Utusan Online - Sukan |
Posted: Johor curi tumpuan hari kedua
KUALA LUMPUR - Kontinjen Johor mencuri tumpuan hari kedua Sukan Malaysia apabila bukan saja menyambar emas sulung Temasya XIV, malah muncul pendahulu pungutan pingat keseluruhan dengan meraih empat daripada 10 emas pertama yang ditawarkan, semalam. Gandingan Siti Nur Syafiqah Husin dan Nurul Ain Atiqah Rosli mendapat penghormatan menjadi penerima emas pertama temasya selepas memenangi acara kata berpasangan wanita, manakala kanu menyumbangkan dua emas buat Johor dan lawan pedang menghadiahkan satu. Aksi mantap Siti Nur Syafiqah dan Nurul Ain Atiqah membantu mereka mengetepikan pasangan Selangor, Low Er Zhen-Low Er Yie dengan 795 mata berbalas 784. Gangsa dikongsi bersama Nor Safrina Rahman-Nor Hidayu Muliar (Terengganu) dan Vicki Lai-Low Penny dari Wilayah Persekutuan. Dua pingat emas yang dipungut Johor dalam sukan kanu pula disumbangkan Ahmad Shafie Abdul Jabar (K1 1,000m) dan Ahmad Shafie-Muhammad Fadhlie Othman (K2 1,000m), manakala Natasha Ezzra Abu Bakar yang beraksi tanpa jurulatih, masih mampu mempamer aksi hebat untuk memenangi acara lawan pedang foil individu wanita. Penyandang juara keseluruhan, Terengganu memberi tentangan hebat dalam kedudukan pungutan pingat apabila mengekori dengan tiga emas, yang mana kesemua emas disumbangkan oleh sukan kanu. Negeri itu merangkul separuh daripada enam emas yang ditawarkan di Kompleks Sukan Air, Precint 6, Putrajaya. Pendayung wanita menyumbangkan ketiga-tiga emas Terengganu, diketuai Siti Rajiah Ali dalam kelas K1 1,000m, Nurul Farahim Wahab-Noraishah Yahya (K2 1,000m) dan kuartet K4 1,000 yang dibarisi Siti Rajiah, Noraishah, Nurul Farahim serta Norazlina Tajuddin. Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pulau Pinang juga berjaya memahat nama sebagai pemenang emas dengan masing-masing meraih sebutir pingat. Emas tunggal Wilayah Persekutuan disumbangkan oleh kuartet Adam Aris, Khirulniza Salleh, Faiz Zulhelmi Fadillah dan Mohd. Asrullah Kamar dalam acara kanu K4 1,000m lelaki selepas mengetepikan Terengganu ke tangga kedua dan Perlis untuk pingat gangsa. Jaguh lawan pedang kebangsaan, Joshua Koh pula membuktikan keunggulannya dengan mempertahankan kejuaraan epee individu lelaki buat kali keempat berturut-turut untuk meraih emas pertama Selangor. Atlet berusia 20 tahun itu, yang beraksi dengan sokongan padu keluarga di Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara (MSN) sepanjang saingan semalam, menumpaskan rakan sepasukan dalam skuad negara, Mohamad Roslan dari Terengganu 15-8 pada saingan akhir. Sementara itu, kombinasi Chua Jen Keat-Lim Zheng Jie memperagakan aksi menawan dalam kata berpasangan lelaki untuk menghadiahkan emas pertama Pulau Pinang dengan mengutip 804 mata - 46 mata mengatasi pencabar terdekat, Muhammad Firdaus Asyraff-Mohammad Helmy dari Perak. Hari ini, 29 lagi pingat emas ditawarkan, sembilan daripadanya di gelanggang silamban yang berlangsung di Gimnasium 2, MSN. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Rasuah: Tunjuk bukti, bukan cakap Posted: Rasuah: Tunjuk bukti, bukan cakapKUALA TERENGGANU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) masih belum menerima sebarang laporan berhubung pasukan Piala Presiden T-Team tahun lalu yang dikatakan terjebak dengan gejala rasuah. Presidennya, Che Mat Jusoh berkata, pihaknya berharap dakwaan yang dibuat dikemukakan dengan bukti yang kukuh agar mereka yang terlibat dalam rangkaian bookie ini dapat dibawa ke muka pengadilan. Katanya, pihaknya hanya mengetahui melalui laporan media beberapa hari lalu dan mempersoalkan mengapa hanya kini dibangkitkan tana sebarang laporan kepada pihak persatuan dan juga pihak berkuasa. Tegasnya, walaupun PBSNT dilihat menaungi kegiatan bola sepak negeri tetapi pasukan T-Team diletakkan di bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan. ''Hal ini tidak memaklumkan hal ini kepada kita. Jadi bagaimana kita nak ambil tindakan? "Jika mereka (termasuk bekas pengurus T-Team) maklumkan kepada kita lebih awal berhubung perkara ini (gejala rasuah) dan bagi bukti kukuh, pasti perkara ini sudah selesai," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Che Mat mengulas pengakuan seorang jurulatih mengenai wujudnya gejala itu dan pengakuan beberapa pemain mereka menerima suapan bagi mengatur keputusan perlawanan seperti dilapor sebuah akhbar, kelmarin. Tambah Che Mat, mereka sepatutnya melaporkan kepada PBSNT terlebih dahulu sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan gejala rasuah sebelum ia sampai ke pihak lain. Sementara itu pihak pengurusan T-Team musim lalu dilaporkan sudah menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akan memberikan keterangan dalam masa terdekat. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |