Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


‘Jangan terlalu letak harapan’

Posted: 16 May 2012 03:47 PM PDT

Sukan

  CHONG Wei (dua dari kiri) bersama  Seu Bock (kanan) menyerahkan pasport kepada kakitangan Penerbangan Malaysia sebelum  ke Guangzhou, semalam.

CHONG Wei (dua dari kiri) bersama Seu Bock (kanan) menyerahkan pasport kepada kakitangan Penerbangan Malaysia sebelum ke Guangzhou, semalam.

JAGUH badminton negara, Lee Chong Wei minta peminat negara tidak terlalu menaruh harapan ke atas skuad Piala Thomas negara bagi cabaran kali ini di Wuhan, China yang bermula hujung minggu ini.

Sebaliknya ketua pasukan itu menyuarakan dia dan rakan sepasukan tetap bertekad akan berjuang habis-habisan membuat kejutan dan menunjukkan peningkatan seperti dipamerkan pada peringkat kelayakan kejohanan itu di Macau Februari lalu.

"Memang Piala Thomas bukan sasaran utama kami tapi saya harap dapat bantu pasukan mencipta yang terbaik. Ketika di kejohanan kelayakan di Macau ramai kata kami tidak boleh layak tapi akhirnya kami berjaya membuktikan kemampuan yang ada. "Kali ini kami sasar untuk mara ke separuh akhir. Saya akan jalani latihan bersama pasukan di Guangzhou sebelum bertolak ke Wuhan.

"Pasukan akan beri yang terbaik tidak kira bertemu siapa terutama menentang Denmark nanti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. Dia ditemani jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock.

Chong Wei menambah dia tidak dapat berlepas bersama pasukan negara, Ahad lalu kerana mengalami demam yang teruk dan bimbang akan menjangkiti rakan seperjuangan yang lain.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

snaz

semakin kerap demam dlm kalangan pemain...LCW sj da 2x..xpelik???? huhuhu..bahaya2

warga desa

Rangking malaysia bukanlah tinggi sangat tetapi jika dapat meningkatkan kedudukan alangkah manisnya apatah lagi dapat membuar kejutan dgn menewaskan China.Tetapi M'sia perlu melakar sesuatu yang sgt luar biasa. Sebelum tu tewaskan jaguh-jaguh yang akan mencabar nanti iaitu Japan, Indonesia, Denmark & Korea jika ketemu. Boleh? Tetapi melihatkan prestasi semasa,jika dapat masuk separuh akhir pun di kira sangat memberansangkan.


Ronaldinho laung amaran keras

Posted: 16 May 2012 03:43 PM PDT

Sukan

DETIK bimbang penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat terhadap 'ayam tambatan' Sime Darby, Patrick Ronaldinho Wleh jelas ada kebenaran dan semalam penyerang import itu melaungkan amaran keras mahu merobohkan benteng pertahanan lawan tersohor itu.

Selepas kecewa ekoran gagal untuk membantu pasukan ketika tewas kepada dua seteru di saingan liga, Ronaldinho mahu menjadikan pentas final sebagai medan untuknya melepaskan geram.

"Sudah pasti saya akan main kerana tahu pasukan memerlukan khidmat saya di barisan depan. Saya tidak main ketika aksi liga menentang Tentera dan tentu kali ini saya mahu bantu pasukan menjulang Piala FA. "Yang pasti pasukan memerlukan saya dalam pasukan. Untuk itu saya tidak mahu kecewakan mereka dan akan buktikan kemampuan sebenar saya," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium UPM Serdang, petang semalam.

Walaupun The Red Warriors memiliki rekod lebih baik berbanding Sime Darby dalam beberapa perlawanan Liga Malaysia termasuk saingan Piala AFC, namun kelibat penyerang dari Liberia itu cukup menghadirkan rasa gerun di kem Kelantan.

Laporan semalam turut menyebut Khairul Fahmi mahu barisan pertahanan pasukan mengawal ketat Ronaldinho yang dilihat mampu mengecewakan Kelantan pada final FA buat kali kedua.

"Saya tidak takut dengan sesiapa. Saya juga tidak mahu ambil kisah dengan jumlah penyokong lawan yang ramai dan hanya tumpukan pada permainan saya saja," katanya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan