Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Saya patuh'

Posted: 17 May 2012 12:28 PM PDT

Sukan

Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Annuar nafi jalan tugas atas kapasiti Presiden KAFA

"SAYA patuh sepenuhnya, tapi kalau ada yang berasakan saya ada melanggar apa-apa, mereka boleh kemukakan surat, bukannya membuat ugutan."

Itu kata-kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang digantung dua tahun enam bulan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak.

Saya tidak fikir Taufik patut mengeluarkan ancaman melalui media. Kalau dia nak beri amaran, tulis surat pada saya dan sepatutnya dengar dulu penjelasan saya sebelum mahu mengambil tindakan. - Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Menurutnya, Taufik sepatutnya mendapat penjelasan daripadanya jika ada sebarang masalah berbangkit, bukannya mengeluarkan ugutan memecatnya daripada barisan induk bola sepak itu kerana sehingga hari ini, beliau tidak menjalankan apa-apa tugas rasmi atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden FAM atau Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas dihukum.

Sebaliknya, segala kegiatan membabitkan dirinya bersama kelab penyokong Kelantan bersifat peribadi.

"Saya tidak menjalankan apa-apa tugas, tak menandatangani satu surat pun, tak mempengerusikan apa-apa mesyuarat KAFA pun," kata Annuar membalas kenyataan Taufik dalam akhbar kelmarin yang dipetik sebagai berkata, tindakan boleh diambil terhadapnya sekiranya Presiden KAFA itu gagal patuh kepada tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya.

Antara dakwaan Taufik ialah Annuar hadir merasmikan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan pelancaran CD Dikir Warriors di Kota Bharu, Isnin lalu.
"Saya tidak fikir Taufik patut mengeluarkan ancaman melalui media. Kalau dia nak beri amaran, tulis surat pada saya dan sepatutnya dengar dulu penjelasan saya sebelum mahu mengambil tindakan.

"Saya bukan budak yang boleh dibuli. Macamlah saya tidak tahu peraturan dan undang-undang. Ini membabitkan kredibiliti saya sebagai seorang yang masih menjadi pegawai FAM," katanya.

Untuk berita penuh dapatkan naskhah Berita Harian hari ini

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Warong Pok Kob Balok

memang patut pun malaysia semakin mundur dlm sukan bolasepak antarabangsa disebabkan mentaliti FAM.

nain

apa ni main ugut2. nak tunjuk power tapi x pro. FAM perlu perkasakan bola sepak jangan asyik nak menghukum orang ajer.

Yangretibase

Hidup biarlah lebih bermakna dengan perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air. Sukan dan permainan hanya aktivit lagho yang tidak akan membawa kita ke mana-mana.


BAM perjelas punca pengunduran Yoo

Posted: 17 May 2012 12:19 PM PDT

Sukan

MASALAH komunikasi menjadi antara punca utama jurulatih dari Korea Selatan, Yoo Yong Sung meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pengurus Besar BAM Kenny Goh menjelaskan, jurulatih beregu itu kurang fasih berbahasa Inggeris sementara kehadiran isterinya pada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) 26 April lalu, tidak banyak membantu sehingga jurulatih itu mengambil keputusan nekad meletak jawatan.

"Ada beberapa perkara yang Yoo tidak setuju dalam mesyuarat itu dan satu daripadanya ialah dia tidak diberi pemain tetap. Tan Kim Her (ketua jurulatih beregu) tidak memberi Yoo pemain pada awalnya kerana dia masih belum disahkan jawatan.

BAM tidak dapat penuhi permintaan Yoo yang mahu gajinya dinaikkan tiga kali ganda biarpun secara dasarnya BAM bersetuju menyambung khidmatnya sebaik tamat tempoh percubaan. - Kenny Goh, Pengurus Besar BAM

"Namun pada dua bulan terakhir sebelum berakhirnya tempoh percubaan (Mac dan April), Yoo diberi tanggungjawab membimbing beregu Nelson Heg Wei Keat-Teo Ee Yi dan nampak ada peningkatan terhadap kedua-dua pemain itu," katanya menjelaskan pendedahan Yoo mengenai sebab peletakan jawatannya kepada media, semalam.

Kelmarin, Yoo menjelaskan peletakan jawatannya disebabkan tidak berpeluang melatih mana-mana pemain secara tetap sepanjang enam bulan berada di Malaysia, bukannya berhenti kerana mahukan gaji lebih tinggi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pula, Kenny yang turut melampirkan keputusan mesyuarat pembahagian tugas jurulatih dan senarai pemain 20 Mac lalu bagi menafikan dakwaan Yoo itu berkata, BAM tidak dapat memenuhi permintaan Yoo yang mahu gajinya dinaikkan tiga kali ganda biarpun secara dasarnya BAM bersetuju menyambung khidmat jurulatih itu sebaik tamat tempoh percubaannya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan