Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


RIO 2016 tanpa Zulfadli

Posted: 28 Aug 2012 09:24 PM PDT

Bekas juara Remaja Dunia tidak ada dalam perancangan BAM untuk menggalas cabaran di Sukan Olimpik Brazil

Kuala Lumpur: Bekas juara Remaja Dunia, Zulfadli Zulkifli, 19, tidak ada dalam senarai pemain perseorangan yang dinamakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjadi pengganti Lee Chong Wei menggalas cabaran Sukan Olimpik Rio 2016.

Untuk berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini.

"Dia berbakat dan kita tidak keberatan untuk menimbangkannya, tetapi perlu diingat, ramai pemain remaja yang masuk ke program elit tetapi akhirnya tidak menyerlah dan gagal menjadi juara," - Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Polis panggil Obinna beri keterangan

Posted: 28 Aug 2012 02:18 PM PDT

Shah Alam: Awang import skuad Piala Malaysia Kelantan, Obinna Nwaneri dipanggil memberi keterangan polis berhubung insiden pergaduhan dengan seorang pengurus syarikat di sebuah pasar raya, di Plaza Masalam, di sini semalam.

Pemain pertahanan yang pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan negara kelahirannya di Afrika itu, dikatakan berang sebelum bertindak kasar ke atas lelaki terbabit selepas dikatakan memotong barisan ketika mahu membayar barangan keperluan dapur.

Sejurus selepas kejadian, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, di sini, sebelum mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Klang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada mangsa.

Katanya, mangsa dan pemain bola sepak terbabit sudah dipanggil untuk diambil keterangan untuk melengkapkan siasatan.

"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada salah faham antara kedua-dua lelaki terbabit," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, pemain itu berada di sini sejak kelmarin untuk bersama pasukan Kelantan menjelang pertemuan menentang Tentera di Stadium Selayang, malam tadi.
Obinna adalah antara empat pemain import skuad Kijang selain Denny Antwi (Ghana) dan Mohammed Ghaddar (Lubnan) dan Keita Mandjou (Guinea).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan