Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Janji kami!

Posted: 21 Feb 2012 04:01 PM PST

Sukan

Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi Che Mat

Harimau Muda tekad habis-habisan cipta sejarah benam Jepun hari ini

"KAMI sudah gagal ke Olimpik, tetapi kami ada maruah yang perlu dijaga!"

Itu pendorong yang menjadi bekalan buat penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dan rakan sepasukan menjelang aksi kelayakan Olimpik menentang Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. "Kita tahu Jepun adalah gergasi Asia dan jurang dengan Malaysia masih jauh, jadi mereka mempunyai reputasi yang perlu dijaga terutama apabila peluang menjuarai kumpulan dicabar sengit oleh Syria.

"Saya rasa tekanan kini lebih kepada Jepun kerana mereka memerlukan jaringan yang besar bagi mengatasi kedudukan Syria. Pada perlawanan pertama dulu, mereka sekadar menang 2-0 dengan Harimau Muda.

"Kami bermain bukan saja untuk negara, tetapi juga untuk peminat tempatan. Jika kemenangan dicapai di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok (malam ini), ia akan menjadi hari paling bersejarah buat bola sepak negara.

"Itulah tekad dan azam yang membara dalam diri kami."
Khairul Fahmi adalah antara tonggak utama yang memastikan gawang negara tidak banyak dibolosi pada perlawanan pertama di Fukuoka sebelum ini.

Sekurang-kurangnya 17 percubaan tepat diselamatkan penjaga gol utama negara itu dan aksinya turut mendapat perhatian media Jepun. Seorang lagi pemain yang beraksi cemerlang ialah Wan Zack Haikal Wan Nor tetapi pemain sayap itu tidak dapat beraksi malam ini akibat digantung perlawanan.

"Pada perlawanan pertama dulu, kami agak gementar apatah lagi bermain di tempat lawan, tetapi selepas beberapa perlawanan, keyakinan kami semakin meningkat.

"Janji kami adalah berjuang habis-habisan malam esok (malam ini)," kata Fahmi.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Yurui-urui

.. slalu jak ckp gtu.. tak kemana pun.. hmm..

Na O Mei

YES...itu yg kami semua mahukan. Kekalkan benteng kita dari di robohkan. Tutup pintu gol tu Apek...Good Luck to all players & pemimpin yg memimpin pasukan HM. U're the best PAPA ONG. Kmi dah tak sabar nak tgk perlawanan malam ini. Pastikan corak permainan yg membanggakan & berjuang hbs2an mcam SEA Games menentang Indonesia dlu..Rakyat M'sia tidak akan putus berdoa untuk setiap perlawanan yg anda hadapai selama ini & di masa akan datang. Mengaum dengan semangat waja wahai anak2 muda HM...

akydharimaumalaya

kalau dah janji, kene la tunaikan...
hahahahahaha....hidup harimau muda...
harap2 nazmi faiz main malam ni...he3

Fazillah Mohamad

Semoga berjaya pasukan Harimau Muda... Kami rakyat M'sia sentiasa mendoakn kejayaan anda...semoga kejayaan menjd milik kiter

azruliwan

cayala harimau malaya.....hidup harimau malaya, from Gurkha Malaya....tentang jepun habis-habisan mlm ini, mlm ini penyokong harimau malaya mengaum di Stadium dan di rumah....


'Jepun bakal masuk perangkap ciptaan sendiri'

Posted: 21 Feb 2012 03:57 PM PST

Sukan

KIM SWEE (kanan) bersalaman dengan  Sekizuka selepas sidang media, petang semalam.

KIM SWEE (kanan) bersalaman dengan Sekizuka selepas sidang media, petang semalam.

Mereka terdesak cari gol lebih: Kim Swee

KEGHAIRAHAN Jepun memburu gol apabila turun menentang skuad Olimpik kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, akan digunakan sepenuhnya Ong Kim Swee untuk memerangkap gergasi Asia itu.

Jepun yang memerlukan jaringan banyak bagi memastikan muncul juara Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012, akan berusaha mengatasi pendahulu, Syria yang turut mengumpul sembilan mata selepas empat perlawanan. "Saya tahu Jepun terdesak mahu mencari gol dan situasi itu saya akan gunakan untuk memerangkap mereka," kata pengendali skuad Harimau Muda itu pada sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.

"Ramai menganggap kami akan bertahan selepas kekalahan 0-2 di Fukuoka tempoh hari, tetapi mungkin saya akan menukar taktik, bergantung kepada permainan malam esok (malam ini). Saya mahu pastikan kami mengutip sekurang-kurangnya satu mata.

"Persiapan pasukan berjalan lancar dan saya lihat semangat pemain cukup tinggi menjelang perlawanan ini. Ini bukan lagi soal layak atau tidak, tetapi soal maruah yang perlu dipertahankan.

"Saya yakin dengan sokongan padu peminat, kelebihan berada di tangan kita. Pemain muda negara mempunyai keazaman tinggi untuk cipta sejarah baru bola sepak negara.
"Itu dorongan utama yang ada dalam diri mereka."

Malaysia mengharungi saingan kelayakan Olimpik 2012 dengan menewaskan Pakistan dan Lubnan sebelum mara ke pusingan terakhir zon Asia tetapi dalam Kumpulan C yang turut dibarisi Jepun, Syria dan Bahrain, Malaysia belum mengutip sebarang mata selepas empat perlawanan.

"Ini peluang terakhir untuk kami menguji kemampuan dengan pasukan hebat seperti Jepun," kata Kim Swee. "Entah bila lagi kita akan dapat bertemu mereka pada perlawanan kompetitif seperti ini.

"Jadi saya harap peluang ini digunakan sepenuhnya pemain. Menang atau kalah adat pertandingan, tetapi yang penting pemain berusaha memperbaiki persembahan berbanding aksi sebelumnya."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan