Utusan Online - Sukan |
Posted: Subahan nafi pemain rasuahOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Subahan Kamal berkata, beliau yakin pemain skuad negara tidak terlibat dalam aktiviti mengatur perlawanan seperti yang dilaporkan media kelmarin. Subahan, yang juga pengurus skuad kebangsaan bertegas mempertahankan kredibiliti anak-anak buahnya dengan berkata, beliau amat mengenali setiap pemain secara peribadi. Lantaran itu, beliau menafikan laporan bahawa ada pemain skuad Harimau Malaya yang terlibat dalam rasuah. "Saya menafikan laporan bahawa ada pemain kebangsaan kita terlibat dengan gejala rasuah. "Mungkin ada kes-kes terpencil yang melibatkan beberapa pasukan negeri seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, namun ia tidak melibatkan pemain pasukan kebangsaan. "Saya kecewa pemain bermati-matian dalam semua perlawanan yang kita lalui. "Laporan mereka disyaki terlibat rasuah bagaikan tidak kena pada masa kerana mereka akan beraksi pada kelayakan Piala Dunia, " katanya. Beliau ditemui pada majlis pelancaran penjualan tiket edisi istimewa sempena perlawanan persahabatan Malaysia XI dan Arsenal yang bakal berlangsung pada 13 Julai depan di Wisma FAM, semalam. Tambah Subahan, skuad kebangsaan kini dalam proses pembinaan yang semakin baik selepas menjuarai Piala Suzuki AFF pada tahun lalu. "Malaysia merupakan jaguh Asia Tenggara dan kini kami dalam usaha membawa pasukan negara bersaing di benua Asia. "Oleh itu, saya minta seluruh pihak menyatakan sokongan kepada skuad kebangsaan kita. "Sesekali jangan cuba melemahkan semangat pemain yang telah berusaha sedaya upaya mengharumkan nama negara," katanya. Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, kenyataan beliau kelmarin telah tersalah tafsir oleh pihak media. "Sebenarnya setakat ini tiada sebarang laporan dikemukakan mengenai penglibatan pasukan kebangsaan kita mengenai isu rasuah. "Jika ada pemain kebangsaan terlibat, saya akan pastikan ia akan sampai ke pengetahuan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah dan exco-exco yang lain, " katanya. Utusan Malaysia kelmarin menyiarkan laporan bahawa Azzuddin tidak menafikan kemungkinan pemain kebangsaan terlibat dalam kegiatan mengatur perlawanan di peringkat antarabangsa. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Ada pihak cuba jejaskan Red WarriorsOleh YATIMIN ABDULLAH KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengenal pasti kumpulan yang dipercayai kurang senang dengan kejayaan Red Warriors dengan menyebarkan pelbagai khabar angin berkaitan pasukan itu. Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, berdasarkan risikan, kumpulan tersebut hasrat untuk menghakis kepercayaan dan sokongan peminat kepada skuad Red Warriors. Menurutnya, perkara tersebut dilakukan secara tersusun dengan hasrat menimbulkan kekeliruan di kalangan peminat setia Kelantan. "Pada perlawanan Kelantan dengan Perak, kita berjaya merakamkan gelagat kelompok yang cuba membawa masuk masalah ke dalam stadium dan Kafa telah mengenal pasti latar belakang mereka. "Saya khuatir jika fenomena ini berlaku ia akan menjejaskan pasukan dan kesan tersebut sudah mula dapat dilihat. Bagi saya mereka ini bukan penyokong yang tulen kepada Red Warriors," katanya di sini, semalam. Annuar memberitahu, khabar angin terbaru yang dicanang oleh kumpulan terbabit kononnya perlawanan terakhir Liga Super antara Kelantan dengan Sabah yang dijadualkan di Stadium Likas, Kota Kinabalu akan dipindahkan ke Kota Bharu atau Kuala Lumpur. "Saya tegaskan tiada keputusan sedemikian telah dibuat. Semua perlawanan yang dijadualkan pada 6 Julai ini berlangsung seperti yang telah ditetapkan sebelum ini. "Ini bermakna, Kelantan akan beraksi di Stadium Likas pada 8.15 malam dan bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," ujarnya. Katanya, bagi membolehkan penyokong memberikan sokongan pada kepada Red Warriors pada perlawanan tersebut, Kafa menyediakan pakej istimewa kepada mereka yang berminat untuk menyaksikan perlawanan tersebut. "Kita menyediakan pakej untuk penyokong dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pergi dan balik pada 5 Julai dengan harga RM690 termasuk penginapan, sarapan dan tengahari serta tiket untuk menyaksikan perlawanan tersebut. "Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi pihak Kafa sebelum 21 Jun bagi memudahkan Kafa membuat tempahan," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |