Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Nasihat Shabery'

Posted: 09 Apr 2012 01:14 PM PDT

Perkara itu boleh dibawa ke mesyuarat agung FAM yang menjadi medan kepada anggotanya mengemukakan pandangan masing-masing dan isu berkenaan tidak mencetuskan kemelut atau krisis dalam persatuan. - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan.

Shabery berkata, perkara itu boleh dibawa ke mesyuarat agung FAM yang menjadi medan kepada anggotanya mengemukakan pandangan masing-masing. Dia bagaimanapun menganggap isu berkenaan tidak mencetuskan kemelut atau krisis dalam persatuan itu.

"Dalam FAM, ada peraturan yang memberi kuasa kepada Jawatankuasa Disiplin dan jawatankuasa ini membuat keputusan berdasarkan peraturan persatuan.

Sebagai contoh, jika ada pegawai kementerian mengkritik saya di luar, saya pun tak senang kerana ia boleh diselesaikan secara dalaman," katanya.
Kelmarin, Annuar menyifatkan artikel berkenaan sebagai kejam dan sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

sipranus joseph

pelik tp benar dan yg menjadi mangsa sebenarnya bukan tsam tp bolasepak negara kita. percaya atau tidak..sendiri boleh fikirlah.

aideed

FAM SEHARUSNYA NAMPAK TENTANG APA YG TDK KENA DGN STATUT2 MEREKA SELAMA INI..MENURUT BEKAS PEGAWAI FAM,,JWTAN SETIAUSAHA AGUNG FAM ADALAH DILANTIK DAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KESEMUA EXCO..TIMB.PRE DAN PRESIDEN,, OLEH ITU ADALAH TIDAK ADIL S/U BOLEH MEMBUAT KNYATAAN AKHBAR SEDANGKAN ORG YG LBH BESAR DR JAWATANNYA TDK DIBENARKAN..INILAH KELEMAHAN2 YG PATUT DILIHAT FAM DAN LAGI SATU KALAULAH KOMEN TSAM KEARAH MEMBURUKKAN/MELAWAN PIHAK ATASAN SUDAH PASTI SAYA BERSETUJU TP KOMEN DR TSAM ADALAH KEARAH KEBAIKAN..

feiq

pada pendapat saya,pengurusan FAM perlu mendengar suara rakyat.mereka mahukan perubahan terhadap Bola Sepak Malaysia.mereka mahukan pemimpin yang memahami suasana bola sepak moden sekarang dan jiwa rakyat terhadap sukan ini.apa salahnya jika menegur pasukan kebangsaan untuk kebaikan negara kita sendiri sedangkan bola sepak di negara lain sentiasa terbuka menerima teguran bahkan dari peminat-peminat mereka sendiri!!!! fikir-fikirkanlah FAM..

np

kemelut dalam je hebat! tp team kebgsaan x kemana2 rennung2kan......

feiq

pada pendapat saya,pengurusan FAM perlu mendengar suara rakyat.mereka mahukan perubahan terhadap Bola Sepak Malaysia.mereka mahukan pemimpin yang memahami suasana bola sepak moden sekarang dan jiwa rakyat terhadap sukan ini.apa salahnya jika menegur pasukan kebangsaan untuk kebaikan negara kita sendiri sedangkan bola sepak di negara lain sentiasa terbuka menerima teguran bahkan dari peminat-peminat mereka sendiri!!!! fikir-fikirkanlah FAM..

np

kemelut dalam je hebat! tp team kebgsaan x kemana2 rennung2kan......

ifnie

dulu cakap nak berundur.... tapi sekarang nie tak berundur pon. harap selepas nie berundur lah secara terhorhat. sumbangan anda tidak di perlukan lagi bagi laluan orang muda plak... yang ada sumbangan besar nanti.

tarmimi

Tan Sri Annuar Musa banyak sumbangan dalam bola sepak malaysia. Takkan kerana nila setitik habis susu setin? Pendapat saya ialah Hapuskan artikel 88 dan cube kurangkan penggantungan beliau. Dengar rintihan penyokong2 Kelantan kerana merekalah yg telah menghidupkan suasana bola sepak dlm Malaysia, ramai penyokong2 setia.

bisa lidah

orang melayu memang macam tu baru nmpak duit lupe dengan dosa dan pahala kat belakang..Dato sri Anuar anda berada di landasan yang benar..

azman

senang saja...tukar pucuk pimpinan, selesai masalah...selama inipun tiada perubahan pun.

Rie

Suara rakyat sudah jelas tentang itu ... kerana rakyat tidak berkepentingan dalam FAM, sekadar ingin melihat bolasepak kita bertaraf dunia.

Anti Jumud

Kalau Perlembagaan Malaysia boleh dipinda, inikan pula Perlembagaan FAM. Kalau nak seribu daya kalau tak nak seribu dalih. Pleaseee la, kami rakyat jelata dah fed up dengan drama-drama swasta yang ortodoks lagi konservatif jalan ceritanya. Kami melutut, merayu, memohon supaya semua dalam FAM berundur demi maruah bolasepak negara yang semakin terpinggir. Kalau negara yang setaraf dengan Msia pun tak nak buat friendly dengan Msia, apa maknanya tu. Fikir-fikirlah.

shah

berani buat...beranilah tanggung...

kimiechepeng

Mohon FAM bertolak ansurlah sikit. Runding cara baik. Jangan pula tak boleh nak tegur mahupun terima pendapat orang lain. Sampai bila Bolasepak negara nak maju kalau macam ni. Lupakan sekejap kuasa mahupun pangkat. Bincang umpama adik beradik ataupun keluarga.

lan

saya ni,tiap tiap hari tgk prkembangan fam di akhbar akhbar atau elektronok...bagi saya dan rakan rakan,sebenarnya tidak adil jatuhkan hukuman sebanyak itu kpd Dato sri anuar,dahlah tak boleh aktif dgn fam,dgn ktn pun tak boleh aktif.memang amat amat tidak adil...sebenarnya saya dan rakan rakan tak dok lek mana mana,tetapi hukuman itu sgt berat kalau kita halusi. utk makluman kjaan msia sebenarnya dato anuar inilah yang kita tgk dapat membantu menaikkan mutu bolasepak negara akhir akhir ini...dan dibantu oleh rakan rakannya.sebenarnya isu ini adalah kecil sahaja...yang besarnya rasuahlah.oleh itu kami harap hapuskan hukuman yang telah dijatuhkan kepada dato sri anuar tu.kalau ada apa apa s/u panggillah mesyuarat.bincang dgn semangat keluarga,barulah puak puak kita ni maju dalam semua segi.saya dan rakan rakan harap hapuskan hukuman tu kpd dato sri anua n akta 88...semoga b/sepak kito maju di bwh pimpinan tuanku

Aliah Ali

salam semua, kenape masa org lain disabitkan dgn hukuman tidak ada sesiapa yg bantah atau nak pinda atau hapuskan artikel 88?memang tan sri banyak jasa dlm bolasepak tetapi ape2 pun di dunia ni kan ada peraturannya?

Mohd Yusoff

Memang saya setuju dengan kenyataan Annuar akta itu memang kajam.Ibarat membunuh jiwa-jiwa yang meminati sukan dan bola sepak di negara ini. Kritikan Annuar itu dari hatinya yang ikhlas bukan meruntuhkan badan sukan tersebut, bahkan dengan hukuman tersebut menjadikan minat rakyat kepada sukan tersebut merosok dan bosan.

shukri

Saya berpendapat terdapat kepincangan didalam pengurusan FAM terutama sekali mengguna pakai Statut 88 terhadap pegawai FAM. Jika diamati secara teliti tidak semua pegawai FAM dikenakan tindakan jika memberi pandangan atau ulasan tentang FAM namun jelas tindakan akan diambil jika seseorang pegawai FAM itu menunjukkan kecemerlangan beliau seperti yang dikenakan tindakan terhadap Allahyarham Dato Basri Akil dan TS Anuar Musa. Keadaan ini kelihatan seperti FAM mengamalkan tindakan terpilih dengan berlindung disebalik Statut 88. Presiden FAM sepatutnya berlapang dada dengan semua pandangan yang dikemukakan oleh pegawai FAM terutama pegawai yang telah membuktikan kecemrlangan beliau didalam arena bola sepak. Sebaiknya seseorang menteri menangani masalah tindakan disiplin yang diambil oleh mana-mana persatuan bagi membendung politik dalaman persatuan sukan. Adalah amat malang bagi negara kita apabila masalah ini tidak dapat diselesaikan diperingkat kerajaan dan harapan rakyat untuk melihat kecemerlangan sukan bagi negara Malaysia pastinya tidak akan tercapai.

hanafi

Kepada mana2 individu yg berminat bertanding jawatan dalam mana2 persatuan sukan hatta politik sekalipun perlulah pastikan bahawa kita baca dan faham peraturan organisasi berkenaan untuk elakkan daripada kejadian yg sama berulang. Bukan sekadar gah dapat jawatan sahaja tetapi perlu tahu apa yg boleh dan tak boleh dibuat. Tak suka jgn bertanding. Memakan diri sahaja.

Nazwan

Kritikan yg membina dan kritikan yg sememangnya utk menghemtam boleh dibezakan ..jka langsung tidak boleh mengeluarkan suara apa guna berpesatuan...? adakah pengantungan ini bleh memajukan lagi bolasepak malaysia ? Ini pertanyaan utama yg harus bermain di minda pegawai2 FAM...jika tidak apa faedahnya? lagi pun ini bkn kesalahan jenayah yg seharusnya dihukum

wan75

kalau maccam ini lah bola sepak malaysia ,sayangnya bola kita tahap menurun kebawah hari ke hari

Joe Jambul

Berita Harian sebagai penyebar informasi patut memberitahu pembaca apa sebenarnya yang terdapat dalam Artikel 88 tersebut. Bukan hanya letak Artikel 88 sahaja tanpa menjelaskan secara terperinci. Jangan sampaikan maklumat terlalu general.

Ley bin M Seman

Saya Fikir buat Masa Sekarang FAM perlu digantung dahulu sehingga diadakan mesyuarat agung tergempar persatuan bertujuan membincangkan isu-isu berbangkit semasa. Ternampak sangat presiden terlalu diktator dalam persatuan. sekian.

JAT

Suatu ilham dari menteri berkaitan yang boleh membuka mata kpd semua. Tidak ada apa yg tak boleh dipinda kecuali kalam Allah dan sunnah nabi. Sementara perpaduan adalah tuntutan utama bagi manusia. Demi kebaikan, sistem yg manusia buat pula berpinda-pinda dari masa ke semasa selaras dgn perubahan zaman dan ini juga tuntutan apa lagi manusia yg serba serbi kekurangan yg merangka.

Zulfahmi cipta bangga raih tempat ke-6

Posted: 09 Apr 2012 12:47 PM PDT

Sukan

 ZULFAHMI raih  posisi terbaik dalam sejarah perlumbaan Moto3 negara, kedudukan keenam pada GP Qatar, semalam.

ZULFAHMI raih posisi terbaik dalam sejarah perlumbaan Moto3 negara, kedudukan keenam pada GP Qatar, semalam.

PROSPEK melihat pelumba Malaysia menaiki podium dalam siri Kejuaraan MotoGP Dunia mungkin tidak jauh selepas menyaksikan wakil tunggal negara, Zulfahmi Khairuddin memacu jentera kejuaraan Moto3 ke posisi terbaik dalam sejarah perlumbaan elit dua roda itu, kedudukan keenam pada Grand Prix Qatar, semalam.

Memacu jentera KTM empat lejang 250cc, Zulfahmi yang menunggang bersama pasukan AirAsia-SIC-Ajo mencipta kejutan sebelum itu dengan mencatat masa kedua terpantas pada sesi kedua ujian masa bebas sebelum berdepan sedikit kesulitan memulakan perlumbaan di petak ketujuh.

Pada perlumbaan sebelah malam di Litar Losail itu, Zulfahmi menampilkan aksi menakjubkan bersaing di kelompok depan malah satu ketika berada di tempat ketiga sebelum menamatkan perlumbaan 18 pusingan itu di tempat keenam, ketinggalan +19:052 saat di belakang pemenang dari Sepanyol, Maverick Vinales (38 min 40,995s). "Perlumbaan ini membuktikan saya turut memiliki peluang bertarung dan naik podium pertama saingan GP musim ini. Seluruh pasukan turut melakukan tugas amat baik membantu saya mencapai keputusan ini" kata Zulfahmi yang berharap mampu meneruskan prestasi baik pada GP berikut dalam tempoh tiga minggu di Litar Jerez, Sepanyol.

Keputusan terbaik pelumba kelahiran Banting Selangor berusia 20 tahun itu dalam perlumbaan sebelum ini adalah di posisi ketujuh pada GP Malaysia, tahun lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan