Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kupon diskaun 20 peratus

Posted: 19 Jun 2012 05:50 PM PDT

Sukan

PEMBACA Berita Harian akan diberi cenderahati serta makan dan minum percuma sepanjang siaran langsung.

PEMBACA Berita Harian akan diberi cenderahati serta makan dan minum percuma sepanjang siaran langsung.

RASAI bahang kemeriahan kejohanan bola sepak Euro 2012 bersama Berita Harian dengan menyaksikan secara langsung perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir di Restoran Sekinchan Ikan Bakar, di Setiawangsa, dekat ibu negara bermula malam Sabtu ini.

Selain dapat menyaksikan perlawanan yang disiarkan di skrin besar, pembaca setia Berita Harian akan diberikan barangan cenderahati dan disajikan dengan makanan dan minuman secara percuma di sepanjang siaran langsung.

Lebih menarik, penonton akan diberikan kupon diskaun 20 peratus untuk menikmati makanan di mana-mana 17 cawangan Restoran Sekinchan Ikan Bakar di sekitar Lembah Klang yang sah laku sehingga 31 Julai ini. Bagi menyaksikan perlawanan itu, penonton hanya perlu membawa mana-mana lima keratan kepala akhbar Berita Harian terbitan bermula hari ini sehingga 29 Jun untuk mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan.

Empat perlawanan berkenaan adalah suku akhir pada 24 Jun, separuh akhir pada 28 dan 29 Jun dan final pada 2 Julai. Tiket boleh ditebus di Balai Berita NSTP, Jalan Riong, Kuala Lumpur pada hari dan masa yang ditetapkan.

Maklumat lanjut dan pertanyaan hubungi Omay 03-22823131 sambungan 5252.

Lihat promo Euro Mania 2012 di Facebook BH Online.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

damhoeri

Fuh, terbaek . Boleh layan sampai denyut kpala.


Euro 2012: Sentuhan 'budak nakal'

Posted: 19 Jun 2012 05:49 PM PDT

Sukan

Balotelli melakukan voli cantik untuk jawab kritikan ke atasnya

DIA bukan Mario Balotelli jika tidak mencetuskan drama dan masalah.

Penyerang penuh warna warni Manchester City itu yang digelar budak nakal melenyapkan sementara panggilan itu apabila menjaringkan gol kedua ketika Itali menewaskan Republik Ireland 20, awal pagi kelmarin. Pada perlawanan itu, dia hanya dimasukkan sebagai pemain simpanan, selepas gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan awal pasukan berkenaan.

Walaupun terjatuh dan membelakangkan pintu gol, dia tidak melepaskan peluang dengan melakukan voli cantik menewaskan penjaga gol Shay Given.

Kemenangan itu membantu pasukannya mengumpul enam mata dan menjadi naib juara kumpulan sekali gus mara ke suku akhir.

Laporan lanjut kerancakan Euro 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan