Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Angkara penganjur

Posted: 10 Feb 2012 11:06 AM PST

PERUBAHAN jadual pada saat akhir oleh penganjur, akhirnya memakan diri sendiri apabila dua pelumba negara yang beraksi dalam acara pecut di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC), terlepas peluang keemasan untuk menambah kutipan pingat emas negara.

Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa yang turun dalam acara pecut akhir hanya memiliki kurang setengah jam untuk memanas badan apabila jadual ditukar penganjur secara mengejut mengakibatkan mereka tidak bersedia sepenuhnya.


Kedua-dua pelumba negara akhirnya terpaksa akur apabila Azizul tewas kepada pesaing utama, Kanuzuri Watanabe dari Jepun manakala hasrat Fatehah menundukkan pelumba handalan Hong Kong, Lee Wai Sze tidak kesampaian.

"Bila saya bangun pagi memang saya sasarkan untuk menang emas sebab semua ahli keluarga saya datang menyaksikan saya beraksi. Tapi bila tiba di venue, saya dimaklumkan jurulatih, John Besleay yang jadual ditukar dan perlumbaan diadakan lebih awal.


"Memang saya tak sempat nak memanaskan badan. Tempoh kurang setengah jam tak cukup. Rasa kaki saya pun tidak seperti semalam. Kalau ada masa cukup saya yakin boleh dapat emas," katanya yang memerlukan masa sekurang-kurangnya dua jam untuk memanaskan badan.


Ratu pecut negara, Fatehah juga mengalami situasi sama ketika lawan sebelum itu sudah terlebih dulu turun beraksi dalam acara pecut berpasukan wanita.

"Kalau mereka mahukan kami memberikan pingat, mereka tidak boleh menukar jadual sesuka hati. Bukan kami saja yang merungut perkara ini tapi pelumba lain juga tidak puas hati sejak hari pertama lagi.


"Kaki saya memang berat, saya tidak boleh buat apa-apa. Memang sukar. Tapi Insya-Allah saya akan cuba yang terbaik dalam keirin," kata Fatehah yang nyata kecewa dengan kegagalannya menyumbangkan emas acara pecut untuk mengukuhkan kedudukannya ke Olimpik.

Azizul dan Fatehah tiba di venue pertandingan pada jam 9.30 pagi kerana mengikut jadual asal perlumbaan akhir akan berlangsung jam 11.30 pagi sebelum jadual dipercepatkan satu jam.


Tidak mahu menjadikan apa yang terjadi membelenggu fikiran, Azizul dan Fatehah bertekad menebus kegagalan dalam acara keirin hari ini.


Presiden Komisar Kejohanan Berbasikal Asia (ACC), Frederich Chan bangkit mempertahankan keputusannya berhubung perubahan jadual di saat akhir.


Katanya, beliau terpaksa menukar jadual kerana perlumbaan sesi pagi perlu ditamatkan lebih awal kerana sembahyang Jumaat dan semua perubahan jadual itu sudah dimaklumkan malam kelmarin.



Red Warriors jamin garang

Posted: 10 Feb 2012 09:25 AM PST

KELANTAN bakal menghadapi musuh tradisi dan perlu tampil dengan aksi garang untuk merampas kembali takhta liga ketika berdepan Terengganu dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Kelantan yang tewas kepada Terengganu pada saingan final Piala FA tahun lalu perlu memberi perkhabaran gembira kepada penyokong setia pada perlawanan malam ini selain tidak mahu keciciran mata dan kecundang di laman sendiri.


Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, pemain perlu tampil dengan aksi mantap ketika berdepan 'Sang Penyu' yang dibarisi pemain berpengalaman selain awang importnya, Francis Forkey Doe yang pasti akan cuba mengucar-kacirkan benteng The Red Warriors Katanya, walau apa cara sekalipun, pemain di bawah kendalian jurulatih, Peter James Butler itu perlu menang dan mendapatkan tiga mata selain membalas dendam kekalahan merebut Piala FA musim lalu.

"Kita bukan saja perlu menang untuk mendapatkan tiga mata, malah kemenangan ini akan memastikan Kelantan kembali merampas takhta liga.


"Kita tahu Terengganu mempunyai pemain berpengalaman dan mantap di semua posisi dan kita harap pemain Kelantan juga mempamerkan aksi lebih mantap," katanya.


Bagaimanapun, Azman mengingatkan pemain supaya tidak begitu ghairah untuk mencari gol malah perlu waspada terhadap asakan lawan supaya tidak melakukan kesilapan yang boleh membawa padah.

Azman yang juga Setiausaha Agung, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkata, semua pemain perlu fokus dan bekerjasama supaya dapat melaksanakan arahan jurulatih dengan baik.


"Kita harap pemain memberi perhatian sepenuhnya pada perlawanan kerana kita sedar, Terengganu adalah pasukan yang mampu mencabar kemampuan kita," katanya



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan