Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Malaysia kejut Pakistan

Posted: 30 May 2012 08:50 AM PDT

JARINGAN Muhammad Razie Abd Rahim seminit sebelum tamat perlawanan membantu tuan rumah, Malaysia mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Pakistan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di Ipoh, malam tadi.

Ketika perlawanan tampak menuju seri 2-2, pakar pukulan sudut penalti negara itu menguis kencang melepasi celah kaki penjaga gol Pakistan, Imran Shah untuk menghasilkan kemenangan pertama negara dalam kejohanan edisi ke-21 itu.

Pada perlawanan malam tadi, Malaysia yang memburu kemenangan pertama sebaliknya tambah tertekan apabila lawan mendahului 2-0 selepas 12 minit saingan berlangsung.

Muhammad Umar Bhutta membuka jaringan pada minit ke-4 diikuti oleh Shafqat Rasool lapan minit kemudian.

Begitupun anak buah Tai Beng Hai bangkit melawan dan Amir Farid Ahmad Fuzi menyemarakkan semangat tuan rumah apabila menolak ke dalam gawang bola yang melantun ke arahnya dari tampanan pemain lawan, Rashid Mahmood sejurus sebelum rehat.

Malaysia menggandakan usaha pada babak kedua dan berjaya menekan hebat kubu lawan. Usaha mereka berhasil apabila penjaring prolifik, Faisal Shaari menyamakan kedudukan pada m-48.

Sementara itu, rekod tanpa kalah New Zealand lebur apabila tumpas 2-1 kepada Britain. Begitupun kekalahan itu tidak menjejas kedudukan pasukan Kiwi itu selaku pendahulu kerana masih berada di takhta carta berdasarkan kelebihan jaringan.
Jaringan Ashley Jackson pada m-18 dan Matt Daly (27) mencukupi buat pasukan ranking keempat dunia itu merakam kemenangan keduanya. Manakala gol New Zealand disumbangkan oleh Andy Haward (62).

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

kaki hoki tong kosong

baeeek r....

jmye

tiga game mmg hebat, tahniah buat pasukan hoki negara, memang world class, kekalkan prestasi, good luck all player..

noit pippo

Tahniah skuad hoki...harap ini boleh diikuti oleh pasukan2 lain terutamanya bola sepak. Presiden FAM sila undur.

NUHAIRI ABD RAHMAN

Tahniah...kita bukan bermain di padang seorang..tapi kita bermain seperti keluarga.

SHUHAIMI SABAR

Tahniah Pasukan Hoki Malaysia! Semangat JUANG anda membuktikan MALAYSIA BOLEH. Pasukan yang lain MACAM MANA PULAK?

harman

Tahniah...tetapi perlu lebih gigih lg berusaha.

orang biasa

Respek pada sultan perak. Semangat hoki dalam diri beliau memang hebat.. FAM harus contohi pengurusan hoki negara..

Irma

TAHNIAH.... dan Teruskan semangat perjuangan Sukan Hoki, TQ utk jurulatih serta ketua pemimpin Sukan Hoki dan pegawai2 yg bertugas , with all the tips and skills that u guys sumbangkan to the players and it's works. Keep up the good skills and Go Malaysia go........MALAYSIA BOLEH.........

Zamri Jamil

Tahniah, Tahniah, Tahniah...di harap pasukan bola sepak Malaysia pun akan setanding dengan pasukan hoki...Syabas..!!!

wan

Menang nasib. Pemain pertahanan yang 'tidur' tidak layak wakil Malaysia. Asyik bagi gol awal pada pihak lawan.

MFZ

hanya Malaysia sahaja yg tidak layak ke sukan olimpik,tapi masih dapat menewaskan gergassi Asia, Pakistan. Ini adalah satu perkembangan yg sgt positif. Mereka kuat dari segi mental dan fizikal.

muhammad

Tahniah buat team Malaysia atas kejayaan menewaskan juara Asia, Pakistan. Terus kekalkan semangat Malaysia Boleh!

MOHD SAM B. CHE MAN

Tahniah Malaysia...good exposure for young players...ada harapan untuk berjaya di hoki remaja dunia nanti, SYABAS.

pak usu

syabas hoki malaysia. inilah namanya perancangan. jangan jadi badminton. macam yoyo. tak ada hala tuju yang jelas. meskipun hoki gagal ke olimpik, tapi kita tetap kekal pasukan pencabar dalam apa juga kejohanan. syabas dan semoga kemenangan lain tiba dengan adanya serapan pemain remaja yang baru menjuarai kejohanan asia di melaka.

ruslano

tahniah buat semua pemain dan jurulatih, pemain kita world class

ikmal Setapa

Suka sangat pemain kita mengejar bila ketinggalan. Jangan amal selalu,simpan tenaga untuk permainan akan datang. Selamat bjuanglah.

skyGun

Sedih bila team malaysia tak dpt masuk Olimpik...papepun malaysia tetap the best team in asia...teruskan perjuangan team hoki harimau malaya..harap PERSATUAN HOKI MALAYSIA tunjuk kan pada persatuan yg lain betapa bagusnya pengurusan anda. MALAYSIA BOLEH....AAAUUUMMM.....

HUSLANI

Lawan mendahului 2-0 selepas 12 minit saingan berlangsung, kemenangan dramatik 3-2 ke atas Pakistan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di Ipoh, malam tadi menunjukkan yang pasukan Malaysia sememangnya berjiwa kental. Syabas Malaysia.

HUSLANI

Lawan mendahului 2-0 selepas 12 minit saingan berlangsung,kemenangan dramatik 3-2 ke atas Pakistan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di Ipoh, malam tadi menunjukkan yang pasukan Malaysia sememangnya berjiwa kental. Syabas Malaysia.

zakari

Kenapa pasukan malaysia suka membuatkan peminat naik semput dalam setiap perlawanan,saya ucapkan syabas dan tahniah kerana tidak pernah putus asa,malaysia bolih!!!!!!!!!!!

osman s

Tahniah Pasukan Hoki Malaysia....semangat perjuangan macam ni yang kita hendak lihat walaupun ketinggalan tapi masih mampu mencipta kemenangan....world class,tabik u all,MALAYSIA BOLEH!!!

shahrul solskjaer

Tahniah buat team Malaysia atas kejayaan menewaskan juara Asia, Pakistan. Terus kekalkan semangat Malaysia Boleh!

isza

Tahniah!!! mmg world class!!!

Hishamuddin

Perlu perbaiki lagi, ke tiga-tiga game, kita hanya bangkit pada sencond half. Ini berisiko, kenapa tidak dari awal kita bangkit,bukan dah ketinggalan baru nak bangkit.

meor hakeem bin salleh

FAM dan BAM????apamacam????xcemburu ke tengok kehebatan pasukan hoki????

ahmad sukiman mohamed

semangat juang yang hebat..kekalkan pasukan ini.syabas..

sumbartlah

Tahniah wat pejuang negara.... MALAYSIA, ADA KELAINANNYA! kemenangan meriangkan sangat... hehehehe.. bravoOOOOOOO!

FAIRUZ 4924

Tahniah,perlajalanan masih jauh lagi,tingkatkan prestasi permainan...tahniah buat semua pemain malaysia!!!

zuliadi

Tahniah! Perlawanan world class dipamerkan....

tugimin

Jika tidak mudah berputus asa hingga terakhir pasti ada kejayaan yg menanti. TAHNIAH.

‘Jangan peram pemain’

Posted: 30 May 2012 08:48 AM PDT

Sukan

JANGAN peram pemain! Mungkin itulah kesimpulan ringkas yang dapat diberikan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong terhadap situasi yang sedang dihadapi sukan badminton sekarang.

Selepas rentetan kegagalan skuad negara termasuk di Piala Thomas di Wuhan lalu, Zolkples menuntut Persatuan Badminton Malaysia (BAM) jangan mudah memberi alasan sebaliknya perlu 'celik' dengan bakat yang ada pada pemain muda.

"Saya tidak tahu mengapa mereka boleh cakap macam itu. Kita ada program di negeri-negeri cuma saya rasa program ini kena diperkukuhkan dan diperkemaskan lagi. "Jangan terlalu bergantung kepada pemain elit saja. Sudah banyak kali saya cakap, sekarang adalah masa untuk beri pendedahan kepada pemain seperti Zulfadli Zulkifli, Misbun Ramdan Misbun dan Iskandar Zulkarnain.

"Suka ataupun tidak, ini masa untuk kita dedahkan pemain pelapis kita yang masih muda. Ini untuk masa depan kita... bukan di Piala Thomas saja tapi juga Olimpik 2016," katanya ketika menghadiri Majlis Anugerah Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-29 semalam.

Hadir sama, Pro Canselor UPM, Tan Sri Datuk Rozali Ismail, Naib Canselor Radin Umar Radin dan Datuk M Jegathesan. Pada majlis itu, 120 pelajar termasuk kakitangan UPM menerima anugerah atas sumbangan dan kecemerlangan mereka dalam bidang sukan.

Dalam masa sama, Zolkples mengakui untuk melahirkan pemain berkelas dunia bukan tugas mudah tetapi ia juga bukan satu perkara mustahil sekiranya bakat muda diberi perhatian penuh bermula daripada sekarang.
"Nak lahirkan seorang atlit bertaraf dunia bukannya mudah. Kita tengok Indonesia, saya rasa pemain badminton melebihi jumlah penduduk Malaysia tapi mereka masih lagi tercari-cari siapa pengganti Taufik Hidayat... siapa pengganti Sony Dwi Kuncoro dan siapa ganti Simon Santoso.

"Apa harus kita lakukan adalah beri perhatian penuh kepada pemain yang sudah dikenal pasti. Bukan bermaksud kita lupakan pemain elit, khidmat mereka masih diperlukan untuk jadi rakan 'sparring' dengan pemain elit lain dan pemain muda," katanya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan