Utusan Online - Sukan |
Posted: Mampukah puaskan BAM?KUALA LUMPUR - Ramai yang berebut untuk membantu misi besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memburu pingat emas Sukan Olimpik dan menghadapi cabaran Piala Thomas 2012, ia terbukti apabila 19 permohonan diterima bagi mengisi jawatan kerusi panas Pengarah Prestasi Tinggi yang dikosongkan oleh Datuk James Selvaraj. Malah, James sendiri sebenarnya belum menutup pintu kepada jawatan tersebut, sebaliknya bersedia menimbangkannya tawaran BAM andai empat calon akhir yang bakal ditemuduga esok gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh badan induk kebangsaan itu. Daripada 19 permohonan yang diterima, hanya empat lulus untuk ditemuduga, dan antara yang bakalmencuba nasib esok adalah bekas ketua jurulatih kebangsaan yang juga bekas pakar beregu negara, Razif Sidek. Sebagai orang terakhir yang menyandang tugas Pengarah Prestasi Tinggi, James menegaskan, jawatan itu amat penting dan mampu memberi kesan kepada hala tuju badminton negara sepanjang 2012. Jawatan tersebut menjadi bertambah mustahak memandangkan kita bakal menghadapi Sukan Olimpik dan Piala Thomas. Katanya, ada dua kriteria yang melayakkan salah seorang daripada empat calon yang bakal ditemuduga mendapat tugas tersebut, pertama dia mesti memiliki kepakaran dari segi teknikal, bermakna calon berkenaan mesti seorang bekas pemain badminton atau memiliki pengalaman yang luas dalam badminton. Kedua, calon tersebut harus pandai dalam bidang pengurusan kerana dia bakal merangka perancangan pemain setiap minggu dan bulan, termasuk menentukan kejohanan yang perlu atau tidak perlu disertai, selain menilai analisis yang dilakukan oleh jurulatih. "Sepatutnya dua kriteria ini diperlukan untuk memilih Pengarah Prestasi Tinggi kerana kalau calon itu tiada salah satu daripadanya, terutama dari segi teknikal, apa yang dia tahu untuk mengendalikan pemain? Terutama pemain yang berdepan tugas seperti Datuk Lee Chong Wei. "Saya ada dengar juga yang Razif Sidek antara yang turut ditemuduga Selasa nanti, kalau ditanya saya apakah dia layak ? Pada saya dia memiliki kedua-dua kriteria, pakar dalam teknikal serta punya pengalaman daripada segi pengurusan. Sebagai bekas pemain dan jurulatih, kepakarannya dari segi teknikal tidak perlu dipersoalkan. "Dari segi pengurusan, dia seorang ahli perniagaan dan pernah menjadi ketua jurulatih, jadi sepatutnya dia juga arif dalam bidang tersebut. Tetapi apakah dia cukup layak di mata BAM ? Itu yang sebenarnya lebih penting daripada di mata saya. "Pada saya... apa yang menimbulkan persoalan, apa sebenarnya yang dimahukan BAM daripada seorang Pengarah Prestasi Tinggi? Sekalipun semua calon ini memenuhi kriteria yang sepatutnya, tetapi apakah itu akan melayakkan mereka untuk memenangi hati BAM, kerana semuanya bergantung kepada apa yang hendak ditugaskan BAM untuk mereka. "Seperti saya.. saya percaya ramai di luar sana yang mahu membantu badminton, mahu membantu BAM, terutama dengan Sukan Olimpik dan Piala Thomas bakal berlangsung tahun ini, tetapi bagaimana BAM hendak mereka dibantu ? Apa yang boleh dibantu, itu persoalan saya.. dan kita tunggu keputusan daripada temuduga itu nanti,'' ujar James. Kata James lagi, seandainya semua calon yang ditemuduga esok gagal memenuhi kriteria BAM dan badan itu masih menemui jalan buntu, beliau tetap sedia membantu tetapi ia tetap bergantung kepada syarat serta garis panduan kerja, apatah lagi beliau baru ditawarkan sambungan kontrak setahun oleh majikannya, BATA. "Saya sayangkan badminton dan sebab itu, saya sentiasa sedia menghulurkan bantuan jika diperlukan oleh BAM. Seandainya, mereka masih gagal mendapat calon yang sesuai bagi mengisi jawatan selepas selesai temuduga, dan mereka memerlukan bantuan saya, saya sedia bantu tetapi semua bergantung kepada budi bicara majikan saya juga,'' kata James lagi. Full content generated by Get Full RSS. |
Piala Sumbangsih: Butler temui ramuan hadapi NS Posted: Piala Sumbangsih: Butler temui ramuan hadapi NSKOTA BHARU - Pengendali Kelantan, Peter Bulter mengakui sudah mempunyai perancangan terbaik buat pasukannya menghadapi saingan Liga Malaysia yang akan bermula pada 7 Januari ini. Tanpa berselindung, jurulatih kelahiran Halifax, England itu berkata, tempoh seminggu sebelum pertemuan Piala Sumbangsih dengan Negeri Sembilan akan digunakan sebaik mungkin untuk memperkemaskan lagi jentera pasukan bagi memastikan kejuaraan tersebut terus kekal bersama The Red Warriors (TRW). Menurutnya, selepas mengharungi jadual perlawanan persahabatan yang padat, semua pemain TRW diberi cuti selama dua hari sebelum menyambung semula sesi latihan, Selasa ini. "Saya mahu pemain menggunakan waktu rehat ini sebaik mungkin untuk mengembalikan semula kecergasan mereka sebelum pertemuan tersebut. Bertemu dengan Negeri Sembilan dalam aksi Sumbangsih ini, saya akui sudah menemui ramuan terbaik bagi menghadapi perlawanan tersebut. "Begitu juga dengan pertemuan menentang wakil Singapura iaitu Lions XII. Saya berkesempatan melihat aksi pasukan itu baru-baru ini dan sedikit sebanyak mengetahui kelemahan dan kekuatan yang ada pada Lions XII," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas aksi persahabatan pra musim terakhir bertemu juara Piala FA 2011, Terengganu di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam. Bagaimanapun perlawanan tersebut terpaksa dihentikan pada minit ke-35 akibat hujan lebat yang menyaksikan kedudukan terikat tanpa jaringan. Dalam pada itu, Bulter memberitahu dia gembira dengan apa yang telah dipamerkan oleh pemainnya sepanjang aksi persahabatan pra musim baru-baru ini. "Saya berpuas hati dengan apa yang telah ditunjukkan semua pemain. Mereka memberi komitmen yang tinggi sepanjang perlawanan pra musim," ujarnya. Sentuhan dan kepakaran yang dimiliki oleh bekas pemain West Ham United itu pasti ditagih oleh peminat setia TRW untuk meneruskan legasi kejayaan yang ditinggalkan oleh Datuk M. Karathu dan B. Sathianathan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |