Utusan Online - Sukan |
Beregu muda ketuai kemaraan ke final Posted: Beregu muda ketuai kemaraan ke final Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
ALOR SETAR - Beregu muda negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melakar kejutan pada kejohanan badminton Grand Prix Emas Terbuka Malaysia apabila melangkah ke perlawanan akhir semalam, untuk mengetuai kemaraan tiga wakil negara bersama jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Selepas mengejutkan pilihan utama, Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam dari Thailand pada suku akhir kelmarin, juara Asia 2010 itu hanya memerlukan 26 minit untuk menundukkan pilihan ketiga, Fran Kurniawan-Pia Zebadiah Bernadeth dari Indonesia 21-14, 21-10. Peng Soon-Liu Ying berpeluang untuk memenangi kejuaraan Terbuka kedua mereka sejak merangkul gelaran pertama di Terbuka Thailand 2009, kemenangan yang menjadikan mereka beregu campuran pertama Malaysia memenangi kejohanan dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Menanti beregu muda negara itu pada final hari ini adalah pilihan keempat dan juara baru Terbuka India, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia, yang mara selepas mengetepikan pilihan kedua, Songphon Anugritayawon-Kunchala Voravichitchaikul dari Thailand 21-13, 14-21, 21-12. 'Walaupun kalah kepada Tantowi dan Liliyana dalam pertemuan terakhir di All England (Mac), kami optimis peluang kali ini seimbang. Kami akan mencuba yang terbaik untuk mencari kemenangan di final nanti,'' kata Peng Soon. Sementara itu, Chong Wei meneruskan kempen memburu kejuaraan hatrik Grand Prix Emas Terbuka Malaysia tanpa banyak masalah apabila menyingkirkan cabaran pemain Jepun, Sho Sasaki 21-13, 21-14 dalam tempoh 37 minit. Chong Wei, 29, bakal membuat perhitungan akhir dengan jaguh perseorangan China, Bao Chunlai pada perlawanan akhir hari ini. Chunlai mara selepas menumpaskan Nguyen Tien Minh dari Vietnam 12-21, 21-19, 21-14 pada satu lagi aksi separuh akhir. Selain mencari gelaran hatrik, Chong Wei turut memburu kejuaraan kelimanya sepanjang 2011 selepas memenangi Siri Super Masters Akhir, Terbuka Malaysia, All England dan Terbuka India di samping muncul naib juara Terbuka Korea. ''Saya tidak memikirkan siapa lawan di final kerana apa yang penting ialah persiapan diri sendiri dan perlu lebih fokus kepada permainan,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan. Dalam saingan beregu lelaki, Kien Keat-Boon Heong dipaksa berhempas pulas dalam pertarungan mencemaskan yang berlangsung selama 50 minit sebelum menundukkan beregu tidak ternama Belanda, Ruud Bosch-Koen Ridder 21-17, 18-21, 21-10. Halangan sukar bagaimanapun menanti mereka dalam usaha menamatkan kemarau 16 bulan tanpa kejuaraan (dalam kalendar BWF) apabila berdepan pasangan Indonesia dan pilihan keempat, Alvent Yulianto Chandra-Hendra Aprida Gunawan hari ini. Alvent-Hendra melangkah ke final kejohanan bernilai AS$120,000 (RM360,000) itu selepas menumpaskan pasangan Korea, Cho Gun Woo-Kwon Yi Goo 21-16, 19-21, 21-18. Saingan akhir perseorangan wanita pula menemukan pilihan pertama, Saina Nehwal dari India dan Wang Xin dari China. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Dr. Mahathir sokong usaha Chong Wei Posted: Dr. Mahathir sokong usaha Chong WeiKUALA LUMPUR - Usaha jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk memenuhi sasaran RM1 juta bagi mengisi tabung bencana alam Jepun, mendapat suntikan dengan sokongan yang diterima daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali sudah mengesahkan kehadiran pada majlis makan malam yang dianjurkan Chong Wei di ibu negara, 10 Mei ini untuk mengisi Tabung Gempa Bumi dan Tsunami Jepun "Hope & Smile" - 311 yang dilancarkan, Mac lalu. Selepas menganjurkan beberapa aktiviti seperti perlawanan pertunjukan, termasuk menentang jaguh Indonesia, Taufik Hidayat dan lelongan barangan peribadi Chong Wei yang diadakan di Pulau Pinang serta Bukit Kiara, bulan lalu tabung berkenaan berjaya mengutip hampir RM800,000. Jaguh No. 1 dunia itu bagaimanapun berharap dapat memenuhi matlamat mengumpul RM1 juta menerusi penganjuran makan malam, di mana wang yang dikumpul kemudian akan disalur kepada mangsa bencana alam di Jepun. Selain dihadiri tetamu istimewa, Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah, turut mengesahkan kehadiran pada majlis makan malam tersebut adalah duta Jepun ke Malaysia, Koichi Ito. Majlis makan malam tersebut hanya dibuka kepada pihak korporat, dan mereka yang berminat untuk memberi sokongan boleh membeli sekurang-kurangnya dua tempat duduk bernilai RM1,800 atau meja (10 tempat duduk) bernilai RM8,800. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Kate Ng di talian 016-7310333. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |