Utusan Online - Sukan |
Wendy, Jun Hoong sumbang gangsa Posted: 20 Apr 2013 12:15 PM PDT Oleh FERZALFIE FAUZI Wendy Ng (atas) dan Cheong Jun Hoong menggegarkan Kolam Renang Diraja Komanwel dengan meraih gangsa pada Siri Terjun Dunia di Edinburgh. KUALA LUMPUR - Selepas Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee gah menghadiahkan pingat perak kepada negara, awal pagi semalam giliran Wendy Ng Yan Yee, Cheong Jun Hoong menggegarkan Kolam Renang Diraja Komanwel dengan meraih gangsa pada Siri Terjun Dunia, Edinburgh. Gangsa sudah cukup membuktikan bahawa gandingan Wendy-Jun Hoong harus diberi perhatian kerana ini adalah pencapaian terbaik mereka pada kejohanan ini dalam acara 3 meter papan anjal seirama. Seperti dijangka, gandingan penerjun China, Wu Minxia-Shi Tingmao menguasai acara tersebut apabila mereka berjaya meraih emas dengan mencatat pungutan mata 332.10 selepas beraksi cemerlang sejak dari pusingan pertama. Pasangan Britain, Alicia Blagg-Rebecca Gallantree pula menceriakan penyokong tuan rumah selepas beraksi dengan penuh fokus dan yakin untuk memenangi perak dengan catatan mata 305.28. Sebelum ini, pasangan tuan rumah itu berjaya meraih perak dalam acara yang sama di DWS Beijing, ia sedikit sebanyak membuktikan bahawa penerjun Britain ini mampu pergi jauh mencabar penerjun China. Wendy dan Jun Hoong berjaya meraih gangsa dan setakat ini ia adalah keputusan paling cemerlang dicatatkan mereka selepas DWS Beijing dan Dubai. "Prestasi kami sangat baik malam ini (semalam) namun kami masih perlu memperbaiki segala kelemahan yang ada. Kami berasa gementar sebelum turun ke kolam renang. "Apa pun kami sangat gembira kerana berjaya menghadiahkan pingat buat negara kami di Edinburgh," kata Jun Hoong yang mencipta sejarah tersendiri tahun lalu apabila berjaya melayakkan diri di Sukan Olimpik 2012 London. Kelmarin Pandelela dan Mun Yee menceriakan kem negara selepas menghadiahkan pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama. |
Jangan letak harapan tinggi di bahu Iskandar - Jurulatih Posted: 20 Apr 2013 12:15 PM PDT Masih terlalu awal meletakkan harapan pada Iskandar pada Sukan SEA. KUALA LUMPUR - Tiada harapan tinggi dibebankan ke atas jaguh muda lompat bergalah lelaki negara, Iskandar Alwi pada penyertaan atlet itu pada Sukan SEA, Myanmar Disember ini. Sungguhpun atlet itu sudah berupaya memperbaharui rekod kebangsaan pada bulan lalu, ketua jurulatih acara lompatan, Mohd. Man Sahar Abdul Jalil menegaskan, masih terlalu awal untuk meletakkan sasaran pingat emas kepada Iskandar pada temasya dwi tahunan itu. Kata Mohd. Man Sahar, masih ba nyak yang perlu diperkemaskan oleh pemegang rekod kebangsaan berusia 19 tahun itu untuk cemerlang meskipun telah melepasi kelayakan ke Sukan SEA secara merit. Iskandar melepasi kelayakan Sukan SEA apabila memenangi Kejohanan Olahraga All Comers pada awal bulan lalu dengan catatan 5.01 meter yang memperbaharui rekod kebangsaan milik jurulatihnya sendiri Teh Weng Chang dilakukan pada 2002. "Jika mahu memenangi emas Sukan SEA, dia (Iskandar) sekurang nya perlu membuat catatan 5.20m. "Namun, apa yang telah dilakukannya sekarang sudah baik dan hanya perlu meningkatkan lagi tahap prestasi dari semasa ke semasa. "Saya tidak boleh janji dia boleh memenangi emas tetapi saya yakin dia akan meraih satu pingat pada Sukan SEA nanti tidak kiralah apa warna sekalipun," kata Mohd. Man Sahar. Selepas ratu lompat bergalah negara, Roslinda Samsu bersara tumpuan terarah kepada Iskandar bagi menyambung kesinambungan emas dalam acara tersebut meski pun berbeza kategori. Sementara itu, Mansahar turut memberitahu dalam tempoh dua ta hun lagi Iskandar diyakini mampu menghadiahkan emas pada temasya tersebut. "Jika kita tidak boleh memenangi emas Sukan SEA dalam kategori wanita, kita cuba untuk kategori lelaki pula. "Untuk edisi tahun ini memang sukar tetapi kita dapat beri jaminan bahawa Iskandar akan memenangi emas edisi berikutnya dua tahun lagi," kata Mansahar. Ketika ini rekod acara lompat bergalah lelaki Sukan SEA masih lagi milik atlet dari Thailand iaitu Kreeta Sintawacheewa dengan catatan ke tinggian 5.21m pada Sukan SEA Laos 2009. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |