Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tunku Ismail pilihan tepat

Posted:

Tunku Ismail pilihan tepat

Tunku Ismail pilihan tepat

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) bakal melalui transformasi apabila Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan persetujuan untuk dicalonkan sebagai presiden pada pemilihan kesatuan itu pada hujung bulan ini.

Persetujuan tersebut dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar minggu lepas.

Presiden Persatuan Olahraga Johor, Datuk Mohd. Rashidi Mohd. Noor berkata, pada 18 Mac lalu wakil ahli gabungan KOM dari Johor, Selangor, Kelantan, Terengganu, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang telah menghadap Tunku Ismail di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru bagi mengemukakan cadangan agar baginda bersetuju untuk dicalonkan sebagai presiden persatuan sukan tertua di Malaysia itu.

"Selain itu, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga telah memberi sokongan penuh agar Tunku Ismail dicalonkan pada pemilihan akan datang.

"Selepas menimbang dan mengkaji situasi terkini KOM serta selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Tunku Ismail akhirnya bersetuju untuk dicalonkan pada pemilihan yang mungkin akan diadakan bulan ini," kata Mohd. Rashidi pada sidang akhbar

di Johor Bahru semalam.

Menurut Mohd. Rashidi, sepuluh daripada 15 ahli gabungan KOM bersetuju untuk mencalonkan Tunku Ismail sebagai pemimpin KOM kerana yakin baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) mampu untuk melakukan transformasi terhadap sukan olahraga di Malaysia.

Jelasnya, Tunku Ismail merupakan calon yang sesuai bagi menggantikan presiden sekarang, Datuk Seri Shahidan Kassim kerana baginda masih muda dan bertenaga, serta cukup berdisiplin selepas mendapat latihan ketenteraan.

Baginda juga atlet yang berjaya selepas memenangi beberapa pertandingan polo di peringkat antarabangsa.

"Kami inginkan sesuatu pembaharuan dan sesuatu yang baru. Kami yakin Tunku Ismail boleh menjadi ikon yang baik buat remaja dan dengan sikap baginda yang suka mendampingi rakyat, saya percaya Tunku Ismail dapat memberi semangat kepada atlet olahraga di setiap lapisan.

"Sehubungan itu saya menyeru semua ahli gabungan, jurulatih-jurulatih dan atlet yang betul-betul ingin melihat pembangunan sukan olahraga di Malaysia berkembang dapat memberi sokongan terhadap pencalonan Tunku Ismail," katanya.

KOM ada 14 hari beri penjelasan

Posted:

KOM ada 14 hari beri penjelasan

KOM ada 14 hari beri penjelasan

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) diberi tempoh 14 hari bagi memberi penjelasan terhadap surat tunjuk sebab yang telah dihantar kepada badan induk itu oleh Pesuruhjaya Sukan 30 Mac lalu.

Pesuruhjaya Sukan, Datuk Mohd. Yasin Mohd. Salleh berkata, ia berhubung petisyen setebal 23 muka surat yang bertajuk Laporan Jurulatih dan Atlet Olahraga Kebangsaan yang diterima beliau pada 28 Mac lalu.

Jelas beliau, surat tunjuk sebab itu telah dialamatkan kepada Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Dalam hal ini, kami (Pesuruhjaya Sukan) perlu mendapatkan penjelasan daripada KOM terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Keputusan tidak boleh dibuat hanya berdasarkan laporan daripada satu pihak sahaja (jurulatih dan atlet olahraga).

"Sebab itu, kami telah menghantar surat tunjuk sebab kepada KOM bagi mendapat penjelasan lebih lanjut berhubung laporan yang saya terima sebelum ini. Untuk itu, KOM diberi tempoh 14 hari bagi memberi penjelasan," jelas Mohd. Yasin ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya jika KOM tidak memberi penjelasan dalam tempoh yang telah ditetapkan itu, Mohd. Yasin berkata: "Kami ada kuasa untuk mengambil tindakan.

"Namun, apa jenis tindakan tersebut, saya tidak boleh beritahu. Kita tunggu sehingga tamat tempoh 14 hari itu dahulu," ujar Mohd. Yassin.

Terdahulu, empat jurulatih olahraga negara diketuai oleh Hamberi Mahat telah bersemuka dengan Mohd. Yasin di Bukit Jalil pada 28 Mac lalu bagi menuntut keadilan.

Ia ekoran tiada sebarang tindakan yang diambil oleh KOM berhubung petisyen yang dihantar mereka kepada badan induk itu 13 Februari lalu.

Kandungan yang terdapat dalam laporan yang dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan adalah mengenai kemelut dalaman yang telah berlaku dalam KOM serta isu doping melibatkan atlet negara sebelum ini.

Kim Swee mahu lunas janji

Posted:

Kim Swee mahu lunas janji

Kim Swee mahu lunas janji

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


WAN ZACK (kiri) terus konsisten menggegar gawang lawan dalam saingan Liga S setakat ini.


DI sebalik kejayaan mengekalkan rekod kebal tanpa kalah dalam saingan Liga Singapura (Liga S) setakat ini, ada janji yang mahu dilunaskan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee.

Malam kelmarin, skuad muda negara yang berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Singapore Armed Forces di Stadium Choa Chu Kang kini berkongsi 14 mata dengan Brunei DPMM, yang kini menerajui takhta liga hasil perbezaan jaringan.

Malah, musibah kecederaan yang melanda pemain utama seperti kapten, Mahali Jasuli, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Irfan Fazail dan Affizie Faizal Mamat ketika ini juga tidak membimbangkan Kim Swee gara-gara kecemerlangan yang ditunjukkan pemain lain seperti Mohd. Azizan Nordin dan Shahrul Saad ketika membenam cabaran Armed Forces kelmarin.

"Sebelum ini, saya pernah berjanji mahu menurunkan kesemua pemain dalam saingan Liga S, jadi sudah tentu saya akan menunaikan janji saya dalam perlawanan-perlawanan selepas ini.

"Inilah masanya kepada pemain yang jarang diberikan peluang supaya membuktikan sesuatu.

"Bagi saya, faktor kecederaan pemain utama bukan satu masalah besar kerana saya memiliki pemain lain yang sama hebat, dan ia telah dibuktikan oleh Mohd. Azizan dan Shahrul yang beraksi cemerlang ketika menentang Armed Forces (kelmarin)," katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam aksi kelmarin, Wan Zack Haikal Wan Nor terlebih dahulu meletakkan Harimau Muda di depan pada minit ke-69 sebelum tandukan penyerang Armed Forces, Shimpei Sakurada berjaya menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian.

Penyerang Harimau Muda, Ahmad Hazwan Bakri akhirnya muncul wira apabila bijak menyempurnakan hantaran Wan Zack tiga minit sebelum perlawanan tamat untuk tiga mata berharga skuad negara.

Mengulas lanjut, Kim Swee juga menasihatkan anak-anak buahnya supaya berwaspada ketika menentang Home United di Stadium Yishun Ahad depan terutamanya ketika pasukan itu tewas mengejut kepada Tampines Rovers dengan keputusan 0-2 dalam satu lagi aksi Liga S kelmarin.

"Home United sememangnya pasukan yang kuat, dan ia dapat dilihat apabila mereka muncul sebagai pendahulu liga sebelum ini sebelum dipintas Brunei DPMM.

"Justeru, saya tidak menolak kemungkinan bakal melakukan rombakan kecil terhadap skuad ketika menentang Home United kelak, itupun bergantung kepada tahap kecergasan pemain utama sama ada mereka bebas daripada kecederaan."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan