Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Chong Wei kena buktikan

Posted: 01 May 2012 02:50 PM PDT

Sukan

JAGUH perseorangan negara, Lee Chong Wei tiada pilihan lain kecuali memenangi Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia di Stadium Bandaraya Johor Bahru, bermula hari ini bagi menjawab kesangsian berhubung prestasinya selepas tewas mengejut di final Terbuka India di New Delhi, Ahad lalu.

Andai tewas lagi dan gagal mempertahankan kejuaraan kejohanan kelas kedua itu harus membuktikan ada sesuatu yang tidak kena dalam persiapannya menamatkan kemarau pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik Julai ini.

Apa lagi, kejohanan ini berlangsung di laman sendiri dan ramai pemain ternama tidak menyertainya kerana ia menjadi kejohanan antarabangsa pertama yang tidak menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik selepas berakhir Terbuka India. Tarikan kejohanan ini turut kurang kerana beberapa kuasa utama terutama China tidak menghantar seorang pemain pun beraksi kerana mereka mahu memfokuskan persiapan dalam membentuk semangat berpasukan bagi menghadapi Piala Thomas dan Uber di Wuhan dari 20 hingga 27 Mei ini.

Chong Wei yang akur faktor kepenatan bagaimanapun berjanji memberi aksi terbaik depan penyokong sekali gus berusaha mempertahankan kejuaraan selepas dua mahkota kejuaraan - Seluruh England dan Terbuka India - terlepas daripada genggamannya dalam tempoh sebulan.

"Saya akui ramai terkejut dengan kekalahan di New Delhi, tetapi saya sudah melupakannya. Saya harap mampu bangkit mempertahankan kejuaraan," katanya yang memburu kejuaraan ketiga dalam kejohanan bernilai AS$120,000 (RM360,000) itu.

Pemain nombor satu dunia itu bagaimanapun hanya memulakan cabaran esok menentang pemenang Michael Fowke dari New Zealand dan Nelson Oon dari Australia selepas mendapat bye di pusingan pertama hari ini.
Pencabarnya dalam kejohanan hanya pilihan kedua dari Vietnam, Nguyen Tien Minh dan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro.

Kelantan tuai tuah di Alor Setar

Posted: 01 May 2012 02:49 PM PDT

Sukan

KELANTAN mara ke final Piala FA buat musim kedua berturut-turut memburu kejuaraan sulung selepas mengikat Kedah 2-2 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Darulaman, Alor Setar malam tadi, untuk mara menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Dengan kedua-dua pasukan turut terikat 1-1 pada separuh akhir pertama di Kota Bharu, 21 April lalu, kebangkitan Kelantan menjaringkan dua gol pada babak kedua selepas ketinggalan 0-2 pada babak pertama berjaya mengikat agregat 3-3.

Stadium Darulaman yang dipenuhi 30,000 penyokong tuan rumah bergema pada minit ke-30 apabila Khyril Muhymeen Zambri berjaya menjaringkan gol pertama Kedah selepas menguis masuk rembatan Baddrol Bakhtiar, sekali gus mengelirukan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat. Skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan itu terus berkedudukan selesa melangkah ke final selepas Khyril sekali lagi mudah menyudahkan lorongan Fazliata Taib untuk gol kedua Kedah pada minit ke-42.

Bersambung babak kedua, jaringan pertama Kelantan seawal minit ke-46 menerusi tandukan Obinna Nwaneri hasil sepakan sudut Indra Putra Mahayuddin menghidupkan semula semangat anak-anak buah Bojan Hodak.

Kelantan akhirnya memperolehi gol penyamaan pada minit ke-59 selepas Mohammed Ghaddar bijak memanfaatkan kelekaan barisan pertahanan Kedah dengan melepaskan sepakan kaki kiri menewaskan Helmi Eliza Elias.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Hafizul.

Tahniah buat skuad TRW.
Kelate

Roti Planta

Kelantan-SimeDarby not a dream final namun diharap Kelantan tidak leka dan ambil mudah terutama kekentalan SimeDarby bertahan. Tiket mungkin bukan menjadi isu kerana yang pasti SimeDarby tidak mempunyai pengikut atau penyokong yang ramai. Walaupun dijangkakan penyokong Kelantan akan memenuhi 80% stadium namun diharapkan agar mereka dapat menjaga tatatertib dan menghormati kumpulan minoriti.

kimiechepeng

Tahniah buat pasukan bolasepak TRW kerana telah menunjukkan permainan yang hebat. Semangat juang TRW berpasukan terlalu kuat sekuatnya perjuangan Tok Janggut di tanah Cik Siti Wan Kembang. Walaupun ketinggalan 2-0 di separuh masa pertama, TRW tetap bangkit berjuang habis-habisan. Tahniah.Tahniah

merpati putih

finaly bkt jalil la lwn sime darby thn pialo hok kito la pulok.......gomo kelate gomo


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan