Utusan Online - Sukan |
Pandelela-Mun Yee hadiahkan gangsa Posted: Pandelela-Mun Yee hadiahkan gangsaOleh Dayne Azmin Leong Mun Yee (kiri) dan Pendelela Rinong menunjukkan pingat gangsa yang mereka menangi dalam acara terjun serentak 10 meter platform pada Universiade 2011 di Shenzhen, semalam. SHENZHEN – Sukan terjun sekali lagi menjadi penyumbang pingat kepada kontinjen Malaysia pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 apabila gandingan Pandelela Rinong-Leong Mun Yee meraih pingat gangsa acara 10 meter platform terjun serentak semalam. Ia merupakan pingat kedua kontinjen negara di Shenzhen selepas Pandelela menyumbang perak melalui acara 10 meter platform individu kelmarin. Kejayaan meraih gangsa semalam bermakna Malaysia berjaya memperbaiki pencapaian hanya satu perak pada Universiade 2007 di Bangkok. Pada aksi semalam, dengan perolehan 316.98 mata, Pandelela dan Mun Yee di belakang penerjun emas dari China, Wang Xin-Chen Ruolin (349.98 mata) dan pingat perak milik penerjun Mexico, Paola Espinosa-Tatiana Ortiz dengan perbezaan 19.50 mata. Pandelela dan Mun Yee sepatutnya meraih pingat perak jika tidak kerana kesilapan pada terjunan ketiga yang memberikan ruang kepada penerjun Mexico memintas, apabila mereka sekadar meraih 62.10 mata. Bangkit bergaya pada dua terjunan terakhir, terutama melalui pungutan 82.56 mata pada terjunan kelima, Pandelela-Mun Yee mengukuhkan kedudukan ketiga daripada dipintas oleh pesaing terdekat dari Amerika Syarikat, Amelia Cozad-Amy Korthauer dengan perbezaan 8.55 mata. Mun Yee mendedahkan, dia dan Pandelela terganggu pada terjunan ketiga apabila ada penonton menjerit nama Malaysia sebelum mereka melakukan terjunan. "Sebelum pengadil meniup wisel, penonton memang boleh menjerit tetapi selepas itu ia dilarang kerana mengganggu langkah kiraan penerjun. "Walaupun penganjur ada buat pengumuman tetapi mungkin penonton tidak faham," kata Mun Yee. Dalam masa yang sama Mun Yee mengakui dia tidak melakukan aksi yang baik terutama pada terjunan ketiga dan keempat. "Saya mampu menampilkan persembahan yang lebih baik kerana terjunan ketiga dan keempat saya kurang baik dari segi individu," katanya. – UTUSAN Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Posted: Mahu menang demi Fernandes
LONDON - Pendatang baru Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers menyasarkan kemenangan di bawah pemilik baru kelab itu, Tan Sri Tony Fernandes dengan menjanjikan permainan positif apabila menentang Everton di Goodison Park hari ini. Pasukan yang juga dikenali Hoops itu dibelasah 0-4 di padang sendiri oleh Bolton pada perlawanan pembukaan minggu lalu. Namun mood menyakinkan melanda kelab itu minggu ini selepas pengambil alihan Fernandes, kelmarin. Fernandes yang melengkapkan pengambil alihan QPR kelmarin berkata, bola sepak adalah perniagaan yang menarik jika ia dijalankan dengan baik dan bijak. QPR kembali ke saingan liga utama bola sepak England selepas 15 tahun dan mengelak penyingkiran dari EPL pada musim depan adalah keutamaan mereka musim ini. "Isu utama saya ialah meredakan keghairahan semua orang bahawa tidak semestinya esok akan berubah segala-galanya. Perubahan mengambil masa," kata Fernandes. Penyokong kurang senang dengan kekurangan pelaburan ketika pra musim sejak dinaikkan ke dari Liga Kejuaraan, apabila kelab itu bermula dengan kalah 0-4 kepada Bolton minggu lalu. "Ia akan menjadi tempoh beberapa bulan yang sukar. "Namun inilah tugas yang perlu diselesaikan oleh pengurus," kata pengurus QPR, Neil Warnock. Fernandes akan memberikan Warnock peruntukkan untuk dibelanjakan sebelum tempoh perpindahan pemain berakhir pada 31 Ogos ini dengan pemain tengah West Ham, Scott Parker menjadi keutamaan. QPR ternyata tidak ghairah untuk menarik pembeli pemain bertaraf bintang kelab mereka. "Kami masih ada beberapa hari untuk membawa masuk pemain yang kami mahukan. Ia akan memberikan kami pasukan yang lengkap tanpa perlu membelanjakan wang secara bodoh," katanya. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |