Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Azizulhasni, Fatehah curi tumpuan

Posted:

Azizulhasni, Fatehah curi tumpuan

Azizulhasni, Fatehah curi tumpuan

AZIZULHASNI mempunyai misi mengutip satu pingat emas pada ACC 2012.


TUMPUAN peminat tempatan yang hadir menyaksikan saingan hari pertama Kejuaraan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 petang semalam lebih tertumpu kepada kelibat jaguh pecut negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa (gambar kecil).

Kedua-dua pelumba ini berkayuh dalam acara pecut lelaki dan wanita elit di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras.

Azizulhasni yang turun dalam misi mengutip satu pingat emas dalam ACC 2012 kali ini, jelas tidak menghampakan apabila berjaya melepasi halangan pertamanya dengan menewaskan pelumba Iran pada pusingan suku akhir lelaki elit.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu akan beraksi pada separuh akhir hari ini.

Bagaimanapun, seorang lagi pelumba elit negara, Mohd. Edrus Yunos gagal ke separuh akhir apabila tewas kepada pelumba Jepun.

Sementara itu, Fatehah juga berjaya layak ke separuh akhir wanita elit setelah mengalahkan pelumba Taiwan, Wang Jin Ning pada suku akhir dan turun beraksi di separuh akhir hari ini.

"Saingan daripada pelumba Taiwan di suku akhir hari ini agak sengit tetapi saya tidak menggunakan sepenuh tenaga kerana mahu beri tumpuan kepada separuh akhir esok (hari ini).

"Saya bersyukur kerana berjaya melepasi peringkat ini dan akan cuba memberi yang terbaik pada separuh akhir nanti untuk layak ke final dan kalau boleh memenanginya esok (hari ini)," kata Fatehah semalam.

Namun seorang lagi pelumba wanita elit negara, Ju Pha Somnet terpaksa akur di suku akhir selepas tewas kepada pelumba dari China.

Dalam kategori wanita remaja pula, Ummi Hamimah Mohamad berjaya mara ke final selepas menang pada saingan separuh akhir.

Begitupun, Lauretta Eva Adrian pula gagal melepasi peringkat tersebut.

Motivasi pemain Pahang semakin meningkat

Posted:

Motivasi pemain Pahang semakin meningkat

Motivasi pemain Pahang semakin meningkat

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


AZAMUDDIN (kanan) beraksi cemerlang ketika membantu kemenangan 2-0 Pahang ke atas Johor pada aksi Liga Premier kelmarin.


KEJAYAAN menumbangkan Johor 2-0 pada perlawanan kelmarin telah meningkatkan motivasi para pemain Pahang untuk mengharungi saingan Liga Premier musim ini.

Keyakinan itu semakin memuncak terutama selepas anak-anak buah Dollah Salleh mengungguli kedudukan teratas dengan mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan.

Dengan kemenangan itu juga, Pahang berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Johor, sekali gus meraih tiga mata penuh untuk berada dipuncak liga.

Penyerang berbisa Pahang, Azamuddin Mohd. Akil yang muncul wira dengan meledakkan dua gol pada perlawanan itu mengakui dirinya dan rakan sepasukan kini berada pada prestasi terbaik untuk meneruskan kemaraan pada saingan musim ini.

"Saya gembira kerana berjaya menghasilkan gol untuk memastikan kemenangan milik kami.

"Tiga mata yang diperoleh ini banyak membantu meningkatkan motivasi selepas gagal mengutip mata pada perlawanan sebelumnya," katanya semalam.

Pada perlawanan itu, Azamuddin menjaringkan dua gol iaitu pada minit ke-11 dan 28.

Dalam pada itu, pemain berusia 27 tahun itu turut berterima kasih kepada rakan sepasukannya yang berusaha keras menyerap asakan lawan dan membuka ruang kepada saya menjaringkan gol buat pasukan.

Sementara itu, Dollah menyatakan rasa puas hati dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya.

"Pada babak pertama, kita memberikan aksi mantap di mana semua pemain bergerak untuk memastikan kemenangan.

"Bagaimanapun pada babak kedua, mungkin kerana pemain kita agak keletihan menyebabkan prestasi mereka agak menurun sehingga memberi peluang kepada pasukan lawan melakukan serangan berbahaya," katanya.

Piala Axiata 2012 tawar hadiah lebih lumayan

Posted:

Piala Axiata 2012 tawar hadiah lebih lumayan

Piala Axiata 2012 tawar hadiah lebih lumayan

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


JAMALUDIN (kiri) yakin Piala Axiata akan menjadi fenomena baharu dalam sukan badminton di rantau Asia Tenggara.


KEJOHANAN badminton berpasukan lelaki Asia Tenggara, Piala Axiata yang akan mula membuka tirai pada 23 Mac ini menjanjikan cabaran yang lebih menarik kepada para pemain negara.

Kejohanan yang mendapat sentuhan daripada sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Asia, Axiata Group Berhad (Axiata) dengan kerjasama Total Sport Asia (TSA) itu menggunakan format yang berbeza demi menampilkan satu kelainan dalam sukan berprestij tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif TSA, Marcus Leur memberitahu, kejohanan yang mendapat kelulusan daripada Konfederasi Badminton Asia (BAC) ini juga memperkenalkan satu standard baharu yang mampu mencipta satu keunikan untuk sukan badminton.

Tambahnya, perkara yang berlainan yang digunakan dalam kejohanan Piala Axiata ialah perlawanan timbal balik bagi pasukan yang layak ke separuh akhir dan final.

"Kejohanan ini akan menyaksikan tiga perlawanan daripada setiap pertemuan yang terdiri daripada dua orang pemain perseorangan dan satu beregu.

"Lapan pasukan akan bertanding dan setiap pasukan boleh menyenaraikan enam pemain. Dua pemain lagi sebagai gantian.

"Bermula pada peringkat separuh akhir dan final, pasukan yang layak akan beraksi di negara masing-masing," katanya ketika majlis pelancaran di Suria KLCC semalam.

Sebanyak enam negara yang terlibat dalam kejohanan ini antaranya Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Namun, Malaysia dan Indonesia mendapat keistimewaan untuk menghantar dua pasukan.

Malah bagi kesemua pasukan tersebut dibenarkan untuk mendapatkan khidmat dua orang pemain daripada negara yang luar daripada Asia Tenggara.

Ini bermakna, pasukan yang mempunyai ranking rendah boleh menyenaraikan pemain terbaik dunia dari China, Denmark dan sebagainya.

Presiden Axiata, Datuk Sri Jamaludin Ibrahim berkata, kejohanan Piala Axiata merupakan satu era baharu dalam sukan badminton di rantau Asia Tenggara dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai AS$1 juta (RM3.03 juta) untuk para pemenang.

Jelasnya lagi, setiap pasukan yang menyertai akan mendapat habuan mereka masing-masing mengikut tahap pusingan yang mereka capai.

"Ia merupakan kejuaraan yang menawarkan hadiah wang tunai yang paling tinggi bagi acara berpasukan yang pernah dianjurkan dalam dunia.

"Juara akan membawa pulang wang tunai AS$400,000 (RM1.2 juta), malah bagi empat pasukan yang tidak layak mara ke perlawanan separuh akhir juga akan membawa pulang hadiah iaitu AS$50,000 (RM149,915)," kata Jamaludin.

Bagi tempat kedua akan menerima hadiah wang tunai bernilai AS$200,000 (RM 599,535) dan dua pasukan yang tewas di separuh akhir mendapat US$100,000 (RM299,713 ).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan