting dalam BAM dan ia haruslah diisi oleh calon yang memiliki pengetahuan luas dalam bidang teknikal dan juga penga- laman sebagai pemain.

Razif kini merupakan jurulatih kepada pemain beregu lelaki, Mohd. Zakry Latif-Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari di Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC). Beliau pernah memenangi pi- ngat gangsa Sukan Olimpik Barcelona 1992 dalam acara beregu bersama adiknya, Jalani.

Full content generated by Get Full RSS.

Suarez gelar Evra 'negro'

Posted:

Suarez gelar Evra 'negro'

Suarez gelar Evra 'negro'


SUAREZ (kiri) didakwa memanggil Evra dengan gelaran 'negro' sebanyak tujuh kali.


LONDON - Penyerang Liverpool, Luis Suarez dilaporkan memanggil pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra dengan gelaran 'negro' sebanyak tujuh kali.

Suarez mengeluarkan kata- kata berbaur perkauman tersebut dalam satu perlawanan Liga Perdana England di Anfield pada 15 Oktober lalu, sekali gus menyaksikan penyerang sensasi Uruguay itu digantung lapan perlawanan dan didenda sebanyak £40,000 (RM 164,815).

Suruhanjaya Disiplin Persatuan Bola Sepak (FA) England mengeluarkan satu laporan yang mendedahkan bahawa alasan Suarez berhubung isu tersebut tidak boleh dipercayai.

Rayuan Suarez yang mendakwa kata-katanya pada perlawanan tersebut telah disalah- ertikan, ditolak panel bebas FA England dalam satu laporan setebal 115 halaman kelmarin.

"Bukti yang dikemukakan Suarez dilihat tidak boleh dipercayai kerana Evra merupakan saksi utama dalam kejadian itu.

"Suarez menafikan dakwaan yang dia telah melemparkan kata-kata 'negro' sebanyak tujuh kali dalam kejadian tersebut.

"Kata-kata Suarez yang jelas merujuk kepada warna kulit Evra ternyata berbentuk penghinaan," menurut laporan itu.

Begitupun, Suarez yang menafikan dakwaan tersebut memberitahu, perkataan 'negro' adalah perka- taan mesra yang digunakan di tempat kelahirannya, Uruguay.

Menurut Suarez, perkataan itu juga sering digunakannya ketika memanggil rakan sepasukannya, Glen Johnson semasa latihan dan tidak pernah me- nimbulkan sebarang masalah.

Disebabkan itu, FA difahamkan telah mendapatkan panda- ngan pakar bahasa yang begi- tupun tidak bersetuju dengan pendapat Suarez.

Antara kandungan laporan tersebut termasuklah konfrontasi yang didakwa berlaku antara kedua-dua pemain itu sebelum ini ialah apabila Suarez didakwa mengeluarkan perkataan 'Sebab anda berkulit hitam' di dalam bahasa Sepanyol selepas didekati Evra yang mempersoalkan tindakan Suarez mengasarinya sebelum itu.

Berang dengan jawapan itu, Evra dilaporkan mengugut mahu menumbuk Suarez jika dia mengulangi kata-kata tersebut, namun hanya dibalas dengan bersahaja oleh Suarez yang memberitahu: "Saya tidak bercakap dengan orang berkulit hitam".

Liverpool yang mempunyai masa sehingga 13 Januari depan bagi mengemukakan lapo- ran begitupun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu. - Reuters.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan