Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Salah tafsir'

Posted: 07 Apr 2012 12:47 PM PDT

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

deo langa

Nasi sudah menjadi bubur,Annuar musa sudah digantung,hukuman tetap hukuman, silap tetap silap untuk semua pihak yang bertelingkah. Kalau nak ingat kredalbiliti annuar jadikan tauladan sahaja.

Hassan Din

Salam, Aik...macam tu pulak? Maksudnya Presiden dan Timbalan Presiden tak sebulu la atau tak sehala (Walaupun anak beranak)...Yang jadi mangsa adalah Tan Sri Annuar Musa, yang kena kutuk adalah FAM, yang jadi badut adalah Jawatan kuasa disiplin...dan yang jadi sarkas adalah bola sepak Malaysia...Apa nak jadi dengan Bola Sepak kita ni!!!!

bkhan

Kita tiada niat untuk menghina jauh sekali menderhaka Kebawah Duli Tuanku selaku Presiden FAM. Tetapi sebaiknya Tuanku Presiden meletak jawatan untuk memberi laluan kepada orang baru mantadbir FAM. Bukti telah jelas Tuanku telah gagal memajukan FAM sepanjang pentadbirannya. Rekod menunjukan pada tahun 1984 (kalau tidak silap)kita pernah menduduki tangga ke 75 dunia (jauh mengatasi negara Jepun pada ketika itu). Oleh itu, jika mengambil kira kedudukan sekarang, jelas sekali FAM dibawah entabiran Tuanku telah gagal membawa bola sepak negara ke tempat yang lebih cemerlang.

Pakcik Kayo

bolasepak malaysia tak akan maju selagi ada kroni-kroni tertentu untuk menjatuhkan seseorang..sepatutnya dalam bolasepak tidak perlu ada campurtangan diraja. Jika tidak boleh dikritik lebih baik tubuh badan anak beranak sahaja...mohon presiden FAM letak jawatan..

orangkecil

Nasi sudah menjadi BUBUR. Semoga Bola sepak Negara Terus Maju.

andiaka

Terlalu banyak yang gila kuasa dalam FAM,bukan nak berusaha meningkat kan imej bolasepak kita tapi lebih banyak nak tunjuk hero dan tu banyak yang pegang kuasa bola pun tahu sepak .Habistu cam na

jenub. bkt bunga kltn

tan sri annuar musa banyak berjasa kepada bola sepak malaysia.banyak hadiah 2 besar yang dapat ketika tan sri jadi timbalan persiden.harap tenku maafkan tan sri yang silap sekecil percakappanya itu.

yoyo_johor

bawak2 berbincang untuk kepentingan sukan bersama. kritikan atau nasihat tu penting untuk kemajuan sukan bolasepak kita. kalau dah tak boleh nak kritik atau bagi nasihat bila sukan bolasepak malaysia nak maju???? fikir2 kan lah semua...

ariserin

FAM memang dari dulu lagi sangan pandai menghukum tapi tak pandai buat kajian untuk naikkan lagi martabat bolasepak negara. Itulah kalau hanya pandai buat hukuman yang berat sebelah

ayoh

Sudah terhantuk baru nak terngadah... sudah jatuh hukuman baru nak fikir baik atau buruk. Sudah terlambat FAM. Apapun keputusan yang dibuat selepas ini, sukar untuk mengubah persepsi negatif peminat bola sepak Malaysia terhadap badan induk itu.

Mr.Bola

Sepatutnya FAM kena ambil kira banyak perkara termasuk sumbangan TSAM dalam pembangunan bola sepak negara. Kritikan yang TSAM beri hari tu hanyalah untuk kepentingan bola sepak negara,tak lebih dari itu. Sekarang FAM dah buat keputusan yang membuatkan Tengku Abdullah kesal. Kalau nak bola sepak Malaysia lebih maju, apa salahnya FAM kena terima kritikan orang selagi ianya memberi kepentingan?Apa nak jadi ni?

HJ SHARI

Kematangan melakukan sesuatu itu mengambarkan kedewasaan. Dalam isu sebegini tidak harus menjadi cepat melatah dan panas baran.

zawawie

Adakah dengan menghukum orang prestasi pasukan bola sepak negara akan meningkat?. Fikirkanlah..Apakah ini saja tugas FAM? Hukum dan menghukum!!! tiada kemajuan....

ramlee bin ab. ghani

FAM perlu kaji balik hukuman keatas TSAM demi kemajuan bolasepak negara yang memang terbukti semakin menurun prestasi dan ranking FIFA.

Mr.Bola

Sepatutnya FAM kena ambil kira banyak perkara termasuk sumbangan TSAM dalam pembangunan bola sepak negara. Kritikan yang TSAM beri hari tu hanyalah untuk kepentingan bola sepak negara,tak lebih dari itu. Sekarang FAM dah buat keputusan yang membuatkan Tengku Abdullah kesal. Kalau nak bola sepak Malaysia lebih maju, apa salahnya FAM kena terima kritikan orang selagi ianya memberi kepentingan?Apa nak jadi ni?

wan

Keputusan telah di putuskan. Tapi yang peliknya, kenapa tak boleh rayu. Kalau sekadar arahan biasa dlm mesy, sepatutnya kena bagi amaran keras je. Lainlah, kalau dah termaktub dlm undang2 FAM. Ampunilah Tan Sri Anuar, Tuanku.

Mahmud Bin Ahmad

nilah masalah persatuan2 sukan d m'sia. sikit sj kena kritik , dah hukum seseorang tu brtahun2. terutama FAM. kalau boleh presiden FAM biar Perdana Menteri yang pegang. mungkin ada perubahan drastik @ transformasi dalam pengurusan bola sepak negara

aminslama

dah kena hukum 30 bulan kena bayar duit makan pulak....apa nk jadi FAM..elok ASTRO fikir balik penajaan ke atas FAM yg di usahakan Tan Sri...

pak cik din

Ini sudah kes naya. Bila sudah salah faham hukuman pun jadi salah. Nanti FAM pun salah faham yg kritikan TSAM dulu pun buksn kritik tapi nasihat & pendapat beliau sbg salah seorang org atasan FAM.

shukri

Reaksi peminat terhadap kes Timb Pres 2 FAM adalah manifestasi peminat terhadap kegagalan Presiden FAM merencanakan program meningkatkan tahap kedudukan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa. Pada masa kini peminat melihat kegagalan bolasepak Malaysia adalah disebabkan kegagalan tadbir urus diperingkat Presiden FAM dan rata-rata peminat berpendapat Presiden FAM wajib meletak jawatan dan memberi peluang kepada individu lain yang mempunyai minat, kreativiti dan kuat bekerja untuk meletakkan bola sepak di persada antarabangsa. Setelah 28 tahun Presiden FAM sekarang ini menerajui FAM beliau mesti diberitahu bahawa beliau gagal meningkatkan prestasi bola sepak Malaysia dan jawatan tersebut wajib dilepaskan dan diganti oleh individu lain yang lebih berwibawa. Presiden FAM sekarang mesti mengetahui bahawa tiada rekod kerja yang lepas untuk dibuat rujukan tentang kejayaan bola sepak Malaysia semasa beliau menerajui FAM.

hisham

kenyataan ini bukan bermain politik .... dan sukan bukan utk dipolitikkan. kpd timbalan menteri belia dan sukan "tidak salah org politik pegang jwtan dlm badan sukan tetapi sukan jgn dipolitikkan" hahahahahaaha.... tak tahu nak gelak kpd siapa. kpd org melayu bersihkan hati tepuk dada tanya selera adakah aku ini ada sifat hasad dengki atau tidak .....

anna

Itulah...jangan cepat sangat nak menghukum wahai FAM, fahamilah dulu apa yang diperkatakan adakah ianya satu arahan, nasihat atau kritikan.

Tuah Peng Soon-Liu Ying

Posted: 07 Apr 2012 12:15 PM PDT

Sukan

WAKIL tunggal negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 'tidak perlu mengeluarkan setitik peluh' ketika mara ke final beregu campuran Grand Prix (GP) Emas Terbuka Australia di Sydney semalam, selepas lawan dari Jepun, Shintaro Ikeda-Reiko Shiota menarik diri gara-gara kecederaan.

Kemaraan pilihan ketiga yang juga pasangan kelapan dunia ke pentas final itu adalah pertama kali tahun ini selepas kali terakhir berbuat demikian hampir setahun lalu di GP Emas Terbuka Malaysia di Kedah. "Kami anggap pertemuan esok (hari ini) 50-50, tetapi andai mahu menang, kami perlu lebih konsisten dan tidak melakukan kesilapan. Ini adalah medan terbaik kami menamatkan kemarau kejuaraan," kata Peng Soon.

Dalam final hari ini, mereka akan berentap dengan pilihan kedua yang juga beregu kelima dunia dari Taiwan, Chen Hung Ling-Cheng Wen Hsing yang bangkit menewaskan Kenichi Hayakawa-Misaki Matsutomo 18-21, 21-19, 21-6 dalam satu lagi pertembungan separuh akhir.

Apapun, kelebihan psikologi harus memihak Peng Soon-Liu Ying yang menang dalam pertemuan terakhir 21-17, 12-21, 24-22 di Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Yang pasti, anak didik Rexy Mainaky itu yang mara ke separuh akhir Seluruh England berpeluang menamatkan kemarau kejuaraan antarabangsa selepas kali terakhir memenangi Kejohanan Badminton Asia (ABC) 2010, sekali gus menjadi tonik terbaik buat mereka menjelang Sukan Olimpik, Julai depan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan