Utusan Online - Sukan |
Fernandes semakin hampir kuasai QPR Posted: Fernandes semakin hampir kuasai QPRTony Fernandes LONDON - Tan Sri Tony Fernandes dijangka mengambil alih Queens Park Rangers dalam tempoh 24 jam lagi dan menyatakan sokongan penuh terhadap pengurus kelab Liga Perdana Inggeris itu, Neil Warnock. Ahli perniagaan terkemuka Malaysia itu bakal menjadi pemegang saham majoriti kelab dan difahamkan membeli lebih daripada 51 peratus pegangan, seperti yang dibincang sebelum ini. Fernandes, yang memiliki syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan Team Lotus dalam F1 dilihat berada di Loftus Road, Sabtu lalu untuk menyaksikan perlawanan pembuka tirai QPR melayan kunjungan Bolton. Meskipun dibelasah 0-4, Fernandes berkata: "Saya fikir Neil ialah seorang yang hebat dan dia menjalankan tugasnya dengan begitu cemerlang sehingga menjulang QPR pada kedudukan sekarang. "Dia akan mendapat sokong penuh daripada saya. Saya fikir seseorang pengurus harus mendapat apa diingininya." Pemimpin F1, Bernie Ecclestone yang memiliki 66 peratus saham dalam QPR berhasrat menjual pegangannya, justeru urus niaga kali ini pastinya menamatkan segala ikatannya dengan Loftus Road. Hartawan industri keluli, Lakshmi Mittal juga diramal meningkatkan pegangannya kepada 33 peratus tetapi Fernandes akan memiliki kuasa penuh di QPR. Satu sidang media bakal diadakan di Loftus Road hari ini bagi mengumumkan pengambilalihan tersebut. Perkembangan itu pasti menggembirakan Warnock kerana Fernandes mahukan dia membawa masuk empat pemain baru sebelum tempoh perpindahan pemain berakhir. - Agensi | ||
Posted: Memanah pulang tanpa pingat
SHENZHEN – Pasukan memanah negara menamatkan saingan Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 tanpa sebarang pingat selepas Cheng Chu Sian kalah kepada juara dunia, Kim Woojin 6-2 pada suku akhir recurve individu semalam. Chu Sian jelas gagal menyaingi kehebatan pemanah Korea Selatan itu sejak awal lagi apabila ketinggalan 0-4 pada dua end, sebelum cuba memberikan tentangan dengan 5-1 pada end ketiga. Ketika Chu Sian memerlukan kemenangan, hanya kedudukan seri 1-1 dapat dilakukan oleh pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, sekali gus menamatkan cabaran pada Universiade 2011. Chu Sian berkata, dia berpuas hati kerana layak ke suku akhir walaupun rentak panahan beliau di Shenzhen tidak begitu baik. "Saya mungkin bernasib baik kerana dapat mara sejauh ini sedangkan keadaan prestasi saya tidaklah begitu baik semenjak hari pertama di sini. "Namun ketika berdepan pemanah lain, saya masih mampu menang pada pusingan kalah mati. "Ketika berdepan pemanah Korea (Woojin), saya tahu memang sukar untuk mengalahkan dia tetapi saya tetap cuba bagi yang terbaik sehingga end terakhir, " katanya semalam. Sebelum itu, Chu Sian mudah menewaskan pemanah Iran, Emad Khalaj, 6-0 pada pusingan kedua dan bangkit mengalahkan Alberto Zagami, 6-5 pada pusingan ketiga. Pada pusingan keempat, dia mengejutkan pilihan kelima kejohanan, Thomas Aubert, 7-3 untuk menempah tiket ke suku akhir berdepan Kim Woojin. – Utusan |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |