Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Kami tak tidur’

Posted: 06 Jun 2012 03:33 PM PDT

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) akur tidak terlepas daripada kelemahan, namun teguran pihak tertentu yang mengatakan pentadbiran badan induk badminton negara itu 'tidur' tidak benar sama sekali.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berkata prestasi atlet di pentas antarabangsa tidak semestinya menggambarkan kegagalan pentadbiran, malah banyak lagi faktor yang menjadi penentu.


"Mengatakan kami tidur tidak benar sama sekali semata-mata skuad negara gagal membawa pulang Piala Thomas.

"Pencapaian lain sejak saya mula memimpin BAM pada 2000 juga seharusnya menjadi ukuran apabila kami ada tiga pemain yang berada di ranking nombor satu dunia iaitu Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui," kata Nadzmi mengulas mengenai teguran bekas presiden badan itu, Tan Sri Elyas Omar yang terpapar di dada akhbar semalam.


Nadzmi berkata BAM mengalu-alukan sumbangan idea daripada semua pihak kerana badan induk itu sentiasa terbuka.


Selain itu, beliau berkata sepanjang pentadbirannya, peningkatan dilihat di kalangan pemain wanita dan beregu campuran, ditambah pula keputusan cemerlang atlet yang mengakhiri kemarau gelaran Seluruh England, Sukan Asia selain Sukan Sea dalam acara berpasukan.

"Kami faham yang semua pihak kecewa dengan kekalahan di Piala Thomas, begitu juga BAM tapi pelbagai usaha sudah dilakukan selama ini," kata Nadzmi.


Beliau berkata, dakwaan BAM bergantung kepada bakat dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dengan ketiadaan akademi sendiri juga tidak benar kerana SSBJ dianggap sebuah akademi yang menggunakan program latihan disediakan badan induk badminton negara itu.

"Kami ada lebih kurang 150 pemain, di SSBJ ada 70 dan bakinya di peringkat pelapis dan elit. Sepanjang tahun lalu (2011) saja kami menghantar pemain ke 43 kejohanan antarabangsa dengan purata setiap pemain mendapat pendedahan sekurang-kurangnya lapan perlawanan.


"Malah sekarang ini pemain pelapis kami mula menampakkan hasil seperti Misbun Ramdan Misbun yang sudah ke final Terbuka Perancis selain gandingan remaja Teo Ei Yi-Nelson Heg yang muncul juara Terbuka Belanda. Ini semua perkembangan positif dalam badminton negara. Mereka ini berada dalam skuad 2016, satu program yang disediakan empat tahun sekali dengan keutamaan kepada Olimpik. Untuk berjaya di Olimpik, pemain semestinya menghasilkan keputusan yang baik pada 2014, kemudian mungkin baru kami akan melihat peningkatan di Piala Thomas.


"Kami akui gagal membawa pulang Piala Thomas, namun kami perlu lihat ke depan dan melihat kekuatan pemain yang ada. Kami sudah sediakan latihan terbaik untuk pemain dengan bilangan kejohanan pendedahan yang banyak. Tapi jika pemain tidak mempunyai keinginan besar seperti mana dimiliki Chong Wei, apa yang boleh persatuan buat?" Begitupun Nadzmi mengakui BAM mungkin ketika ini tidak terlalu tegas dengan jurulatih dan pemain dan membayangkan kemungkinan melantik seorang 'supremo' untuk memantau program, jurulatih dan pemain.


"Saya rasa kami mungkin lantik seorang supremo seperti ketua jurulatih kebangsaan atau jururunding yang akan memantau tugasan jurulatih dan memastikan pemain menjalani latihan dengan komitmen 100 peratus. Kami akan terus menerima cadangan untuk memperbaiki mutu badminton negara dan memperbaiki mekanisma yang ada ketika ini," katanya.




Pop Princess bukti juara

Posted: 06 Jun 2012 10:25 AM PDT

HASIL semangat berpasukan yang tinggi serta semangat juang membara membolehkan pasukan Pop Princess dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mengungguli Kejohanan Liga Bola Jaring UiTM 2012, selepas menewaskan Melateam 16-15 dalam perlawanan sengit yang berlangsung di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, baru-baru ini.

Kejayaan itu membolehkan pasukan berkenaan membawa pulang trofi kejuaraan sumbangan Datin Prof Dr Hanizah Ab Hamid.


Tempat ketiga dimenangi Super B yang menewaskan Muda, 18-10 manakala Piala Fair Play menjadi milik Saginata.

Pengarah Sukan UiTM, Mustaza Ahmad berkata, sebanyak 23 pasukan berentap untuk mengambil bahagian di kejohanan julung kali diadakan itu yang terbuka kepada semua pelajar UiTM sepenuh masa.


Katanya, liga itu bertujuan untuk membudayakan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan pelajar wanita selain mengeratkan hubungan silatur rahim di kalangan pelajar serta sebagai medan mencungkil dan melahirkan bakat baru pelapis muda dalam sukan bola jaring.


Hadiah disampaikan oleh Dr Hanizah yang juga isteri kepada Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan