Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Saya bukan budak’

Posted: 17 May 2012 11:12 AM PDT

"SAYA rasa Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak tidak sepatutnya mengeluarkan ancaman kepada saya melalui media.

"Jika beliau nak beri amaran, tulis surat saja kepada saya," kata Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, semalam.


Annuar berkata, sepatutnya Taufik terlebih dulu mendapatkan penjelasan daripadanya sebelum mengancam mahu mengambil tindakan ke atasnya dengan dakwaan beliau masih terbabit dalam aktiviti bola sepak.

"Saya bukan budak yang boleh dibuli. Sepatutnya beliau (Taufik) tulis surat pada saya minta penjelasan dan bukan mengancam mahu ambil tindakan tanpa mendengar versi saya.


"Macamlah saya tidak tahu peraturan dan undang-undang. Ini membabitkan kredibiliti saya sebagai seorang yang masih lagi pegawai FAM yang hanya digantung daripada terbabit dalam aktiviti bola sepak dan bukannya jawatan disandang," katanya di Kota Bharu, semalam.


Semalam, akhbar melaporkan kenyataan Taufik yang berkata tindakan boleh diambil terhadap Annuar jika Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu gagal patuh kepada tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya.

"Jika Annuar terus ingkar, Jawatankuasa Tatatertib FAM boleh mengemukakan cadangan kepada Exco FAM untuk mengambil tindakan selanjutnya untuk memecat beliau daripada barisan exco FAM," kata Taufik selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Wisma FAM di Kelana Jaya, kelmarin.


Taufik berkata, antara dakwaan yang diterima, Annuar hadir merasmikan penjualan tiket bagi perlawanan akhir Piala FA dan pelancaran CD Dikir Warriors di Kafe The Red Warriors, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) Kota Bharu, Kelantan, Isnin lalu.

Annuar berkata, kehadirannya merasmikan penjualan tiket Piala FA dan pelancaran CD Dikir Warriors bukan atas kapasiti sebagai Presiden Kafa tetapi bersifat peribadi.




Farhan idam skuad utama

Posted: 17 May 2012 11:09 AM PDT

PENYERANG Kelantan, Norfarhan Mohamad (gambar) mengidam untuk berada dalam kesebelasan utama biarpun menyedari saingan sengit untuk dipilih ketika perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bikit Jalil, esok.

Norfarhan yang beraksi untuk T-Team musim lalu dan kembali bersama The Red Warriors seperti membawa tuah buat Kelantan apabila berjaya mengumpul lima jaringan dalam saingan Piala FA musim ini sekali gus meletakkan dirinya sebagai penjaring terbanyak.


Berbekalkan pengalaman beraksi bersama Kelantan musim ini, pemain dari Kuala Terengganu itu menanam tekad mempamerkan aksi terhebat jika diberi peluang ketua jurulatih, Bojan Hodak.

Katanya, walaupun terpaksa bersaing dengan penyerang berkebolehan dalam skuad Kijang seperti Norshahrul Idlan Talaha dan pemain import dari Lubnan, Mohamad Ghaddar, dia enggan melepaskan peluang beraksi dalam perlawanan akhir ini.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan