Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Usah bimbang: Nadzmi

Posted: 11 May 2012 04:20 PM PDT

Sukan

NADZMI (kanan) dan Arshad menunjuk logo Maxis sambil diperhati sebahagian pemain badminton negara pada majlis penajaan, semalam.

NADZMI (kanan) dan Arshad menunjuk logo Maxis sambil diperhati sebahagian pemain badminton negara pada majlis penajaan, semalam.

'Kami harap mereka dapat tingkat semangat Guangzhou'

KETIKA semangat berpasukan skuad Piala Thomas negara dipersoalkan tatkala saingan piala keagungan badminton dunia itu berbaki lapan hari sebelum disingkap tirainya di Wuhan China, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyifatkan ia bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh menegaskan, beliau tidak melihat ia satu masalah walaupun badan induk berkenaan mensasarkan skuad diterajui Lee Chong Wei itu mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir. "Saya tidak lihat sebarang masalah kerana pemain sudah mengenali antara satu sama lain. Lagipun, mereka sudah berlatih bersama dalam tempoh lama," katanya selepas majlis penajaan Maxis Berhad selaku penaja telekomunikasi rasmi BAM yang turut dihadiri Pengerusi Maxis Berhad, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda di Menara Maxis, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam latihan pusat di Stadium Juara, Bukit Kiara yang bermula Selasa lalu, skuad negara hanya menjalani latihan rutin biasa dengan pemain perseorangan berlatih dalam kelompok mereka, manakala pemain beregu berlatih berasingan.

Situasi itu jelas menimbulkan persoalan sejauh mana semangat berpasukan di kalangan pemain kerana faktor itu menjadi elemen penting untuk memburu kegemilangan dan menghadapi kejohanan berpasukan paling berprestij itu.

Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai pula berkata, skuad negara akan memfokuskan tumpuan dalam membina semangat berpasukan sebaik mereka menjalani latihan pusat fasa kedua di Guangzhou, bermula esok.
"Kami harap mereka dapat mempertingkatkan semangat berpasukan kerana di Guangzhou nanti mereka bukan saja menjalani latihan bersama, tetapi juga akan tinggal dan makan serta minum bersama," katanya.

Sementara itu, Mohd Nadzmi mengalu-alukan kesediaan Maxis menjadi penaja sekali gus mengukuhkan kedudukan kewangan BAM dalam usaha merancakkan program pembangunan akar umbi bagi melahirkan lebih ramai pemain berpotensi di seluruh negara.


Gergasi Merah derita di Perak

Posted: 11 May 2012 04:17 PM PDT

Sukan

 PEMAIN Selangor, Md Nasriq Baharom dan Ramez Dayoub (kiri) cuba menghalang  penyerang Perak, Albert Bodjongo   di Stadium Perak, malam tadi.

PEMAIN Selangor, Md Nasriq Baharom dan Ramez Dayoub (kiri) cuba menghalang penyerang Perak, Albert Bodjongo di Stadium Perak, malam tadi.

Skuad Seladang lonjak ke tangga ketiga liga selepas tewaskan Selangor

PERAK melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Perak di Ipoh, malam tadi, untuk menghadiahkan kekalahan kedua berturut-turut skuad Gergasi Merah.

Selepas beraksi 17 perlawanan, Perak kini mengumpul 27 mata, memintas Terengganu (26) yang kurang dua perlawanan manakala Selangor turun satu anak tangga ke kedudukan kelima liga dengan 24 mata. Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim melakukan rombakan besar selepas tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan, Selasa lalu, apabila tidak menyenaraikan G Jeevananthan, Razman Roslan, Asraruddin Putra Omar, Amirulhadi Zainal dan Safiq Rahim dalam kesebelasan utama.

Tuan rumah mendahului 1-0 pada babak pertama hasil sepakan percuma leret Michal Kubala yang gagal diselamatkan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali pada minit ke-15.

Selangor cuba mencari gol penyamaan, namun jentera serangan yang diketuai Bosko Balaban, R Surendren, Amri Yahyah, Solihin Kanasian dan Azidan Sarudin tampak buntu untuk menembusi gawang Perak yang dikawal Nasril Nourdin.

Perak mengesahkan tiga mata penuh milik skuad Norizan Bakar apabila penyerang import dari Cameroon, Albert Bodjongo yang tidak dicabar, melepaskan rembatan kaki kanan dari luar kotak penalti untuk menggembirakan penyokong tuan rumah pada minit ke-82.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan