Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Safee harap cedera sembuh

Posted: 03 Dec 2012 01:27 PM PST

Kuala Lumpur: Pemenang kasut emas Piala Suzuki AFF edisi lalu, Safee Sali berharap, kecederaan dialaminya ketika pertemuan dengan Indonesia Sabtu lalu akan segera pulih dan dia boleh mula kembali menjalani latihan penuh untuk aksi separuh akhir.

"Kecederaan otot paha saya tidak serius, tetapi ia mungkin mengambil masa sehari dua lagi untuk pulih sepenuhnya," kata Safee yang pada edisi kali ini baru menjaringkan satu gol - ketika kemenangan 4-1 ke atas Laos.

"Saya tidak terlalu risaukan mengenai jumlah jaringan peribadi saya, matlamat utama adalah kemenangan pasukan. Tetapi saya agak kecewa kerana gagal memanfaatkan beberapa peluang keemasan sepanjang tiga perlawanan peringkat kumpulan.

"Namun saya positif, dengan peningkatan prestasi jentera serangan negara dari perlawanan ke perlawanan, peluang kita dalam separuh akhir nanti tampak cerah. Yang penting kami terus bekerja sebagai satu pasukan dan mengurangkan kesilapan."

Safee yang sekadar menjalani latihan ringan di gimnasium bersama rakan sepasukan akibat hujan lebat berkata, semangat yang ada dalam pasukan kini jauh lebih positif berbanding selepas kekalahan kepada Singapura.

"Kami gembira dapat melepasi peringkat kumpulan dan semangat kami kini membara untuk menghadapi perlawanan seterusnya," kata Safee. "Pertemuan Ahad ini cukup penting bagi negara dan saya sekali lagi mengharapkan sokongan padu penyokong tempatan."

Thailand laung amaran singkir Harimau Malaya

Posted: 03 Dec 2012 01:25 PM PST

Bangkok: Juara tiga kali, Thailand mampu menyingkirkan juara bertahan, Malaysia pada separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012 jika prestasi baik dipamerkan mereka sepanjang aksi Kumpulan A mampu diteruskan.

Demikian dinyatakan jurulatih Thailand, Winfried Schafer yang mahu rentak kemenangan pada tiga aksi kumpulan menewaskan Filipina 2-1, Myanmar 4-0 dan Vietnam 3-1 diteruskan apabila berdepan Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini dan di Stadium Supachalasai, Bangkok, 13 Disember ini.

Menurut Schafer, pasukannya sendiri perlu tampil dengan aksi mantap supaya dapat menghentikan momentum kemenangan Malaysia yang bangkit menundukkan Laos 4-1 dan Indonesia 2-0 selepas tewas 3-0 kepada Singapura pada aksi sulung Kumpulan B.

Malaysia pasukan yang cukup bagus. Mereka memiliki kerjasama sepasukan yang baik serta corak permainan menerusi hantaran bola yang baik, kata Schafer yang turut hadir ke Bukit Jalil menyaksikan pertemuan Malaysia-Indonesia, Sabtu lalu.

Ia tidak akan menjadi satu perlawanan yang mudah untuk pasukan kami menewaskan Malaysia. Apabila para penyokong memberi sokongan padu di belakang mereka dalam suasana stadium yang penuh, Malaysia pasti akan beraksi dengan penuh bertenaga.

Bagaimanapun, jika tiada sebarang kecederaan dan pemain kami mampu mencapai prestasi tertinggi pada separuh akhir pertama nanti, saya fikir kami yang akan menjadi pasukan lebih berbahaya.

Pengendali dari Jerman berusia 62 tahun itu bagaimanapun melihat penyerang utama Harimau Malaya, Safee Sali yang merupakan penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 dengan lima gol, sebagai ancaman utama pasukannya.
Corak serangan Malaysia nampaknya banyak bergantung kepada Safee. Tapi kami tak boleh memandang rendah pemain lain kerana mereka turut mampu menjaringkan gol, jelas Schafer.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan