Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Saya tak tempang'

Posted: 04 Nov 2012 04:42 PM PST

Penyerang pinjaman Getafe laung amaran muncul penjaring terbanyak Liga-M

Johor Bahru: Bekas penyerang Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza tampil bersuara betapa dia bukan 'kuda tempang', sebaliknya bebas daripada segala kecederaan untuk beraksi baik bersama Johor dalam kancah Liga Malaysia musim 2013.

Dan bagi membuktikannya, penyerang kelab Liga Sepanyol, Getafe CF yang dipinjam selama semusim itu tidak berselindung mengenai misi utama kehadirannya dalam Liga-M iaitu muncul penjaring terbanyak sekali gus memenangi Kasut Emas.

Untuk rekod, Guiza, 32, pernah muncul pemenang Kasut Emas La Liga ketika mewakili Real Mallorca pada musim 2008 dengan menjaringkan 27 gol daripada 37 perlawanan sekali gus membuka ruang mewakili Sepanyol dalam Piala Eropah 2008 dan La Roja muncul juara kejohanan berprestij itu.

"Secara jujur saya tidak tahu langsung mengenai bola sepak Malaysia dan saya hanya buat kajian menerusi internet selepas mendapat tawaran Johor. Saya akui tertarik dan teruja apabila melihat sendiri final Piala Malaysia di internet.

"Jika bercakap sasaran utama saya di sini, sudah tentu saya mahu muncul penjaring terbanyak. Saya juga bebas daripada kecederaan dan bersedia beraksi depan penyokong setia Johor yang mahu melihat pasukan ini meraih kejuaraan.

"Saya ambil keputusan meninggalkan Getafe secara pinjaman untuk beraksi bersama Johor kerana kurang persefahaman dengan pengurus kelab itu, malah saya mahu cabaran baru walaupun sudah ada tawaran dari dua pasukan La Liga, Malaga dan Real Zaragoza," katanya.

Saya perlu masa untuk sesuaikan diri: Guiza

Guiza bagaimanapun mengakui dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri tetapi percaya ia bukan masalah besar kerana percaya skuad Harimau Selatan yang dibimbing Fandi Ahmad dan diperkuatkan beberapa pemain kebangsaan mampu membantunya.

"Saya datang dari jauh dan sudah pasti tidak mahu menghampakan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang berusaha mendapatkan khidmat saya dan selaku pemain profesional serta pernah beraksi bersama Sepanyol, saya perlu jaga reputasi itu," kata Guiza.

Sementara itu, Presiden PBNJ Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, PBNJ bangga kerana Guiza memilih menerima tawaran Johor walaupun pada masa sama turut menerima tawaran dari dua kelab La Liga.

"Kita bertuah memiliki pemain berstatus bintang dan saya ingin tekankan Johor bukan mengambil pemain berkualiti untuk jangka masa pendek, sebaliknya sudah ada perancangan bagi memastikan pasukan ini sentiasa kuat dan terus hebat dalam jangka masa panjang selain memantapkan program akademi bola sepak," kata Tunku Ismail.

Barcelona kukuh cengkaman liga

Posted: 04 Nov 2012 04:36 PM PST

Madrid: Kemenangan 3-1 Barcelona ke atas Celta Vigo di laman sendiri kelmarin menandakan permulaan terbaik kelab Catalan itu dalam liga Sepanyol sejak 113 tahun lalu. Ia adalah kemenangan kesembilan selepas 10 perlawanan yang mengekalkan pendahulu itu lapan mata di depan juara bertahan, Real Madrid yang turut menang 4-0 ke atas Zaragoza di laman sendiri.

"Mata dikutip oleh kami lebih penting daripada rekod. Ini adalah bukti kesungguhan dimiliki pasukan ini," kata jurulatih Barca, Tito Vilanova.

Permulaan terbaik Barcelona sebelum ini dicatat pengendali Belanda, Louis van Gaal pada 1997 apabila merakam lapan kemenangan dan satu seri sebelum tewas pada perlawanan seterusnya.

Adriano dan David Villa meledak gol pada minit ke-21 dan 26 untuk kelebihan 2-1 buat Barcelona menjelang rehat, dengan Mario Bermejo menyumbang satu gol pada minit ke-24 untuk Celta. Pada babak kedua, Villa mengumpan bola kepada Jordi Alba untuk gol ketiga Barca pada minit ke-61.
Messi gagal robek gawang

Penyerang sensasi Barca, Lionel Messi yang bergelar bapa Jumaat lalu, mempamerkan Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak liga domestik Eropah sebelum perlawanan.

Messi, bagaimanapun gagal mempamerkan ketajaman depan gawang walaupun mendapat peluang keemasan menambah jaringan 13 gol musim ini apabila hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol Celta.

Madrid merakam kemenangan hasil jaringan Gonzalo Higuain, Angel di Maria, Michael Essien dan Luka Modric pada perlawanan yang bermula dengan seluruh stadium bertafakur seketika bagi menghormati kematian seorang gadis di Madrid ketika sambutan perayaan Halloween lalu. - AP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan