Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tiada konspirasi singkir Karim

Posted:

Tiada konspirasi singkir Karim

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

IMBAS KEMBALI... Jurulatih olahraga negara, Hamberi Mahat dan beberapa atlet olahraga negara menyerahkan petisyen kepada Shahidan di MSN, Bukit Jalil pada 13 Februari lalu.


PEMANGKU Pengurus Besar Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Anthonysamy Silvarajoo menafikan dakwaan Datuk Karim Ibrahim yang mengatakan wujud konspirasi untuk menjatuhkan Timbalan Presiden KOM itu.

Ia berikutan pendedahan Karim kepada Kosmo! kelmarin mengenai rasa tidak puas hatinya terhadap kehadiran Anthonysamy dan pelajar Kolej Universiti Help, Micheal Oveke Ogheneme pada sesi pendengaran yang dijalankan ke atas beliau pada Jun dan bulan lalu.

Ketika diminta mengulas dakwaan Karim itu, Anthonysamy yang juga Pengarah Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Help mengakui, beliau telah membawa pelajar dari Nigeria itu bersama-samanya ke Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kuala Lumpur bagi mendengar kes tersebut.

Bagaimanapun, Anthonysamy menegaskan tindakannya itu bukan satu konspirasi untuk menjatuhkan Karim kerana tugas Ogheneme adalah untuk mencatatkan keterangan sahaja.

"Kami tidak ada orang, jadi terpaksa cari seseorang yang boleh menjadi pencatat keterangan pada sesi pendengaran tersebut.

"Ogheneme merupakan seorang pelajar yang bagus, jadi ia tidak menjadi masalah, bagi saya membawa masuk Ogheneme sebagai pencatat keterangan tidak menjadi satu kesalahan kerana hanya mencatit apa yang dicakap sahaja," katanya kepada Kosmo! semalam.

Anthonysamy turut memberitahu bahawa bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri V.C. George yang mengetuai barisan jawatankuasa siasatan dalam kes pendengaran itu telah memaklumkan kehadirannya dan Ogheneme kepada Karim.

"Tan Sri V.C. George telah bertanya kepadanya (Karim) sejak awal sesi pendengaran, sama ada beliau setuju kami (Anthonysamy dan Ogheneme) berada dalam bilik tersebut dan beliau (Karim) menerimanya.

"Jadi kenapa sekarang setelah ia berakhir, beliau baru nak bersuara," jelasnya.

Ketika ini, Karim terpaksa berdepan dengan jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan oleh MOM ekoran kontroversi yang membabitkan pelari kuartet, Yunus Lasaleh yang gagal dalam ujian anti-doping pada Sukan SEA 2011 di Palembang.

Karim turut dikaitkan dengan tindakan enam atlet negara iaitu kuartet 4x100 meter wanita, Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohammad, Yee Ye Ling, Nurul Sarah Abd. Kadir dan Norjannah Hafiszah Jamaludin, serta atlet pecut lelaki, Mohammad Noor Imran A. Hadi yang lari daripada ujian anti-doping pada Mei tahun lalu.

Ekoran pelbagai masalah yang timbul, seramai 16 jurulatih dan 42 atlet olahraga negara telah menyerahkan petisyen setebal 23 muka surat yang bertajuk Laporan Jurulatih dan Atlet Olahraga Kebangsaan kepada Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 13 Februari lalu.

Kumpulan tersebut mendakwa Karim sebagai dalang utama terhadap segala masalah yang menimpa KOM sebelum ini.

Pandelela tetap fokus pada latihan dan pertandinganSedia tempuhi gelora baharu

Posted:


Sedia tempuhi gelora baharu

Pandelela tetap fokus pada latihan dan pertandingan
Sedia tempuhi gelora baharu

NAJIB menyampaikan replika cek berjumlah RM200,000 berupa Amanah Saham Wawasan kepada Pandelela
di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam.


RATU terjun negara, Pandelela Rinong bersedia menghadapi tekanan sebagai selebriti baharu sukan tanah air khususnya bagi memenuhi harapan tinggi rakyat terhadap dirinya.

Biarpun kini kelibatnya semakin mencuri tumpuan hasil kejayaan membawa pulang pingat gangsa dalam acara 10 meter platform individu pada Sukan Olimpik 2012, Pandelela tetap mahu mengamalkan sikap tenang dan ceria di luar masa latihan.

Justeru, Pandelela mahu menjadikan atlet terjun Britain, Tom Daley sebagai inspirasinya untuk menempuhi alam kemasyhuran yang dikecapinya ketika ini.

"Meskipun menjadi tumpuan media dan seluruh rakyat Britain ketika temasya Olimpik lepas, beliau (Tom Daley) tetap fokus pada latihan dan pertandingan selain sentiasa bersikap tenang terutamanya di luar waktu latihan," katanya.

Pandelela berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Turut hadir, ibu dan bapa Pandelela, Hartini Lamim dan Pamg Joheng serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pada pertemuan selama 15 minit itu, Perdana Menteri menyampaikan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) berjumlah RM100,000, unit Amanah Saham Wawasan RM200,000 selain hadiah peribadi beliau kepada gadis berketurunan Bidayuh itu.

Pandelela, 19, juga menerima biasiswa daripada Yayasan Tun Razak iaitu pembiayaan penuh melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti di Malaysia dalam bidang pilihannya.

Bagaimanapun, Pandelela berkata, buat masa ini, dia belum memutuskan bidang pengajiannya kerana terlalu sibuk dengan latihan.

"Yang pasti saya jenis tidak suka (subjek) Matematik Tambahan, jadi kalau boleh saya akan mengambil jurusan yang tidak perlu belajar subjek itu," katanya dalam nada bergurau.

Pandelela turut berterima kasih kepada Perdana Menteri atas ganjaran yang diberikan dan berazam berlatih lebih gigih bagi mencapai kejayaan pada temasya Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

"Saya juga berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara yang banyak menolong serta Tun Ahmad Sarji (Abdul Hamid selaku Ketua Kontinjen Malaysia) yang sentiasa menyokong saya ketika di London," katanya yang berhasrat membelikan hadiah istimewa untuk kedua ibu bapanya daripada wang ganjaran berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Pandelela menyambut baik keputusan kerajaan menambah peruntukan bagi pembangunan sukan terjun termasuk melantik empat jurulatih baru serta menaik taraf Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil.

"Saya percaya dengan peruntukan itu sukan terjun akan menghasilkan lebih banyak kejayaan di kejohanan peringkat dunia selain dapat mengasah lebih ramai bakat baharu," katanya.

Skuad terjun negara terus dapat perhatian kerajaan

Posted:

Skuad terjun negara terus dapat perhatian kerajaan

ZHULIANG (kanan) bertanggungjawab membimbing Pandelela meraih kejayaan pada
temasya Sukan Olimpik 2012 di London baru-baru ini.


SKUAD terjun negara bakal mendapatkan khidmat empat jurulatih baharu dalam usaha meneruskan kejayaan yang dilakar ratu terjun negara, Pandelela Rinong pada Sukan Olimpik 2012 di London baru-baru ini.

Hasrat mendapatkan khidmat jurulatih baharu itu disuarakan jurulatih skuad terjun negara, Yang Zhuliang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian ganjaran RM300,000 kepada Pandelela atas kejayaannya meraih pingat gangsa di London.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang turut hadir pada majlis itu berkata, pihaknya dan Majlis Sukan Negara (MSN) menyambut baik cadangan itu dan akan mengadakan perbincangan terperinci mengenai pengambilan jurulatih luar untuk skuad terjun berkenaan.

"Kita akan bincang tentang segala keperluan yang berkaitan dengan pembangunan sukan itu.

"Dengan kejayaan Pandelela, kita mempunyai alasan kukuh meneruskan pembangunan infrastruktur dan latihan atlet itu sendiri. Kita memerlukan seorang jurulatih luar yang dapat membantu jurulatih tempatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, MSN akan membuat penelitian terperinci berhubung penambahan jurulatih luar untuk skuad terjun negara.

"Kita kena tengok latar belakang jurulatih dan kelayakannya terlebih dahulu dan baru kita umumkan nanti.

"Secara umum, pengambilan jurulatih luar selalunya melibatkan kos tinggi, selain membayar gaji mereka, kita juga perlu membayar cukai pendapatan, pengangkutan serta penginapan.

"Kita akan bincang secara terperinci hal ini kerana jurulatih pun bergantung pada jumlah atlet juga," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan