Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Sudah dirancang

Posted: 28 Jun 2012 02:42 PM PDT

Sukan

RONALDO (kanan) begitu kecewa kerana Sepanyol muncul pemenang separuh akhir sebelum gilirannya tiba untuk sepakan penalti. Bento (kiri) terpaksa mententeramkan perasaan kapten Portugal itu.

RONALDO (kanan) begitu kecewa kerana Sepanyol muncul pemenang separuh akhir sebelum gilirannya tiba untuk sepakan penalti. Bento (kiri) terpaksa mententeramkan perasaan kapten Portugal itu.

DONETSK: Portugal sudah merancang untuk Cristiano Ronaldo mengambil sepakan penalti kelima yang tidak sempat diambil, kata pengendali Paulo Bento selepas pasukannya tewas 4-2 kepada Sepanyol di separuh akhir kelmarin.

Penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas menyelamatkan tendangan Joao Moutinho dan penalti Bruno Alves terkena palang untuk membuka laluan kepada pemain gantian, Cesc Fabregas menyempurnakan sepakan kemenangan buat pasukannya selepas permainan terikat 0-0.

"Kami tewas kerana Sepanyol lebih baik dalam sepakan penalti, tetapi memang benar kami tidak mempunyai tuah dalam kejohanan kali ini," kata Bento yang mengesahkan kapten, Ronaldo dipersetujui untuk mengambil sepakan terakhir. "Kami membuat perancangan ini daripada awal dan jika kedudukan terikat 4-4 dan dia mengambil penalti terakhir, kita mungkin akan bercakap dalam keadaan lain sekarang.

"Bagi saya, kami mengharungi kejohanan ini dengan cemerlang. Jika anda mengambil kira corak permainan kami hari ini (kelmarin), saya rasa kami lebih baik sepanjang 90 minit, tetapi kurang berkesan pada masa tambahan.

"Saya rasa kami memberi saingan sengit dan sebuah pasukan yang agresif, cara kami tewas memberi kami lebih keyakinan," katanya. – Reuters

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Malaysia terus garang belasah Taiwan 4-2

Posted: 28 Jun 2012 02:36 PM PDT

Sukan

FANDI Othman (tengah) dihadang pemain Taiwan pada aksi ketiga Kelayakan Piala Asia B-22 2013 di Stadium Aung San, petang semalam.

FANDI Othman (tengah) dihadang pemain Taiwan pada aksi ketiga Kelayakan Piala Asia B-22 2013 di Stadium Aung San, petang semalam.

"DUA final sudah berjaya. Tinggal dua final lagi yang perlu kita tempuhi," kata jurulatih skuad B-22 negara, Ong Kim Swee selepas pasukannya menewaskan Taiwan 4-2 pada aksi ketiga Kelayakan Piala Asia B-22 2013 di Stadium Aung San, Yangon petang semalam.

Selepas tewas 2-3 kepada Korea Selatan pada aksi sulung Sabtu lalu, Kim Swee menyifatkan setiap baki empat perlawanan Kumpulan G sebagai aksi final.

Filipina dibelasah 7-0 Isnin lalu, Taiwan di benam 4-2 semalam, kini dua aksi getir bakal menanti skuad negara iaitu berdepan Vietnam petang esok dan tuan rumah Myanmar, Selasa ini. "Seperti dijangka, Taiwan bukan lawan mudah. Mereka mampu mengancam menerusi situasi bola mati dan serangan balas. Babak kedua, kita tertidur seketika terutama di barisan pertahanan serta banyak melepaskan peluang.

"Fokus kini bertemu Vietnam. Mereka tak memiliki banyak peluang untuk layak, jadi sudah tentu akan bermain seperti biasa tanpa tekanan. Bagi kita, wajib menang ke atas Vietnam untuk terus berpeluang," kata Kim Swee selepas perlawanan.

Pada aksi dalam hujan semalam, penyerang Sabah, Rozaimi Abd Rahman yang meledak empat gol bertemu Filipina sekali lagi cemerlang dengan dua gol pada minit ketujuh dan 40, ditambah jaringan sendiri Chen Yen-Jui (40) dan penyudah kemas D Saarvindran (78). Dua gol Taiwan dijaringkan Lin Chang-Lun (50) dan Wen Chih-Hao (90).

MALAYSIA: Izham Tarmizi Roslan, Fandi Othman, Shahrul Saad, Fadhli Shas, Nazirul Naim Che Hashim, D Saarvindran, Irfan Fazail (c), Gary Steven Robbat (Nazmi Faiz Mansor '65), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Ahmad Hazwan Bakri '55), Syahrul Azwari Ibrahim, Rozaimi Abd Rahman (Azzizan Nordin '79).

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

benny

gooooooooo malaysia........gooooo rozaimi...

muhd wildan

tahniah harimau malaya...gogogogo.........

kuda kepang

tahniah. perjalanan masih jauh, insyaAllah...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan