Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Lepaskan Mat Yo!

Posted: 09 Nov 2012 11:42 AM PST

Peluang terbaik Pemain Paling Bernilai 2012 terima gaji hampir sejuta setahun

Kuala Terengganu: Kelantan perlu menetapkan harga yang munasabah supaya kontrak penyerangnya, Norshahrul Idlan Talaha (gambar) atau Mat Yo dapat ditebus, sama ada oleh pemain itu atau Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

PBNJ pula mesti jujur berhubung isu perpindahan pemain itu dan membayar dengan harga yang juga munasabah. Presiden Kelab Penyokong Red Warriors, Mohd Zainy Mohd Zain, berkata kelab itu tidak akan menyarankan supaya Mat Yo pergi sekiranya Kelantan boleh memberi tawaran yang sama kepadanya.

"Kami sedar ini adalah peluang terbaik untuk Mat Yo menerima gaji hampir sejuta ringgit setahun yang jelas begitu lumayan dan sukar ditolak.

"Oleh itu demi masa depannya, dia perlu merebut peluang itu," katanya semalam.

Sehubungan itu, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) perlu mencari jalan terbaik supaya kedua-dua pihak tidak rugi dalam isu perpindahan Mat Yo ke Johor.
"Bagi kami KAFA perlu menetapkan harga yang munasabah supaya kontrak Mat Yo dapat ditebus. PBNJ pula mesti jujur dan membayar dengan harga yang munasabah," katanya.

Buat masa ini, memang ada penyokong yang kecewa dengan tindakan Mat Yo yang mereka anggap sebagai pengkhianat kerana sanggup meninggalkan Kelantan sebelum tamat kontrak.

"Namun, ramai juga bersedia melepaskan penyerang kesayangan mereka itu untuk mewakili Johor musim depan.

"Kami tahu Mat Yo masih mempunyai kontrak berbaki setahun lagi namun demi masa depannya, kami merelakan pemergiannya," katanya.

Katanya, pemain kelahiran Besut, Terengganu itu sudah tiga musim bersama Kelantan dan membantu pasukan meraih semua piala yang ada di negara ini.

"Jasa Mat Yo kepada Kelantan amat besar dan sebab itulah kita tidak boleh mementingkan diri kita sendiri dengan menghalangnya daripada menerima gaji RM80,000 sebulan.

"Kelab penyokong juga sudah bertemu dengan Tan Sri (Annuar Musa) dan kami sudah menyatakan yang kami semua rela sekiranya Mat Yo nekad untuk meninggalkan Kelantan," katanya.

Hanya empat sahut pelawaan

Posted: 09 Nov 2012 11:39 AM PST

Kuantan: Hanya empat pemain luar mengesahkan berminat beraksi bersama skuad Pahang bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Mereka adalah Mohd Amirul Hadi Zainal, Azidan Sarudin dan Mohd Razman Roslan, masing-masing dari Selangor manakala Mohd Nasril Nourdin dari Perak.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh, berkata kehadiran empat pemain itu diyakini mampu memberi impak besar terhadap skuad itu selepas layak ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Katanya, dengan gabungan pemain sedia ada diharap memberi petanda positif dalam skuad kendaliannya itu bagi memburu kejayaan musim depan.

"Bagaimanapun, sama ada tambahan pemain luar akan bersama skuad Tok Gajah juga bergantung kepada keadaan.

"Setakat ini, hanya empat pemain iaitu tiga dari Selangor dan seorang dari Perak bersama memperkuatkan Pahang musim depan," katanya semalam.

Pahang tidak melanjutkan kontrak tujuh pemain termasuk penjaga gol utama, Wan Muhd Azraei Wan Teh yang berhijrah ke Terengganu serta dua pemain import, Boris Kochkin dan Maycon Carvalho Inez.
Namun, kesetiaan Mohd Azamuddin Md Akil dan R Gopinathan yang juga pemain kebangsaan serta pemain paling senior, Jalaluddin Jaafar diyakini membantu memperkuatkan jentera skuad itu.

Bagi memastikan skuad Pahang benar-benar mantap musim ini, Dollah mengesahkan kuota dua pemain import akan diisi yang lebih terarah di barisan serangan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan