Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Tentera kian selesa ungguli Liga Perdana

Posted: 13 Feb 2012 11:35 AM PST

Sukan

 PEMAIN Harimau Muda B, Mohd Hadin (kiri) dikawal pemain Pos Malaysia pada perlawanan Liga Perdana  di Stadium Perbandaran Selayang, semalam.

PEMAIN Harimau Muda B, Mohd Hadin (kiri) dikawal pemain Pos Malaysia pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Perbandaran Selayang, semalam.

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) terus mengungguli kedudukan teratas Liga Perdana selepas membenam cabaran Johor 4-1 di Stadium Pasir Gudang, malam tadi.

Walaupun corak permainan pantas disajikan kedua-dua pasukan, namun kemenangan memihak kepada Tentera yang memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-33 menerusi kapten Hairuddin Omar yang menolak mudah bola hantaran Zaquan Adha Abd Razak.

Bagaimanapun tuan rumah bangkit menyamakan jaringan pada minit ke-48 hasil rembatan Mohd Hamzani Omar selepas menerima bola tandukan pemain gantian Jeremy Mathew Danker sebelum Hairuddin melengkapkan hatrik kali kedua dalam tempoh empat hari apabila menambah dua jaringan pada minit ke-62 dan 72 sebelum Bruno Marteloto melengkapkan malam gemilang pelawat pada minit ke-89.
  • Di Stadium Olahraga USM, pasukan di tangga kedua, Pahang terus menghambat kedudukan Tentera di puncak liga apabila mengatasi USM FC 1-0
  • Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Polis gagal dalam misi mengejar tiga pasukan teratas apabila tewas mengejut 3-5 kepada pasukan tercorot, MBJB FC.
  • Di Stadium Sultan Ibrahim, MP Muar FC yang beraksi di depan penyokong sendiri berjaya menyekat kecemerlangan pasukan tangga ketiga, Sime Darby apabila mengikat kedudukan 0-0.
  • Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Harimau Muda B yang mendahului pada babak pertama gagal mempertahankan kedudukan itu apabila kalah 1-2 kepada Pos Malaysia.
  • Di Stadium Hang Tuah, Perlis yang menduduki tangga kedua tercorot Liga Perdana terus dihimpit duka apabila tewas 1-2 kepada NS Betaria FC.

    Lagi berita menarik sekitar saingan Liga Super dan Liga Perdana 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini.

  • Hatrik keenam Ronaldo

    Posted: 13 Feb 2012 11:30 AM PST

    Sukan

    RONALDO memeluk Mourinho merai jaringannya ketika menentang Levante di Stadium Santiago Bernabeu, kelmarin.

    RONALDO memeluk Mourinho merai jaringannya ketika menentang Levante di Stadium Santiago Bernabeu, kelmarin.

    MADRID: Cristiano Ronaldo meraih hatrik keenam bagi dirinya musim ini apabila Real Madrid mengambil langkahan besar ke arah memenangi La Liga kelmarin, bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Levante 4-2 dan melebarkan pendahuluan kepada 10 mata ke atas Barcelona.

    Selepas Gustavo Cabral memberikan kejutan dengan gol pendahuluan, Ronaldo memperoleh gol pertamanya menerusi sepakan penalti ekoran bola terkena tangan Vicente Iborra, yang turut dibuang padang ekoran menerima kad kuning kedua.

    Ronaldo menanduk masuk hantaran lintang Gonzalo Higuain pada minit ke-49 dan kemudian melengkapkan hatriknya dengan rembatan cantik dari jarak 30 meter yang menerjah ke bahagian atas jaring gol. Satu jaringan tandukan oleh Arouna Kone kemudian memberikan sedikit harapan buat Levante, tetapi Karim Benzema menjaringkan gol keempat untuk Real pada minit ke-65.

    Tatkala Barcelona, yang tewas 3-2 kepada Osasuna di tempat lawan Sabtu lalu, Real tampak dalam prestasi yang begitu cemerlang apabila menang 19 daripada 22 perlawanan mereka dan menjaringkan 75 gol yang meletakkan mereka di landasan untuk meraih kejuaraan liga pertama sejak 2008.

    "Masih ada banyak mata dan banyak perlawanan menanti dengan semua adalah sukar kerana ada banyak faktor yang mempengaruhi," kata jurulatih Real, Jose Mourinho. "Kami perlukan lebih 39 mata lagi untuk menjadi juara – 13 kemenangan tetapi perbezaan 10 mata ini kini memberikan kami ruang untuk melakukan kesilapan." – AFP

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan