Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Pelaburan berbaloi!

Posted: 16 Apr 2012 12:17 PM PDT

Sukan

PETRONAS menjulang martabat Malaysia di persada litar Formula 1

SEJAK pembabitan dalam dunia perlumbaan Formula Satu (F1) pada 1995, PETRONAS kini membuat satu langkahan besar selaku penaja membantu jentera Mercedes gah naik ke podium selepas menjuarai Grand Prix China di Shanghai, kelmarin.

Kejayaan pemandunya, Nico Rosberg dari Jerman hadir tepat pada masa buat menepis segala kritikan dilontarkan sebelum ini yang menyebut keputusan kerajaan menceburi dunia permotoran itu sebagai 'satu pelaburan yang membazirkan'. Ia bukan sahaja kejayaan dari segi "brand exposure" tapi usaha kerjasama teknikal bersama Mercedes meningkatkan mutu serta kredibiliti PETRONAS.

Untuk berita penuh dapatkan naskhah Berita Harian hari ini

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Sri Lanka tumpuan Raja bina semangat Harimau

Posted: 16 Apr 2012 12:09 PM PDT

Sukan

 SAFEE  turut dipanggil bertemu Sri Lanka pada 28 April ini.

SAFEE turut dipanggil bertemu Sri Lanka pada 28 April ini.

JURULATIH kebangsaan, Datuk K Rajagobal tampak serius memburu kemenangan pada aksi persahabatan antarabangsa berstatus A menentang Sri Lanka di Stadium Shah Alam, 28 April ini apabila mengumumkan senarai 26 pemain dianggap terbaik, semalam.

Tanpa beberapa tonggak dari pasukan Kelantan dan Terengganu yang terbabit dengan Piala AFC seperti Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Muslim Ahmad dan Ashari Samsudin, pengendali berusia 56 tahun itu menyenaraikan 14 pemain yang tidak dipanggil ketika bertemu Sarawak, bulan lalu untuk latihan pusat bermula Jumaat ini.

Mereka termasuk kapten Pelita Jaya, Safee Sali, empat pemain Harimau Muda A - Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Ahmad Hazwan Bakri serta dua pemain sayap berbakat dari Borneo - Ashri Chuchu (Sarawak) dan Rozaimi Abdul Rahman (Sabah). "Pada Jun, kita ada tiga perlawanan berstatus A bertemu Filipina pada 1 Jun serta Singapura pada 8 dan 12 Jun. Jadi bertemu Sri Lanka ini, saya perlu mempunyai bayangan barisan terbaik menjelang tiga perlawanan itu.

"Atas dasar itu, saya panggil juga empat pemain Harimau Muda A membentuk keserasian dan jurulatih Ong Kim Swee sedia lepaskan mereka untuk tidak beraksi bertemu Hougang United pada 27 April. Safee pula hanya akan bersama kita dua atau tiga hari sebelum bertemu Sri Lanka.

"Saya tak mahu beri alasan lagi, kita akan main untuk menang biarpun tanpa pemain dari Kelantan dan Terengganu. Fokus saya kini, hanya untuk bertemu Sri Lanka, tak mahu fikir hal-hal lain," kata Rajagobal ketika dihubungi, semalam.

INFO: Senarai 26 pelatih
PENJAGA GOL: Farizal Marlias (NS), G Jeevananthan (SEL), Sani Anuar Kamsani (SWK). PERTAHANAN: Fadhli Shas, Mahali Jasuli (HMA), Aidil Zafuan Radzak, Amiridzwan Taj Tajudin (ATM), Shahrom Kalam (PRK), Azmizi Azmi (KED), Helmi Remeli (PKNS), Asraruddin Putra Omar (SEL), Nizam Abu Bakar (FELDA). TENGAH: Safiq Rahim, K Gurusamy, Bunyamin Umar (SEL), Amar Rohidan (KED), S Kunanlan, Shahurain Abu Samah (NS), Ashri Chuchu (SWK), Rozaimi Abdul Rahman (SBH), Wan Zack Haikal Wan Nor (HMA). PENYERANG: Safee Sali (PJFC), Ahmad Hazwan Bakri (HMA), Ahmad Shakir Md Ali (NS), Azamuddin Akil (PHG), Faiz Subri (T-TEAM)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan