Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kim Swee sahut cabaran

Posted:

Kim Swee sahut cabaran

Kim Swee sahut cabaran

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

"BILA lagi kita berpeluang berdepan pasukan kelas dunia seperti Jepun selepas ini? "Justeru, saya pasti menurunkan pasukan terbaik sekali gus menyahut cabaran Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri (Ahmad Shabery Cheek)." Itulah azam yang dilaungkan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang pertemuan menentang Jepun pada aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia peringkat Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu ini.

Menurutnya, nestapa tewas 0-2 kepada Samurai Biru dalam aksi pertama di Stadium Tosu, Fukuoka pada September tahun lepas hasil jaringan Higashi Keigo dan Yamazaki Ryohei seolah-olah baru sahaja terjadi semalam. Justeru katanya, harapan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan jutaan peminat tempatan pastinya disahut dengan penuh 'kejantanan' untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata.

"Walaupun perbezaan ketara antara Jepun dan pasukan kita bagai langit dan bumi, ia bukan bermakna kami mahu menyerah kalah sebegitu sahaja.

"Jadi, peluang yang jarang kali kita peroleh menentang Jepun pastinya dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menyahut bukan sahaja cabaran Datuk Seri, tetapi juga membalas semula sokongan padu penyokong tempatan," katanya kepada Kosmo! semalam. Semalam di Kemaman, Terengganu, Ahmad Shabery menuntut barisan Olimpik negara memberikan yang terbaik ketika menentang Jepun nanti meskipun pintu temasya Olimpik di London sudah pun tertutup rapat.

Selepas empat perlawanan setakat ini, skuad Olimpik negara masih gagal mengutip sebarang mata dan berada di tangga tercorot apabila kalah semua aksi bermula dengan Jepun (0-2), Syria (0-2) serta tewas kepada Bahrain dengan keputusan 2-3 dan 1-2. Kim Swee berkata, pasukan negara juga memainkan peranan yang cukup besar apabila bakal menjadi penentu kepada nasib Syria dan Jepun yang kini bersaing sengit memburu satu slot automatik ke London kelak. "Saya tidak nafikan kedua-dua pasukan itu berusaha memburu kemenangan dengan jumlah jaringan yang besar, jadi saya mahu semua pemain jangan sesekali mudah berputus asa sekali gus mempertahankan maruah negara," katanya.

Mengulas lanjut, Kim Swee menjelaskan bahawa ketiadaan K. Gurusamy yang masih tercedera serta Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digantung perlawanan juga tidak menggusarkan hatinya kerana boleh mencuba muka-muka baharu dalam pasukan. "Di bahagian tengah, saya berdepan sedikit masalah kerana Gurusamy masih belum pulih selain kehilangan Gary. "Jadi pilihan saya agak terhad antara Irfan Fazail, Nazmi Faiz Mansor dan Mohd. Azizan Nordin selain Ahmad Fakri Saarani juga boleh bermain di posisi tengah. "Sementara Syahrul Azwari Ibrahim dijangka menjadi pilihan awal menggantikan tempat Wan Zack, begitupun senarai kesebelasan utama hanya akan diputuskan pada hari perlawanan nanti," katanya.

Malaysia sasar separuh akhir

Posted:

Malaysia sasar separuh akhir

Malaysia sasar separuh akhir

MACAU - Separuh akhir menjadi sasaran Malaysia pada pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2012 di Wuhan, China Mei depan.

Pengerusi Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai berkata, jika dibuat penilaian berdasarkan prestasi barisan pemain negara pada kempen kelayakan kali ini, sasaran tersebut adalah yang paling realistik.

Bagaimanapun, Chin Chai menjelaskan bahawa keputusan penuh berhubung sasaran di Wuhan nanti hanya akan diputuskan selepas mesyuarat ahli-ahli majlis BAM pada 28 Februari ini.

"Saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat ahli-ahli majlis nanti dan kemungkinan ketika itu presiden BAM (Datuk Seri Mohd. Nadzmi Salleh) akan mengumumkannya sendiri.

"Apa yang saya lihat, separuh akhir adalah sasaran paling realistik berdasarkan prestasi pemain-pemain di sini (Macau) dan siapa tahu kita juga ada peluang untuk mara sehingga ke final," kata Chin Chai.

Pada Khamis lalu, skuad negara membuktikan bahawa tanggapan segelintir pihak yang meragui kemampuan mereka tidak tepat apabila mengesah-kan slot ke pusingan akhir Piala Thomas 2012 di Wuhan, China, Mei depan.

Kejayaan itu hadir selepas Malaysia mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas India pada aksi suku akhir sekali gus menempah slot secara automatik apabila menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik.

Tambah Chin Chai, berkemungkinan besar kesemua pemain yang beraksi pada kempen kelayakan kali ini akan kekal bagi menghadapi cabaran di Wuhan bermula 20 hingga 27 Mei depan.

"Dalam tempoh hanya tinggal lebih kurang tiga bulan sahaja lagi adalah sukar untuk kita melakukan pemilihan pemain. Jadi, saya rasa berkemungkinan besar pasukan yang ada ini akan kekal.

"Melainkan ada pemain yang mengalami kecederaan, itu kita tidak boleh buat apa-apa dan terpaksa menggantikan dengan pemain lain,'' tambahnya.

China kuasai kempen kelayakan Asia

Posted:

China kuasai kempen kelayakan Asia

China kuasai kempen kelayakan Asia

MACAU - Seperti diramal, China muncul juara pada kempen kelayakan Piala Thomas 2012 Zon Asia selepas menewaskan Jepun 3-0 pada aksi final semalam.

Bagaimanapun, kejuaraan tersebut tidak mendatangkan apa-apa makna buat negara Tembok Besar itu kerana mereka sememangnya telah layak ke pusingan akhir di Wuhan, China Mei depan atas tiket sebagai juara bertahan dan tuan rumah.

Kempen kelayakan kali ini hanya menjadi medan buat barisan pemain China untuk mengumpul mata bagi layak beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London pada Julai depan.

Jepun juga tidak rugi apa-apa atas kekalahan tersebut kerana mereka juga telah layak ke pusingan akhir selepas terlebih dahulu menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik.

Pada aksi final semalam, pemain No. 3 dunia, Chen Long menghadiahkan mata pertama buat China apabila menumbangkan Sho Sasaki 21-19, 21-16.

Beregu utama China, Chai Biao-Guo Zhendong terus mengekalkan rentak kecemerlangan China apabila mengenepikan cabaran pasangan Shoji Sato-Naoki Kawamae 21-17, 22-20.

Du Pengyu melengkapkan kemenangan China apabila menyumbang mata ketiga dengan menewaskan Kazushi Yamada 21-12, 21-11.

Sementara itu, dalam saingan playoff, Korea Selatan muncul pasukan ditempat kelima selepas menang dalam ketiga-tiga perlawanan manakala Taiwan berada di tempat kedua.

Korea Selatan secara automatik layak ke pusingan akhir di Wuhan manakala Taiwan akan dibandingkan kedudukan ranking keseluruhan mereka dengan pasukan keempat kelayakan Zon Eropah sebelum mengesahkan slot untuk ke pusingan akhir.

Terdahulu, dalam saingan Piala Uber, Jepun mencipta kejutan untuk bergelar juara apabila menewaskan China 3-2 pada aksi final kelmarin.

Thailand pula menamatkan kempen kelayakan Piala Uber di tempat ketiga manakala Taiwan keempat. Indonesia yang berada di tempat kelima akan dibandingkan terlebih dahulu kedudukan ranking keseluruhan mereka dengan pasukan keempat kelayakan Zon Eropah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan