Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Nilai Mat Yo RM1 juta

Posted:

Nilai Mat Yo RM1 juta

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.mfy

KAFA dilaporkan meletakkan harga RM1 juta ke atas Norshahrul Idlan jika ada pihak yang mahu mendapatkan khidmatnya.


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) perlu membayar RM1 juta sekiranya masih berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bagi memperkuatkan pasukan tersebut musim hadapan.

Rozaimi pasrah

Posted:

Rozaimi pasrah

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

ROZAIMI mengesahkan tidak mendapat tawaran susulan daripada kelab Thailand, BEC Tero Sasana.


JODOH antara peledak muda negara, Rozaimi Abdul Rahman bersama kelab Thailand, BEC Tero Sasana dilihat seakan-akan sudah ternoktah.

Semalam, penyerang muda Sabah itu mengesahkan tidak menerima apa-apa maklum balas daripada kelab itu setakat ini.

Sebelum ini, Tero Sasana itu dikhabarkan berminat mendapatkan khidmat Rozaimi musim depan.

Begitupun, ia menemui jalan buntu ekoran Rozaimi terlebih dahulu diikat Selangor sebagai pemain pinjaman sepanjang mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini.

Biarpun telah menamatkan tugas bersama Gergasi Merah, tiada sebarang tawaran susulan dikemukakan Tero Sasana setakat ini.

"Buat masa ini, saya tidak menerima mana-mana tawaran daripada mana-mana pasukan termasuk Tero Sasana.

"Jika tidak ada rezeki, saya pasrah dan tidak kecewa," katanya kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! pada 7 Julai lalu melaporkan hasrat naib juara Liga Juara-Juara Asia 2002 itu berminat untuk mendapatkan khidmat Rozaimi musim depan.

Ia ekoran kecemerlangan Rozaimi meledak 10 gol pada aksi kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun di Myanmar, Jun lalu.

Untuk rekod, Tero Sasana menamatkan saingan Liga Premier Thailand musim ini di tempat ketiga apabila berjaya mengumpul 57 mata dari 34 perlawanan.

Dalam pada itu, Rozaimi masih belum membuat keputusan muktamad sama ada mahu kekal bersama Sabah ataupun menyertai Harimau Muda musim depan.

"Keputusan masih 50-50, saya hanya boleh membuat keputusan selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Sabah 8 November ini," katanya ringkas.

Nani punca kekalahan United

Posted:

Nani punca kekalahan United

NANI (tengah) dianggap sebagai punca United tersingkir daripada saingan Piala Liga selepas tewas 4-5 kepada Chelsea pada pusingan keempat di Stamford Bridge awal pagi semalam.


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menuduh Nani sebagai punca pasukan itu tersingkir daripada saingan Piala Liga.

Ferguson menyuarakan kekecewaan itu selepas skuad The Red Devils tewas 4-5 kepada Chelsea pada aksi pusingan keempat yang berlarutan ke masa tambahan di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Kekalahan tersebut turut meleburkan impian United untuk menewaskan Chelsea buat kali kedua berturut-turut selepas menang 3-2 pada aksi Liga Perdana England, Ahad lalu.

"Kami memberikan mereka (Chelsea) bola untuk menjaringkan gol ketiga. Kami gagal mengawal bola dengan baik pada saat-saat yang penting.

"Apa yang kami perlu lakukan adalah mengawal bola dengan sempurna.

"Nani merupakan seorang pemain berpengalaman tetapi dia sentiasa mahu menewaskan pemain lain. Saya selalu mengalakkan dia melakukannya.

"Dalam situasi ini, sekiranya kami berjaya mengawal bola dengan baik, kami akan menamatkan perlawanan itu dengan kemenangan.

"Kami banyak melakukan serangan tetapi Chelsea sangat berbahaya apabila melakukan serangan balas yang pantas. Sekiranya kami mendahului 3-23 sehingga ke minit-minit akhir permainan, ia adalah sesuatu yang baik.

"Kami perlu menyalahkan diri sendiri berikutan kekalahan ini," kata Ferguson

Pada perlawanan tersebut, United berada di hadapan seawal minit ke-22 hasil jaringan Ryan Giggs sebelum skuad The Blues berjaya mengikat kedudukan menerusi jaringan penalti, David Luiz (31).

Penyerang Mexico, Javier Hernandez kembali meletakkan United di depan pada minit ke-43 tetapi Chelsea sekali lagi menyamakan kedudukan hasil jaringan Gary Cahill (52).

United sekali lagi di depan hasil jaringan Nani pada minit ke-59 tetapi kesilapan pemain sayap Portugal itu membolehkan Chelsea mengheret permainan ke masa tambahan apabila Eden Hazard menjaringkan gol ketiga skuad The Blues pada masa kecederaan.

Daniel Sturridge dan Ramires memberi kelebihan kepada Chelsea selepas masing-masing meledakkan satu gol pada minit ke-97 dan 116 sebelum Giggs menyempurnakan sepakan penalti (120) untuk merapatkan jurang. - Agensi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan