Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tengku Abdullah jadi orang tengah

Posted:

Tengku Abdullah jadi orang tengah


Tengku Abdullah


KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam krisis di antara FAM dan Tan Sri Annuar Musa ekoran hukuman penggantungan dua tahun setengah terhadap Timbalan Presiden FAM itu pada 4 April lalu.

Dalam reaksinya terhadap penggantungan Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Kelantan (KAFA), Tengku Abdullah turut meluahkan rasa kesal di atas apa yang berlaku.

Dalam masa yang sama, baginda melahirkan rasa simpati terhadap Annuar yang digantung tugasnya sebagai Timbalan Presiden FAM dan Presiden KAFA.

Namun apa yang membimbangkan baginda, penggantungan Annuar, yang didapati bersalah kerana membuat kenyataan media tanpa izin yang melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif 4 Februari lalu, mungkin mewujudkan keretakan dengan FAM.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Kenyataan akhbar Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

Posted:

Kenyataan akhbar Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

BERIKUTAN daripada beberapa peristiwa yang telah berlaku baru-baru ini, khususnya berkaitan dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin FAM terhadap Tan Sri Annuar Musa, saya ingin menyatakan kekesalan saya ke atas apa yang telah berlaku.

Memandangkan saya berada di luar negara semasa peristiwa ini berlaku, saya tidak mempunyai pengetahuan terperinci mengenai kejadian tersebut atau mengenai pendengaran yang diadakan pada 4 April 2012.

Sebagai penjelasan, kenyataan yang dibuat oleh saya pada 4 Februari 2012 tidak sepatutnya diinterpretasikan sebagai satu arahan tetapi hanya semata-mata sebagai satu nasihat kepada semua pegawai-pegawai di FAM untuk menghormati Perlembagaan FAM dan untuk memastikan supaya kami mematuhi semua peraturan-peraturan yang jelas dinyatakan di dalamnya.

Walau bagaimanapun, saya pasti bahawa Jawatankuasa Disiplin telah menjalankan penyiasatan yang lengkap terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan dan mengenakan tindakan disiplin yang sesuai dengan cara yang telus dan mengikut undang-undang FAM.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan