Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Malaysia belasah Chile

Posted:

Malaysia belasah Chile


pemain-pemain Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Chile 5-1 dalam kelayakan hoki Sukan Olimpik di Dublin, Ireland, semalam. – Gambar ihsan www.malaysianhockey.blogspot.com


DUBLIN – Malaysia memulakan aksi Kejohanan Hoki Kelayakan Sukan Olimpik 2012 dengan bergaya apabila menewaskan Chile 5-1 di Stadium Hoki Nasional Kolej Universiti Dublin di sini, semalam.

Walaupun cuaca sejuk mencecah 4 darjah Celsius, pasukan negara berjaya memberi tekanan untuk menguasai permainan dengan menghasilkan jaringan menerusi Muhammad Razie Abd. Rahim (minit 17, 51), Faizal Saari (minit 37), Hafifihafiz Hanafi (minit 49) dan Muhammad Amin Rahim (minit 61).

Sebaik bermula babak pertama lagi, Malaysia memberi asakan bertali arus ke gol Chile tetapi gagal menghasilkan jaringan dalam 15 minit pertama, namun menampakkan petanda kebangkitan skuad negara apabila Muhammad Razie membuka tirai jaringan minit 17 menerusi pukulan sudut penalti.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Chong Wei hampiri hatrik All England

Posted:

Chong Wei hampiri hatrik All England

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
norzie.khasbi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Datuk Lee Chong Wei mungkin dipaksa bekerja keras ketika melepasi halangan jaguh veteran Korea Selatan, Lee Hyun Il, namun dia tetap menyerlahkan keunggulan untuk memburu gelaran hatrik badminton All England apabila melangkah ke perlawanan akhir di Birmingham, semalam.

Dalam kedua-dua set, jaguh No. 1 dunia itu membenarkan Hyun Il mengejar meskipun sudah mendahului selesa tetapi pada akhirnya kelebihan fizikal dan skil memastikan kemenangan menjadi miliknya menerusi keputusan 21-19, 21-18 dalam masa 45 minit.

Selepas mendapati Hyun Il terlalu sukar dipatahkan menerusi serangan kerana memiliki pertahanan yang sangat mantap, Chong Wei menukar taktik permainan dengan beberapa kali melakukan pukulan mengelirukan dan menjadikan garisan belakang gelanggang lawan sebagai sasaran, selain mempamer permainan di jaring yang cukup kemas.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan