Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Butler cabar ujian poligraf

Posted: 03 Sep 2012 01:03 PM PDT

Langkah itu dapat buktikan sama ada Muslim dan Ismail bercakap benar berhubung isu bawa perempuan ke bilik hotel

Kuala Lumpur: Kita lakukan ujian poligraf (pengesanan pembohongan)! Itulah saranan jurulatih Terengganu, Peter Butler kepada pemain pertahanan, Muslim Ahmad dan pemain tengah, Ismail Faruqi Asha'ri untuk menentukan siapakah yang bercakap benar.

Jemu dengan penafian berterusan kedua-dua pemain yang digugurkannya daripada skuad Penyu, jurulatih berusia 46 tahun itu yakin, ujian poligraf dapat membuktikan sama ada pemain terbabit bercakap benar berhubung isu membawa perempuan ke bilik hotel pada awal pagi sebelum perlawanan menentang Kedah di Alor Setar, minggu lalu.
Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut

Merah Kuning tekad rampas Piala Sultan Selangor

Posted: 03 Sep 2012 12:51 PM PDT

Shah Alam: Dengan rekod 10 kali pertemuan, skuad Pilihan Selangor berharap pertembungan edisi ke-11 Piala Sultan Selangor 2012 akan membuahkan kemenangan sekali gus merampas kembali gelaran itu daripada Pilihan Singapura.

Kejohanan yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam, 29 September ini menyaksikan pilihan Selangor yang mencatat empat kali kemenangan, lima kekalahan dan satu seri akan menentang pasukan seberang tambak itu seterusnya mengimbau kembali nostalgia kedua-dua musuh tradisi itu.

Aksi veteran buka tirai
"Saya harap Selangor dapat merampas semula Piala Sultan Selangor," kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Abd Karim Munisar selepas majlis penyerahan tiket kepada wakil sekolah di negeri Selangor, semalam.

Kali terakhir Selangor memenangi piala berkenaan pada 2008 menerusi penentuan sepakan penalti selepas pasukan Merah Kuning itu tewas tiga kali berturut-turut pada 2009, 2010 dan 2011.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan