Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Atasi ketumpulan’

Posted: 06 Nov 2012 08:29 AM PST

KETUMPULAN jentera serangan negara ketika menentang Vietnam perlu segera diperbaiki apabila menentang Thailand dalam aksi persahabatan malam ini.

Teguran pengendali negara, Datuk K Rajagobal wajar dipandang serius ketika saingan sebenar untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF berbaki kurang tiga minggu lagi.


"Saya melihatnya secara positif. Teguran itu mungkin cabaran untuk kami mencipta lebih banyak peluang dan memanfaatkannya, tidak seperti ketika menentang Vietnam," kata pemain sayap negara, Azamuddin Md Akil yang kini bersama skuad negara di negara Gajah Putih itu.

Katanya, mereka kini berazam memburu kemenangan pada aksi malam ini selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Vietnam dalam aksi persahabatan.


"Bagi saya, kami perlu menang demi menjaga maruah negara. Ia juga bagi mengembalikan keyakinan menghadapi Piala AFF," kata pemain yang turut mempunyai kebolehan beraksi di posisi penyerang itu.


Pada perlawanan bertemu Vietnam Sabtu lalu, jentera serangan skuad negara diketuai Norshahrul Idlan Talaha bersama Mohd Safee Sali dengan Azamuddin bertindak sebagai pemain sayap.

"Saya tidak kisah bermain di mana-mana posisi dengan fokus memberikan yang terbaik kerana tidak mahu menjadi penumpang dalam pasukan," katanya yang beraksi di posisi penyerang apabila bersama Pahang dalam saingan liga domestik.


Perlawanan menentang Thailand turut dijangka membuka peluang kepada beberapa pemain membuktikan kemampuan dengan tiga tonggak utama iaitu dua pertahanan tengah, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mohd Fadhli Shas selain pemain tengah, Amar Rohidan mengalami kecederaan.

Antara yang berpotensi untuk diturunkan menentang skuad kendalian jurulatih berpengalaman dari Jerman, Winfried Schafer adalah Mohd Faizal Muhammad dan Amirizwan Taj Tajuddin di bahagian pertahanan tengah dan perancang Kelantan, Mohd Shakir Saari berganding bersama Mohd Safiq Rahim.


Rajagobal turut mengharapkan barisan pemain mempamerkan peningkatan berbanding aksi menentang Vietnam pada Sabtu lalu sekali gus mencerminkan pemain bersedia pada segenap aspek menghadapi Piala AFF nanti.


Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan berakhir seri tanpa jaringan dalam saingan peringkat kumpulan Piala AFF 2010 yang menyaksikan Malaysia muncul juara kejohanan terbabit buat kali pertama.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


United buru tiket pusingan kedua

Posted: 06 Nov 2012 08:21 AM PST

BRAGA (Portugal): Manchester United boleh memastikan tempat dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara jika meraih mata maksimum menentang kelab Portugal, Braga, awal pagi esok.

Bagaimanapun, United perlu mempamerkan aksi terbaik untuk meraih tiga mata kerana Braga pernah menewaskan kelab Inggeris itu di laman sendiri dalam empat perlawanan terakhir.


Tuan rumah turut menunjukkan mereka tidak mudah mengaku kalah dalam pertemuan kedua-dua pasukan bulan lalu apabila mendahului United 2-0 sebelum kecundang 2-3 di Old Trafford.

Tiga kemenangan berturut-turut meletakkan skuad kendalian Alex Ferguson, juara tiga kali dengan kelebihan lima mata di kedudukan teratas Kumpulan H diikuti kelab Romania, CFR Cluj, empat mata. Braga mengumpul tiga mata manakala gergasi Turki, Galatasaray, satu mata selepas tiga perlawanan.


Kelayakan automatik menjadi objektif utama, memenangi saingan peringkat kumpulan juga faktor utama bagi membolehkan United menentang pasukan naib juara pada pusingan kedua selain aksi kedua timbal balik di tempat sendiri.


Bagaimanapun sejak lima tahun lalu, Braga belum melepaskan sebarang gol kepada kelab Inggeris dan mempamerkan persembahan mengagumkan termasuk ketika menentang Liverpool, Arsenal, Birmingham City dan Portsmouth. United tampil dengan keyakinan tinggi selepas persembahan bertenaga ketika menewaskan Arsenal 2-1 dalam saingan Liga Perdana yang menyaksikan juara 19 kali liga Inggeris itu kembali ke puncak saingan domestik.

Ferguson turut mendapat semula khidmat pemain antarabangsa Scotland, Darren Fletcher yang tidak dapat bermain walaupun mengambil pelbagai ubatan untuk merawat penyakit usus yang hampir menyebabkan kariernya berakhir.


"Keadaan tidak sebaik dulu dan saya perlu menerima hakikat itu," kata Fletcher kepada Uefa.com. "Setiap hari pertarungan bagi saya. Saya perlu menjaga pemakanan dan mengambil ubat tertentu atau ia mungkin datang kembali." Barisan pertahanan Braga pastinya berdepan cabaran getir ketika gandingan Robin van Persie dan Wayne Rooney sudah menemui keserasian. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan