Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Langkah pertama Liverpool

Posted: 24 Feb 2012 08:17 AM PST

LONDON: Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish yakin kejayaan menjulang Piala Liga bakal menjadi titik tolak buat anak buahnya memenangi kejuaraan lebih gah pada aksi pertama di Wembley dalam tempoh 16 tahun esok.

Selepas lebih setahun di Anfield, Dalglish melihat perkembangan skuad bimbingannya dan kini cuba menjinakkan Cardiff untuk meraih kejuaraan pertama.


Sudah enam tahun berlalu sejak Liverpool kali terakhir memenangi Piala FA pada 2006 selepas menewaskan West Ham di Cardiff dan kelab itu tidak pernah layak ke final di Wembley sejak 1996.

Pertemuan menentang lawan dari Liga Kejuaraan itu turut dianggapnya hadiah buat penyokong setia selepas Manchester United mendominasi saingan dan dilabel pasukan paling berjaya dalam bola sepak England.


"Pencapaian ini amat bermakna buat saya tapi lebih penting ia menggembirakan penyokong yang tetap setia meskipun sudah lama kami tidak beraksi di Wembley," kata Dalglish.


"Bagi mereka yang setia bersama kami, ini adalah hadiah untuk kesetiaan dan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi." Dalglish puas hati dengan perkembangan Liverpool sejak membimbing kelab itu tahun lalu selepas ketibaan pemilik baru dari AS, Fenway Sports Group.

"Kami berjaya memperbaiki kedudukan berbanding tahun lalu. Kami masih bersaing merebut Piala FA dan beraksi di final Piala Liga selain hanya ketinggalan empat mata di belakang pasukan tangga keempat.


"Inilah perkembangan positif yang berjaya kami lakukan. Bagi pemain, final ini bukti kesungguhan mereka dan semua pasti menanti hasilnya.

"Kami kini memiliki peluang dan akan cuba meningkatkan lagi pencapaian di masa akan datang." - AFP



Amar jinak Sabah

Posted: 24 Feb 2012 08:12 AM PST

JARINGAN tunggal Amar Rohidan pada minit ke-80 membolehkan skuad kebangsaan pulang dengan kemenangan tipis 1-0 selepas berhempas-pulas menentang skuad Liga Super Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.

Bagaimanapun, skuad kendalian Datuk K Rajagopal terlebih dulu dikejutkan dengan jaringan pemain tengah Sabah, Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-60 yang berjaya membolos gawang Harimau Malaya dengan menewaskan Farizal Marlias. Bagaimanapun, jaringan itu dibatalkan pengadil, Sani Tari selepas bola terkena tangan pemain Sabah itu.


Perlawanan babak pertama berlangsung agak hambar apabila Harimau Malaya menurunkan hampir kesebelasan pemain simpanan untuk mencari rentak permainan.

Bagaimanapun, skuad kebangsaan yang terlebih dulu mengasak kubu Sabahawks sebaik wisel permulaan dan pada minit keempat, sepakan Mohd Zaquan Adha sedikit tersasar.


Kira-kira 20,000 penyokong Sabah yang memenuhi stadium semakin gamat apabila percubaan pertama Sabahawks menerusi Shahrul Azhar pada minit ketujuh melewati palang gol walaupun hanya berdepan Farizal.


Sabah terus mengasak apabila pemain import Sabah, Brendan Gan sekali lagi melakukan percubaan terus hasil hantaran Michael Biard. Bagaimanapun, aksi satu lawan satu bersama Farizal gagal menghasilkan gol.

Sepanjang tempoh babak pertama perlawanan, Sabah lebih kerap mengasak kubu Harimau Malaya yang agak kucar-kacir.


Aksi babak kedua lebih tersusun apabila Biard membuat hantaran lintang kepada Zainizam Marjan dari tepi gawang Malaysia pada minit ke-53 namun terselamat apabila percubaannya hanya menerjah tiang gol.

Kemuncak penantian perlawanan hadir apabila Safee Sali dimasukkan pada minit ke-80 hingga menyebabkan stadium menjadi gamat.


Namun, kemasukan Safee gagal membantu skuad kebangsaan menambah jaringan.


Peminat 'Apek' turut terubat apabila Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol nombor satu negara itu masuk pada minit ke-92 sebelum perlawanan berakhir kira-kira tiga minit kemudian.


Sementara itu, Rajagobal ketika ditemui selepas perlawanan memuji aksi skuad Sabah yang memberi tentangan sengit terhadap pasukan kendaliannya.


"Keseluruhannya saya puas hati dengan aksi malam ini," katanya yang akan membawa pasukan Malaysia ke Manila untuk perlawanan persahabatan menentang Filipina pada 29 Februari ini.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan