Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Momentum lebih penting

Posted:

Momentum lebih penting

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

WENGER (tengah) bersalaman dengan Rajagobal selepas sidang akhbar di Subang semalam.


MOMENTUM jauh lebih penting daripada ranking. Demikian tegas jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menjelang aksi persahabatan menentang Arsenal di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Meskipun sedar dengan kritikan segelintir pemerhati bola sepak tempatan yang menyifatkan aksi tersebut tidak memberikan manfaat kepada penambahbaikan ranking FIFA skuad negara, Rajagobal tetap enggan melatah.

Sebaliknya, beliau mahu anak-anak buahnya meraih pengalaman berguna berdepan pasukan yang memiliki reputasi yang cukup hebat seperti The Gunners. "Bagi saya, momentum lebih penting daripada ranking, jadi aksi menentang Arsenal bukan sesuatu yang sia-sia seperti mana didakwa segelintir pihak. "Selepas Arsenal, kita akan berdepan Manchester City (30 Julai) sebelum menjalani tiga perlawanan ujian persahabatan di Austria.

"Ini sebagai persiapan awal kita mempertahankan Piala AFF, jadi momentum pasukan perlu dikekalkan selepas kita menentang Singapura tempoh hari," katanya pada sidang akhbar semalam. Untuk rekod, Malaysia tewas 0-4 kepada Arsenal dalam aksi Pra Jelajah Asia kelab itu pada 13 Julai tahun lepas hasil jaringan Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Thomas Rosicky. Mengulas lanjut kata Rajagobal, beliau yakin anak-anak buahnya tampil dengan aksi lebih mencabar kali ini meskipun beraksi ketika Ramadan, selain kecederaan beberapa pemain utama seperti Safee Sali, Khairul Fahmi Che Mat dan Ahmad Syakir Md Ali.

"Kita bermain di padang yang sama dan juga bola yang sama. Jadi, tidak ada alasan untuk pemain kita takut dengan Arsenal. Hormati boleh, gentar tidak sama sekali," tegasnya. Dalam pada itu, pengurus The Gunners, Arsene Wenger tetap menghormati kekuatan skuad negara. "Anda (Malaysia) masih mempunyai jurulatih yang sama (Rajagobal) kali ini, sudah tentu perlawanan kali ini lebih mencabar.

"Ramai yang bertanya kenapa Arsenal datang ke sini sebanyak empat kali sejak 1999 tetapi kami memiliki peminat yang benar-benar menakjubkan di sini, jadi mengapa tidak?" katanya.

Koo-Tan perlu sehati sejiwa

Posted:

Koo-Tan perlu sehati sejiwa

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

KIEN KEAT (depan) dan Boon Heong perlu bekerjasama jika mahu memburu pingat pada Sukan Olimpik London.


"JIKA mereka (Koo Kien Keat-Tan Boon Heong) sehati sejiwa, tidak mustahil pingat emas boleh dimenangi."

Shahidan mahu letak jawatan

Posted:

Shahidan mahu letak jawatan

ALONSO masih membuktikan sengatnya apabila menjuarai GP Jerman semalam.


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Dr. Shahi- dan Kassim (gambar) semalam menyatakan hasrat untuk berundur daripada menerajui persatuan itu jika ada pihak lain yang berminat menggantikannya.

Beliau yang menawarkan jawatan itu kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md. Isa Sabu berkata, PFA memerlukan peruntukan yang besar untuk kembali menyengat dalam saingan liga.

"Saya tahu beliau (Md. Isa) tak minat bola sepak tetapi beliau mempunyai sumber kewangan untuk menerajui sukan ini," katanya pada sidang akhbar di Kangar semalam.

Shahidan berkata, kekangan kewangan menyebabkan PFA gagal menyerlah dalam saingan Liga Premier musim ini sehingga terpaksa beraksi dalam Liga FAM musim depan.

Katanya, sejak menerajui PFA pada 1998, beliau berkorban dari segi kewa- ngan demi memastikan skuad Singa Utara yang pernah menjulang Piala Malaysia pada 2004 dan 2006 itu terus hidup.

Beliau turut mengaitkan kegagalan musim ini dengan penyelewengan segelintir pemain Perlis antara punca kenapa beliau mahu melepas- kan jawatan.

Pada masa yang sama, Shahidan meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan garis panduan berkenaan gaji pemain, agar tidak timbul perbezaan ketara antara pemain pasukan yang kaya dengan miskin sehingga menimbulkan kesan negatif kepada pemain itu sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan