Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Laluan berliku buru hatrik

Posted:

Laluan berliku buru hatrik

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Lee Chong Wei


KUALA LUMPUR - Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang turun ke Arena Tertutup Nasional (NIA) hari ini untuk memulakan kempen memburu kejuaraan hatrik All England sedar laluannya tidak mudah selepas juara Olimpik dan dunia, Lin Dan melaungkan amaran mahu mencari kejuaraan buat kali kelima.

Pertembungan dua musuh tradisi itu menjadi tarikan utama edisi ke-102 All England, malah undian yang menyaksikan Chong Wei tidak perlu menentang Lin Dan atau rakan senegaranya, Chen Long dan Chen Jin di peringkat awal, meningkatkan lagi potensi untuk kedua-dua pemain bertarung di final.

Lin Dan, 28, juara All England 2004, 2006, 2007 dan 2009 memasuki kejohanan dalam keadaan fizikal terbaik kerana baru menjuarai Terbuka Jerman, minggu lalu. Dia mudah menewaskan pemain Indonesia, Simon Santoso 21-11, 21-11 pada perlawanan akhir, malah melepasi semua kempennya tanpa melepaskan sebarang set.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Bojan berahsia import pilihan

Posted:

Bojan berahsia import pilihan

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi (kanan) dan ketua pasukan Navibank Saigon, Phan Van Tai Em pada sidang akhbar di Kuala Lumpur,


KUALA LUMPUR – Peminat Kelantan yang merindui aksi Mohammed Ghaddar belum pasti dapat melihat kelibat pemain Lebanon itu selepas pengendali Red Warriors, Bojan Hodak berteka-teki mengenai kelibat pemain import yang akan diturunkan apabila melayani kunjungan Navibank Saigon dalam saingan Piala AFC, malam ini.

Enggan memberikan sebarang nama pemain import menjadi pilihannya, Bojan hanya berkata, dia mempunyai banyak pilihan pemain pada barisan serangan termasuk pemain tempatan.

Atas faktor itu, dia akan membuat keputusan pada saat akhir.

"Masih belum ada keputusan untuk menurunkan sesiapa. Saya akan tengok dulu keadaan semua pemain sebelum memilih pemain import yang akan diturunkan dalam perlawanan nanti, kerana saya turut dihantui masalah kecederaan pemain.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan