Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Malaysia anjur Piala Asia 2013

Posted: 02 Jun 2012 09:29 AM PDT

MALAYSIA menjadi tuan rumah Piala Asia 2013 yang menawarkan tiket ke Piala Dunia 2014.

Keputusan menganugerahkan tugas tuan rumah kepada Malaysia dibuat pada mesyuarat Majlis Persekutuan Hoki Asia (AHF) yang dipengerusikan Sultan Azlan Shah di Ipoh, semalam.


Tugas itu sebelum ini diberi kepada Singapura tetapi keputusan itu diubah pada mesyuarat semalam.

"Kami berikan tugas tuan rumah kepada Malaysia dan saya berbesar hati mengumumkan ia akan diadakan di Ipoh tahun depan," kata Presiden AHF, Sultan Azlan Shah.


"Tarikh belum ditetap memandangkan kami perlu ambil kira penganjuran Piala Sultan Azlan Shah yang diadakan setiap tahun." Kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Dunia adalah pada 2002 apabila menjadi tuan rumah acara itu.


Sebelum itu, Malaysia layak menyertai Piala Dunia Utrecht 1998 selepas berehat 16 tahun dengan penampilan sebelum itu pada 1982 di Bombay.

Turut diumum Akademi AHF-MHC akan dikenali dengan nama Akademi Raja Dato' Seri Ashaman bagi menghormati pemergian putera kedua Sultan Azlan Shah yang meninggal dunia 30 Mac lalu.




Krisis meruncing

Posted: 02 Jun 2012 09:23 AM PDT

PARIS: Enam hari sebelum bermulanya Euro 2012 di Poland dan Ukraine, isu kecederaan dan kontroversi di luar padang mula mencorakkan hala tuju kejohanan itu.

Tiada satupun daripada 16 pasukan termasuk pasukan pencabar utama yang bertanding dalam kejohanan empat tahun sekali itu tidak dirundung masalah menjelang kejohanan itu.


Juara bertahan dunia dan Eropah, Sepanyol berharap menjadi pasukan pertama menjuarai tiga kejohanan berturut-turut tapi skuad Vicente del Bosque kehilangan penjaring terbanyak David Villa dan bek tengah berwibawa, Carles Puyol.

Kemenangan pada perlawanan akhir di Kiev, 2 Julai ini akan memberi Sepanyol kejayaan paling hebat dalam sejarah bola sepak tetapi pemain tengah, David Silva sedar pesaing La Roja tidak akan berdiam diri.


"Kita boleh mengimpikannya tapi kami perlu sedar pasukan lain juga cukup hebat, ada pasukan yang berpotensi dan kemenangan menuntut pelbagai pengorbanan. Ia boleh berlaku tetapi bukan mudah mencapainya," katanya.


Itali yang diletakkan dalam kumpulan sama dengan Sepanyol turut berdepan masalah akibat kesan siasatan terhadap insiden mengatur perlawanan di negara itu, minggu lalu.

Bek kiri, Domenico Criscito (gambar) terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu selepas terbabit dalam skandal itu manakala gandingan Juventus, Gianluigi Buffon dam Leonardo Bonucci juga turut dikatakan terbabit dalam kes itu.


Itali bukan nama asing dalam kontroversi bola sepak dan kejayaan Piala Dunia 1982 dan 2006 turut dibayangi skandal di luar padang yang dikaitkan dengan insiden mengatur perlawanan.

Ketika jurulatih Itali, Cesare Prandelli mengharapkan kehebatan bintang Juventus, juara Serie A sejak 2003, rakan sejawatannya di Jerman, Joachim Loew pula mahu pemain Bayern Munich dimilikinya menebus kekecewaan tewas kepada Chelsea dalam final Liga Juara-Juara.


Seperti Sepanyol, Jerman juga mencatat rekod sempurna dalam kelayakan dan memandangkan mereka diletakkan bersama Denmark, Portugal dan Belanda dalam Kumpulan B, kesilapan tidak boleh diterima.


Kedua-dua Jerman dan Belanda mungkin berpeluang tetapi England pula mungkin terpaksa meletakkan sasaran lebih rendah apabila berdepan pelbagai dugaan.


Roy Hodgson dilantik sebagai jurulatih pada 1 Mei menggantikan Fabio Capello dan terpaksa melihat beberapa pemain utama iaitu Jack Wilshere, Gareth Barry dan Frank Lampard mengundur diri akibat kecederaan.


"Saya puas hati. Saya percayakan mereka. Saya kecewa apabila hilang dua pemain senior (Barry dan Lampard) tetapi ia membuka peluang untuk pemain lain pula," katanya. - AFP




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan