Utusan Online - Sukan |
Posted: Penyu calar rekod T-TeamPemain Terengganu, Abdul Manaf Mamat (tengah) diasak keras pertahanan T-Team, Norfazly Alias (kiri) pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. - MINGGUAN/AZLAN BAHRUM KUALA LUMPUR- T-Team melepaskan peluang memintas Kelantan sebagai pendahulu Liga Super selepas menerima kekalahan pertama 1-2 kepada Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam, manakala Selangor terus mempamer aksi hambar selepas sekadar seri 0-0 dengan Sarawak. Turut mencuri tumpuan semalam adalah perlawanan Liga Perdana yang berlangsung pada sebelah petang menyaksikan pasukan 'Manchester City Malaysia', Angkatan Tentera Malaysia tewas mengejut 1-2 kepada Sime Darby. Perlawanan tersebut diadakan semula selepas tertangguh kelmarin akibat hujan lebat tatkala ATM sedang mendahului 2-0. Semalam kedua-dua pemain import Sime Darby, Patrick Wleh dan Sengbah Kennedy menunjukkan taring apabila mencetak nama sebagai penjaring gol. Gol saguhati ATM disumbangkan oleh Hairuddin Omar. Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pemain import, Francis Doe muncul wira pasukan Penyu apabila menyumbat dua gol pada minit ke-21 dan 61, menafikan jaringan pembukaan T-Team yang disumbangkan oleh Zairo Anuar Zalani melalui sepakan penalti pada minit ke-12. Bagaimanapun kebangkitan Terengganu dapat dilihat selepas T-Team terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Shahril Faizal Sharifuddin dilayangkan kad merah pada minit ke-19. Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor terus mempamer prestasi kurang memberangsangkan apabila sekadar seri tanpa jaringan. Ini kali kedua berturut-turut pasukan Red Giants gagal mencatat kemenangan apabila tewas 0-1 kepada Felda United Selasa lalu. Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan berjaya meraih tiga mata berharga menewaskan Felda United 1-0 walaupun perlawanan tersebut dicemari dengan beberapa insiden panas termasuk layangan dua kad merah kepada S.Kunanlan (Negeri Sembilan) dan Farid Ramli (Felda United). Shahurain Abu Samah muncul wira buat skuad Rusa apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-53. Di Stadium Likas, Sabah gagal menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas 0 - 1 Lions XII tatkala perlawanan dicemari dengan pergaduhan menyaksikan Mafry Balang (Sabah) dan Irwan Shah (Lions XII) diperintah keluar padang. Gol tunggal Lions XII dijaringkan oleh Hariss Harun pada minit ke-19. Di Stadium Hang Jebat, Kuala Lumpur bangkit dari ketinggalan untuk mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertemu PKNS. Pasukan pelawat terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Fauzan Dzulkifli pada minit ke-76. Pasukan bimbingan Razip Ismail itu perlu berterima kasih kepada Afiq Azmi yang berjaya menjaringkan gol penyamaan enam minit sebelum perlawanan tamat. Di Stadium Pasir Gudang, Johor FC terpaksa akur kepada Perak apabila mereka tewas tipis 0-1, gol kemenangan pasukan pelawat dijaringkan oleh pemain pertahanan, Muhd. Shahrom Abdul Kalam pada minit ke-78. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Kedah tekan butang panikOLeh MOHD. SHARIZA ABDULLAH PENYOKONG Kedah berhimpun di luar Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk mendesak pengurus pasukan, Khazali Din meletak jawatan selepas skuad Kenari kalah 0-3 kepada Kelantan dalam saingan Liga Super, kelmarin. - MINGGUAN/KAMAL BASIR ALOR SETAR - Bukan satu tindakan mengejut apabila Kedah kini 'menekan butang panik', termasuk bakal menyingkir dua pemain importnya ekoran aksi longlai skuad Kenari yang bukan saja gagal mencipta kemenangan, malah tidak menjaringkan sebarang gol dalam empat perlawanan Liga Super. Malah, tindakan penyokong Hijau Kuning berhimpun di luar Stadium Darul Aman sejurus kekalahan 0-3 kepada Kelantan kelmarin, bagi mendesak pengurus pasukan, Datuk Khazali Din meletak jawatan turut mengulangi skrip lama tahun lalu yang menyaksikan beliau sehingga kini terus kekal menyandang jawatan berkenaan. Khazali terpaksa dikawal rapi oleh polis selepas hampir 1,000 penyokong berkumpul bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap prestasi Kedah setakat ini. Sebelum itu, penyokong Kedah menaikkan kain rentang menuntut Khazali berundur kira-kira 10 minit sebelum perlawanan berakhir dan desakan tersebut berlarutan ke luar stadium. Mereka mendesak tindakan drastik diambil dan kedudukan dua pemain import dikaji semula selepas Kedah, dibimbing Mohd. Nidzam Adzha Yusof selaku ketua jurulatih ekoran penggantungan Wan Jamak Wan Hassan terus terumbang ambing. Pemilihan dua pemain dari Brazil dipertikaikan banyak pihak selepas Daniel Soares Neves Baroni yang bermain di posisi tengah gagal menyerlah, manakala Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo tidak dapat beraksi akibat kecederaan dan terpaksa berehat tiga bulan. Penyokong setia Sang Kenari seolah-olah tidak dapat lagi menerima aksi buruk pasukan yang pernah bergelar juara treble berganda itu. Jaringan dua pemain Import Kelantan, Mohammed Mahmoud Ghaddar pada minit ke-35 dan Danny Atwi (90), selain gol daripada Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-78 menghukum mereka di depan penonton sendiri. Kekalahan tersebut menyaksikan Kedah terus menghuni tangga kedua tercorot Liga Super dengan hanya mengumpul dua mata menerusi dua keputusan seri dan dua kalah, selain belum menjaringkan gol selepas 360 minit perlawanan. Khazali selepas perlawanan berkata, KFA sudah mengenal pasti enam pemain import baru untuk diuji, masing-masing dua dari Korea dan Afrika Selatan, manakala dua lagi pemain yang pernah beraksi dalam Liga Malaysia. Bagaimanapun katanya, keputusan mengenai pemain tersebut dijangka dapat diketahui dalam tempoh seminggu dan mereka akan didaftar sebelum tarikh tutup pertengahan bulan depan. "Kita akan mencari pemain import baru terlebih dulu sebelum menggugurkan dua pemain sedia ada. Ia melibatkan penyerang dan pertahanan," katanya yang turut menegaskan sedia meletakkan jawatan sebagai pengurus pasukan jika diarahkan oleh pihak atasannya. Sementara itu Mohd. Nidzam berkata, ketiadaan penyerang berkualiti menyebabkan berlaku perubahan pada posisi pemain, sekali gus mendorong beberapa pemain tonggak dan berpengalaman gagal menyerlahkan permainan mereka. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |