Utusan Online - Sukan |
Posted: Taiwan mampu 'mengganas'Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD KUALA LUMPUR - Ramai jurulatih mahupun pengurus pasukan bola sepak sering berkata, segala rekod lalu tidak akan bermakna di atas padang apabila tiba satu lagi perlawanan baru yang pastinya jauh berbeza dari segi masa dan keadaan mahupun barisan pemain. Namun, kadangkala sejarah juga masih relevan dalam mematangkan seseorang dan mengayakan pengalamannya terutama pada saat-saat genting atau ketika dihantui tekanan tinggi seperti mana Harimau Malaya mengunjungi Taiwan di Stadium Perbandaran, Taipei, esok. Rekod kalah 2-3 kepada Taiwan di Bangkok dalam kelayakan Piala Asia 2000, boleh dijadikan rujukan walaupun tiada siapa lagi pemain ketika itu yang masih berada dalam skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 ketika ini. Agak malang buat skuad 2000 bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu kerana mereka dengan mudah membenam Taiwan 3-0 dalam perlawanan pertama di Shah Alam - situasi yang hampir sama dengan 'Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abd. Razak' menewaskan negara pulau itu 2-1 di Bukit Jalil, Rabu lalu. Berdasarkan pertemuan pertama di Stadium Nasional itu jugalah, jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail menegaskan betapa skuad Rajagobal tidak sesekali boleh mengulangi kelekaan dan aksi longlai yang mengakibatkan pelawat mudah beroleh gol tunggal menerusi Chen Po Liang. "Aksi di Bukit Jalil membuktikan Taiwan sebuah pasukan yang mampu menyaingi Malaysia walaupun ketinggalan dua gol. Aset utama mereka ialah kepantasan menyerang balas. Pasukan kita kena sentiasa berwaspada dan jangan sampai tertekan dan buat silap sebegitu lagi sampai terlepas gol sebegitu. "Malah, cukup jelas pada hari itu, Taiwan bermain lebih baik selepas merapatkan jurang gol justeru pasukan kita wajar bermain lebih baik dalam perlawanan kedua di Taipei," katanya yang turut menjadi pengulas bersama siaran langsung sebuah saluran TV swasta, Rabu lalu. "Kita banyak menyerang ketika itu dan kadar gol yang secukupnya sebagai modal awal ke tempat lawan gagal dicapai setelah banyak peluang terlepas malah sampai terleka untuk bertahan daripada satu serangan balas lawan yang terus mendapat gol," jelasnya. Razip turut mengakui, kelebihan satu gol dengan jaringan Safiq dan Aidil Zafuan di Bukit Jalil itu tidak akan mudah untuk dipertahankan di Stadium Perbandaran Taipei apatah lagi lawan mempunyai modal atas faktor peraturan gol di tempat lawan. "Saya rasa, rombakan di barisan belakang pasukan kita juga tidak dapat dielakkan dan corak permainan terbuka bukan lagi satu pilihan yang menjadi keutamaan biarpun saya akui, satu gol kita di tempat lawan bakal menambah keyakinan pemain dan mencerahkan peluang kita," katanya. Barisan kemungkinan Malaysia: Khairul Fahmi Che Mat, Asraruddin Putra Omar, Muslim Ahmad, Aidil Zafuan Radzak, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Baddrol Bakhtiar, Amar Rohidan, S. Kunanlan, Fadhli Shas, Abdul Hadi Yahya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Saingan diheret ke larut malam Posted: Saingan diheret ke larut malamOleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
ALOR SETAR - Kehangatan Kejohanan Sepak Takraw KFC- Utusan 2011 peringkat zon utara bermula semalam dengan 110 regu bersaing memburu kejuaraan di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini. Sebanyak 55 regu berentap bagi kategori Lelaki Terbuka, Lelaki IPTA/IPTS/Bawah 19 (23 regu) dan 32 regu bagi kategori Lelaki Bawah 15. Aksi sengit dan jumlah penyertaan yang tinggi menyaksikan peringkat saringan semalam yang bermula seawal pukul 8.30 pagi berlarutan sehingga lewat malam bagi mencari empat regu terbaik ke separuh akhir bagi kategori Terbuka Lelaki, di lokasi sama hari ini. Antara pasukan yang diramal mampu mara ke peringkat itu ialah ATM JLJ yang mempertaruhkan empat regu dan pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah/Leman Corner (PKNK/LC) yang dibimbing oleh bekas apit kiri handalan negara, Abd. Malik Samsudin. Jurulatih ATM JLJ, Shamsul Nizam Abdul Khalid berkata, mereka menyasarkan sekurang-kurangnya satu regu akan mara ke separuh akhir berdasarkan pencapaian mereka yang muncul naib juara Kejohanan KFC-Utusan edisi tahun lalu dengan menggunakan nama JLJ Taiping. Katanya, para pemain telah melakukan persiapan lebih rapi bagi menghadapi saingan kali ini termasuk berlatih dua kali sehari dan menguatkan mental menjelang kejohanan. "Tahun lepas kami tewas pada perlawanan akhir kepada regu PKNS A. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menebus kekecewaan itu dengan sandaran utama diletakkan di atas bahu regu ATM JLJ C," katanya ketika ditemui semalam. Sementara itu, kategori Lelaki IPTA/IPTS/Bawah 19 pula menyaksikan empat pasukan mengesahkan tempat di separuh akhir hari ini iaitu MSNK utara yang akan menentang Unimap manakala SMK Guar Chempedak B bertemu Singa GPMS. Bagi kategori Lelaki Bawah 15, setakat pukul 10 malam semalam, satu regu telah menempah slot di peringkat separuh akhir iaitu SM Gunung Rapat A. Juara, naib juara serta pasukan tempat ketiga dan keempat akan melayakkan diri ke cabaran peringkat kebangsaan, September ini. Juara dan naib juara peringkat zon bakal membawa pulang RM1,000 hingga RM2,500, manakala RM10,000 hingga RM400 setiap regu disediakan bagi juara hingga tempat kelapan di peringkat kebangsaan nanti. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |