Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


KOM ‘sayang’ wang

Posted: 31 May 2012 10:53 AM PDT

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan enam atlet yang disabit kesalahan melarikan diri daripada ujian doping pada Mei tahun lalu, di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Presiden, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sekiranya kes itu dicabar di CAS, ia bakal memakan belanja besar sehingga RM300,000 biarpun ada individu secara suka rela sedia mengendalikan kes itu.


Justeru, Shahidan menganggap tidak berbaloi bagi persatuan 'miskin' seperti KOM mengeluarkan belanja besar dan daripada cuba mencabar kes itu, lebih wajar, menurutnya, jika wang itu digunakan untuk pembangunan atlet olahraga dalam misi mencapai sasaran sembilan pingat emas di Sukan Sea tahun depan.

"Atlet tidak boleh buat apa-apa. Mereka perlu terima hakikat itu dan kita hanya boleh merayu dan cuba memberi perlindungan kepada mereka.


"Kami akan menerima saja hukuman dijatuhkan Wada (Agensi Anti-Doping Dunia) dan selepas itu akan merayu sekiranya enam atlet itu dikenakan hukuman berat," katanya yang memberitahu menerima surat daripada Wada pada 21 Mei lalu.


Minggu lalu, KOM bakal diseret ke CAS selepas Wada tidak puas hati dengan tindakan persatuan itu yang hanya memberi amaran keras kepada enam atlet pecut Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohamed, Yee Yi Ling, Norjannah Hafiszah Jamaludin, Nurul Sarah Abdul Kadir dan Mohd Imran Abd Hadi.

Jika disabitkan kesalahan, mereka bakal menerima penggantungan maksimum empat tahun manakala jurulatih Harun Rasheed digantung seumur hidup sekiranya didapati bersalah.


Bagaimanapun Shahidan berkata, beliau akan berusaha meminta kes itu diselesaikan di luar CAS bagi mengelakkan kos lebih tinggi.




Aksi mantap

Posted: 31 May 2012 10:50 AM PDT

BUKAN mengejutkan apabila sebahagian 200 penyokong kelab Hungary, Honved Budapest bersorak melihat aksi pemain skuad Bawah 22 Tahun negara, kelmarin.

Mereka nyata terhibur apabila pemain muda negara memberikan tentangan sengit kepada barisan utama Honved hingga berjaya meraih keputusan seri 0-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bozsik, Budapest.


Malah ada di antara mereka menunjukkan isyarat bagus kepada pegawai skuad negara yang duduk di bangku penonton sejurus tamat perlawanan.

Turut sama memberi pujian kepada anak buah Ong Kim Swee adalah pemain import dari Croatia, Boris Bjelkanovic yang beraksi buat kali kedua menentang skuad negara selepas menang 4-1 pada perlawanan persahabatan tahun lalu.


"Kami sudah jangkakan perlawanan berkualiti. Kami mempunyai beberapa peluang menjaringkan gol, begitu juga dengan Malaysia. Mereka bermain dengan pantas.


"Saya masih ingat ketika menentang pasukan ini pada musim panas lalu, kami menang 4-1. Saya fikir Malaysia semakin meningkat dan tidak mengejutkan apabila mereka memberi tentangan kepada kami hari ini (kelmarin)," katanya yang ditemui selepas tamat perlawanan.

Perlawanan menentang Honved, skuad kendalian Attila Supka yang menamatkan kempen liga di tangga keempat musim ini adalah aksi terakhir dalam jelajah skuad B-22 di Budapest yang kembali ke Vion, Slovakia, semalam.


Sebelum itu, mereka tewas 0-5 kepada Ferencvaros TC dan seri 2-2 menentang pasukan pilihan Brazil.

Bjelkanovic, 27, yang mempunyai pengalaman bermain di Croatia dan Slovenia berpendapat beberapa pemain muda negara boleh beraksi di luar negara jika terus diberikan pendedahan.


"Jika pemain muda anda diberikan pendedahan, mereka boleh bermain di peringkat lebih tinggi, ini berdasarkan pengalaman saya bermain di Eropah," katanya.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan