Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


‘Ayuh! Bangkit dan menang’

Posted: 29 May 2012 02:41 PM PDT

Sukan

AKSI pemain Malaysia, Faisal Saari (kiri) ketika bertemu India, kelmarin. - Foto Farhan Najib

AKSI pemain Malaysia, Faisal Saari (kiri) ketika bertemu India, kelmarin. - Foto Farhan Najib

"Ayuh! Bangkit dan menang," kata Tai Beng Hai kepada anak didiknya menjelang pertembungan menentang juara Asia, Pakistan, malam ini.

Ketua jurulatih itu mahu kekalahan 2-3 kepada India dalam saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah, kelmarin dipadamkan segera, sebaliknya kembali mempamerkan aksi lebih positif untuk memburu kemenangan pertama pada edisi kali ini di Ipoh.

"Kami mahu menang perlawanan esok (malam ini). Pemain perlu bangkit segera dan usah biarkan diri dibelenggu kekalahan kepada India. "Lupakan apa yang berlaku malam kelmarin. Pemain harus memperbaiki kesilapan dan mengelak mengulanginya," kata Beng Hai.

Namun, dia sedar betapa Pakistan, pasukan ranking kelapan dunia kini ibarat harimau yang luka kerana tewas dua perlawanan berturut-turut setakat ini.
Malaysia kini menghuni tangga tercorot carta liga berbekal dua mata membabitkan tujuh pasukan dan harus mengilhamkan mata penuh mengejar posisi terbaik dalam edisi ke-21 ini.

Dia menambah, pemain negara tidak harus takut dengan Pakistan kerana pada pengamatannya kemampuan tuan rumah dengan lawan sama, cuma elemen tuah diperlukan dalam perlawanan seperti ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Ridhuan Yusoff

Walaupun tidak layak ke Olimpik, tetapi sokongan kami tetap utuh. Mudah-mudahan menang besar malam ni

ad

main bersungguh-sungguh, semangat juang diutamakan, berjuang hingga tiupan wisel penamat, kalahpun tak memalukan.

possum hitam

ayuh bangkit. Malaysia boleh...

Katni Bin Saparie

Malysia berkemampuan mengalahkan mana-mana pasukan handalan hoki dunia jika berada pada tahap yang terbaik. Malaysia mempunyai pemain yang hebat serta berkemahiran tinggi. Tunjukkan dan serlahkan kehebatanmu Malaysia

akmal

Berita Harian memang terbaik arhhh...

Jiminor

Selamat Berjuang kpd pemain Hoki negara. Apapun cari jaringan awal. Ayuh!! kita boleh melakukan.

warga desa

M'sia telah beraksi dgn baik walaupun berada pada ranking 13 dunia.Pada kedudukan ini M'sia masih dihormati dlm arena hoki.Walaubagaimanapun M'sia harus elak dari kalah mahu pun seri dgn pasukan yang bukan "top 10" seperti China, Japan,Perancis, Ireland, Africa Selatan, Canada & juga Poland.Walaupun pasukan2 ini tidak bertanding dlm kejohanan ini tetapi mereka adalah kuat & boleh mengancam kedudukan M,sia.

mohd ismail b mohd shafie

Apapun tahniah buat pemain hoki telah menunjukan mutu permainan yg baik ... bangkit dari kekalahan dan yakin kita BOLEH

achik azahari

gud luck harimau !

Redzuan Ibrahim

Bangkitlah Malaysia! Kami senantiasa sabar dan yakin dengan kebolehan anda.


Dua menang hadiah tiket ke Euro 2012

Posted: 29 May 2012 02:40 PM PDT

Sukan

PERADUAN EURO Destinasiku Berita Harian menerima sambutan menggalakkan apabila menerima timbunan penyertaan daripada pembaca setia. Kelmarin, 12 nama, termasuk dua pemenang hadiah utama sudah dipilih dan nama setiap pemenang akan diumumkan tidak lama lagi.

Pemilihan itu dilakukan oleh panel, termasuk Pengarang Eksekutif Rencana Berita Harian, Zainor Said, Pengarang Sukan Berita Harian, V Ashok dan Eksekutif Penjenamaan Berita Harian, Roshafizah Halim.

Peraduan melengkapkan dialog dengan ayat paling kreatif bermula 10 hingga 20 Mei lalu menawarkan hadiah utama iaitu dua pakej bernilai RM40,000 termasuk tiket penerbangan, penginapan untuk menyaksikan perlawanan peringkat kumpulan antara England dan Sweden pada 15 Jun ini. Sepuluh lagi akan mendapat hadiah RM500 setiap seorang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan